21 August 2009

Pemimpin Raja, Setahun Jagung dan Ramadhan

Petang semalam aku telah selesai mendaftarkan nama anak kedua aku serta membuat surat beranak. Nurul Raisya Dania, nama yang akhirnya berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya didaftarkan setelah hampir dua minggu melalui proses saringan. Hehe, macam apa je.. Well, Nurul, mungkin semua orang sudah sedia maklum maksud nama Nurul. Raisya, membawa maksud pemimpin raja dan Dania bermaksud hampir atau begitu hampir sekali. Mana la tau kalau jodoh dan rezeki anak aku dapat aku berbesan dengan kerabat di-Raja, tumpang senang aku nanti, haha.. Nurul Raisya Dania Binti Mahyudin, sedap tak? Sila cakap sedap atau just shut up.

Aku juga baru je perasan yang blog aku kini sudah mencecah usia setahun pada 13 Ogos yang lalu. Terima kasih kepada kamu yang sedang membaca blog ini dan juga kepada mereka yang pernah berkunjung ke blog aku pada masa2 yang lalu terutamanya mereka2 yang tanpa segan silu selalu memeriahkan ruangan komen dan juga shoutbox di blog ini. Apa sangat la blog mengarut ini tanpa anda yang tak kurangnya sama mengarut. Jangan serik untuk kembali berkunjung ke sini ye.

Aku dan seisi keluarga juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua. Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati segala ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan puasa ini, Insyaallah.

Salam Ramadhan,

Mahyudin & Nurul Syarina
Nurul Irdina Safiyyah
Nurul Raisya Dania

18 August 2009

Apa Ada Pada Nama

Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah meninggalkan komen dalam entry aku yang lepas sambil2 mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua aku minggu lalu. Ramai jugak yang menanyakan nama anak kedua aku. Officially anak aku masih belum ada nama lagi buat masa ni. Pencarian nama anak masih sedang diteruskan dan saringan sedang giat dijalankan. Sedang mencari padanan nama yang sesuai dengan maksud yang baik2. Untuk anak kedua ni berkemungkinan besar aku masih mengekalkan konsep yang sama, iaitu nama anak akan start dengan 'Nurul' untuk anak perempuan. Dalam sehari dua lagi ada la hasilnya tu nanti.

Bercakap pasal mencari nama anak ni teringat aku waktu di matrikulasi dulu, kelas apa ntah aku dah tak ingat, tapi yang pastinya lecturer tu foreigner dari negara sebelah2 Timur Tengah, senang cerita orang Arab la macam tu. Waktu dia sebut dan panggil nama aku dia tanya aku tau tak maksud nama aku, aku menggeleng. Dia kata nama aku salah, sepatutnya dieja Muhyiddin, instead of Mahyudin. Dia kata kalau Mahyudin maksudnya "the demolisher of the religion". WHATTT?! Suka hati dia je nak kata nama yang bapak aku bagi bawak maksud yang tak bagus. Dia kata lagi nanti kalau aku dah kaya, banyak duit pergi la buat permohonan untuk pinda nama. Sampai sekarang aku tak percaya cakap dia. Nauzubillah.

30 July 2009

Tribute to Piyah

Slide video ni ditujukan khas buat anak aku, Piyah. Memandangkan adik Piyah yang masih belum ada nama tu sudah semakin lincah menendang sana sini untuk keluar, maka ayah buat slide ni khas sebagai tanda kasih dan penghargaan untuk Piyah selaku anak sulung, dengan ucapan jangan nak kuat jealous dan dengki kat adik nanti yer, heheh..

(Please click the video to watch)

p/s : Punya la susah nak upload menatang ni dalam blog (pada hal memang aku yang tak reti). Apa pun terima kasih kepada Puan Kuizikel atas bantuan dan telah 'memandu arah' aku untuk tujuan di atas sehingga berjaya. Tak sia-sia kau amik jurusan IT masa kat universiti dulu, heheh..

28 July 2009

Aktiviti Hujung Minggu

AQUARIA KLCC
26 Julai 2009
___________________________________________________________

Aku malas la nak pikir2 ayat nak tulis. Tepek gambar je dah la..