30 November 2010

In Case of Emergency

Mari kita sama-sama gunakan otak and think of this. Daripada beratus-ratus contact person/number yang disimpan dalam memori telefon bimbit kita, tak siapa pun tahu yang mana di antara mereka adalah keluarga atau sahabat terdekat dengan kita melainkan diri kita sendiri. Even kalau kita masih lagi curi-curi simpan nombor telefon ex-boyfriend atau ex-girlfriend kita dalam senarai contact person pun belum tentu suami atau isteri boleh hidu memandangkan wujudnya beratus-ratus nama dan adalah satu pekerjaan yang membuang masa nak scroll down satu per satu contact person dalam telefon kita. Of course, ada antara kita yang save dalam telefon nama ayah atau emak secara langsung sebagai 'Ayah' dan 'Emak', tapi lain orang lain nama panggilan dalam keluarga dan masing-masing dengan method menyimpan nama contact person yang berbeza, kan?

So, apa kaitan dengan tajuk entry? Soalan yang baik.

In Case of Emergency (ICE) sebenarnya adalah merupakan satu idea yang difikirkan oleh paramedik untuk mengajak orang ramai untuk menyenaraikan keluarga atau sahabat terdekat sebagai individu yang boleh dan mudah untuk dihubungi sekiranya berlaku kemalangan, kecemasan atau sebarang perkara yang tak diingini kepada kita. Selalunya kalau berlaku kemalangan, telefon bimbit mangsa kemalangan mudah didapati oleh orang yang tiba di tempat kejadian, tapi persoalan siapa orang yang nak dihubungi pada saat-saat genting seperti telur di hujung tanduk itu boleh tambah menyusahkan lagi orang. Dengan adanya contact person tertentu yang disenaraikan sebagai "ICE", maka urusan menghubungi individu-individu yang sepatutnya akan menjadi lebih cepat, tepat dan mudah.

Caranya simple je, cuma taip dan simpan nama orang yang mudah dan boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dengan didahului perkataan "ICE". Sekiranya ada lebih daripada seorang boleh juga disimpan sebagai contoh "ICE1 Abah", "ICE2 Suamiku Baby Sayang" dan seterusnya. Jangan pulak simpan semua nama sebagai "ICE", otherwise it will only defeat the purpose of having the emergency number lah pulak kan. Juga jangan simpan nama orang yang susah dihubungi atau tak rapat dengan kita sebagai emergency number, contohnya nombor telefon kakak yang sedang sambung study kat oversea atau "ICE Abang Man Nasi Kukus Simpang".

Apa yang kita perlu lakukan cukup mudah dan nampak remeh, tapi signifikasi dan impaknya amat besar kepada hidup kita. Bak kata kempen ni, "ICE will speak for you when you are not able to". Cuak je kan bunyiknya? So, tunggu apa lagi. Jangan terus biarkan telefon bimbit anda diselubungi misteri. Cepat keluarkan handphone dari poket seluar dan handbag tu dan laksanakan tanggungjawab pada diri sendiri sekarang. Kepoci kan jugak konsep "ICE" ni kepada keluarga dan kawan-kawan demi kebaikan bersama. Ececeh.

(Info of ICE is a courtsey of a message sent via BBM by a friend)

16 November 2010

Pembelajaran Seks Dari Usia Awal Kanak-Kanak

Ahad lepas belikan buku untuk Piyah. The main purpose adalah untuk mula ajar Piyah menulis ABC memandangkan takde apa2 perkembangan didikan untuk dia sejak dia pandai tulis '1' dan '0' sejak 5, 6 bulan yang lepas. Mama dia yang beriya2 suruh belikan buku ABC yang ada titik putus2 supaya dia boleh mula belajar tulis huruf ikut titik putus2 tu.

So, belikan la jugak 3 buah buku untuk Piyah yang macam Mama dia nak tu. Balik rumah baru belek2 buku-buku tu. Salah satu buku tu describes huruf dengan perkataan-perkataan yang weird untuk budak2 dan sangat la ntahapa2. Silap aku jugak tak tengok betul2 sebelum beli.
*****
Start2 dah tak boleh blah. Dalam banyak-banyak perkataan mula dengan huruf 'A',
boleh pulak anting-anting yang dia letak.


'C' untuk Cacat?

Crucial ke kepada budak2 untuk differentiate antara orang normal dengan orang cacat?


'D' pulak untuk Darah. Gila ganas.

Pemilihan perkataan dan gambar tak objektif langsung dengan huruf. Darah dalam gambar yang dia letak tu objek paling kecik kalau nak dibandingkan dengan pisau dan buah/sayur yang dipotong tu. Dah la animation potong sayur pakai songkok dengan baju Melayu. Kot ye pun nak promote Islam Hadhari agak2 la.


Baik kan?

'Y' untuk Yatim. Tak paham aku.

Ko boleh bayangkan tak betapa seksanya nak explain kalau budak seusia Piyah tanya 'yatim' tu apa?

And finally - 'Z'.


'Z' is for ..... Erk, WTF!

Kot ye pun nak buat buku biarlah yang komprehensif dan content sesuai untuk budak-budak.

Dah la Piyah, tak payah nak belajar tulis2 ni. Ayah rasa ada baiknya Piyah belajar menaip kat komputer terus.

18 October 2010

Stress

Minggu ni memang bakal jadi minggu yang paling menduga kesabaran dan paling mencabar daripada sebelumnya. Jauh lebih mencabar lagi daripada wall climbing kat Taman Cabaran.

Bini out station lagi. Kali ni seminggu pulak. Stress, stress..

To Piyah & Dania, please behave ok..

Regards,
Bapak Mithali.

*Balik kerja nanti nak carik rotan bulu ayam. Siap la budak2 ni kalau nakal.

27 September 2010

Update Yang Bukan Update Sebenar

Sejujurnya mood menulis kat blog semakin pudar dek kerana takde kesempatan dan kurang perasaan nak ambik tahu atau bagi tahu perkembangan hidup kat orang. Masa yang ada pun lebih banyak kepada sekadar blog-hopping kat blog2 orang. Lagi pun takde apa pun yang menarik berlaku dalam hidup nak dihebah2kan kat orang. Yang paling penting takde benda2 yang pelik dan tak diingini melanda dalam hidup. Alhamdulillah.

Cuti dan hari raya semakin kurang menerujakan.
Hari ulang tahun kelahiran berlalu tanpa sebarang celebration dan hampir takde apa yang membezakan dengan hari2 lain.
Ntah la, simptom2 usia yang makin meningkat memang macam ni kot.

Mujur jugak ada korang. Kalau tak hidup mesti berlipat kali ganda lagi lebih membosankan.

26 July 2010

Tribute Kepada Allahyarham Puan Zainah

Takziah kepada Chiky dan keluarga atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Puan Zainah.

Sejujurnya agak kesal dan terganggu di atas kegagalan aku untuk turut sama berkunjung dan menziarahi keluarga Chiky dan juga arwah pada hari pengkebumiannya lebih kurang 2 minggu yang lalu kerana menghadiri kursus wajib di Port Dickson pada waktu itu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah hadiah al-Fatihah dan doa yang tulus dan ikhlas, semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kepada Chiky dan keluarga, semoga diberikan kesabaran dan kekuatan serta redha dengan ketentuanNya.

Al-Fatihah.

11 June 2010

Signifikasi World Cup Dalam Hidup Saya

Pada ketika aku tulis entry ni, cuma tinggal 5 jam 27 minit 3 saat sebelum opening World Cup.. Err, 2 saat, 1 saat.. Laa, dah jadi tinggal 5 jam 26 minit la pulak.. Cepatnya! Tapi takpe, aku suka.. World Cup weh! The most watched sport on the planet tuh tau! Bukan calang-calang punya tournament.. Berbillion kali ganda hebatnya dari Piala Malaysia, huh! Eh, kenapa banyak sangat guna tanda seru?! Nampak sangat tengah excited gila2 kan.. Yebbaaaa! Yebbaaaa!!

Sepanjang hidup, seingat aku, dah 4 edisi World Cup yang aku ambik tau sejak tahun 1994. Tapi tahun 1994 tu aku baru Form 1, duduk asrama pulak tu. So bilik tv kat asrama tu dah sah2 la kena conquer dgn abang2 senior. Kalau nak curik2 tengok pun time ada replay kat tv je la.

World Cup tahun 1998 aku dah Form 5, aku pulak yang jadik senior. So kepada adik2 yang belum cukup umur sila berambus ye.. Heheh, takde ah, aku senior baik, mana ada buli2 junior ni.. Setakat sekali sekala mintak tolong buat benda yang simple2 macam ironkan baju, basuhkan kasut, amik makanan kat kantin hostel tu biasa la kan. Heheh..

World Cup tahun 1998 memang aku ingat sangat. Oleh sebab nak sangat tengok bola, entah macamana boleh timbul idea aku dengan Chiky pergi seludup tv dari asrama perempuan dan letak kat dorm. Dengan bantuan partner in crime kitorang yang sangat memahami passion lelaki terhadap World Cup, Nud dan Anne, maka kerja2 penyeludupan lebih mudah dan berjalan lancar tatkala penghuni2 asrama lain tengah khusyuk dengar ceramah kat surau sekolah.. Chiky dan Nud sememangnya sebenar2 partner sebab dari partner in crime, sekarang dah jadik laki bini dah. Mereka memang sehati sejiwa. Apa lagi jenayah yang korang pernah buat bersama hah? Hahah.. Lagi yang tak boleh lupa time tu bila warden round buat spot check, kelam kabut sorok tv dalam toilet, letak kat atas mangkuk jamban pulak tuh.. Huhu..

World Cup tahun 2002 aku dah kat universiti. Masa tu World Cup kat Asia, tuan rumah bersama Japan-South Korea. Oleh kerana kedudukan geografi dan faktor garisan zon masa yang tak jauh berbeza, maka game2 bola masa tahun tu sangat tidak menyengkang mata dan kebanyakan game berlangsung waktu lewat petang kat Malaysia.

Satu hari tu ada pulak lecturer gatal nak buat kelas ganti lepas Maghrib. Time Brazil punye game pulak tu. Maka pilihan perlu dibuat sama ada ke kelas dengan hati yang tak ikhlas dan tengok lecturer membebel atau bersenang2 di depan tv tengok Ronaldinho yang beraksi. Tipu la kalau hooligan macam aku pilih pilihan yang pertama. Maka aku pun kirimkan je 'signature' untuk ditiru oleh roommate aku untuk diterjemahkan di atas attendance sheet dalam kelas. Kehadiran dapat, tengok bola pun dapat. Sangat menguntungkan bukan? Ronaldinho sangat hebat dan Brazil menang. Tapi aku yang malang. Entah macam mana nama aku boleh kena panggil lecturer masa dalam kelas yang aku ponteng tu. Tengok attendance bertanda, tapi aku takde dalam kelas. Sangat magic. Minggu depannya aku dengan roommate yang sangat baik hati tolong signkan untuk aku kena panggil dengan lecturer. Akhir semester aku dapat C+ aje untuk subjek lecturer tu. Berbaloi2. Heh!

World Cup tahun 2006 pulak aku baru lagi melangkah ke alam pekerjaan. Tak lama dapat kerja, kena hantar pegi Ipoh. Dah la takde sesapa kat Perak tu. Hidup sebatang kara. Paling tak best tengok World Cup dengan entah sesapa kat kedai makan. Nak bersorak menjerit pun tak terkeluar suara. Takde feel langsung.

Aku tak tau World Cup kali ni apa pulak kenangan dan signifikasinya kepada aku. Okay, sekarang masa untuk tampal jadual besar World Cup kat dinding office. Apa2 pun go Spain and Holland! Ole!!

26 May 2010

Peringatan Buat Anak Aku, Dania

Ada orang kat nursery anak aku yang dah hasut atau ajar benda yang tak baik kat anak no. 2 aku, Dania. Pada hal budak tu tak sampai pun umur setahun lagi, dah diajarnya mintak benda yang pelik2. Aku syak ni mesti kerja pengasuh2 kat nursery anak aku tu. Diorang tak pikir ke, apa2 pun nanti ayah budak ni jugak la yang susah dan pening kepala.

Kepada Dania, ni ayah nak nasihat kat awak tu sikit.

Baik awak bagitau kat ayah, siapa yang ajar awak minum susu mahal2 ni? Memilih pulak sekarang nak minum susu yang harga sampai beratus setin. Ayah bagi awak tempoh sampai hujung bulan ni je. Kalau awak tak nak minum balik susu jenama lama, ayah bagi awak minum susu pekat je nanti, baru awak tau!

07 January 2010

Honesty... Is Still The Best Policy

Kejujuran mengatasi segalanya. chewah chewah.. Pengenalan entry sungguh berbunga2.. Kadangkala kejujuran juga boleh mendatangkan keuntungan. Jadi, tak rugi kalau anda bersikap jujur dan menjadikan kejujuran sebagai panduan hidup.

Ceritanya begini. Masa beli kek harijadi piyah pada krismas lalu, tokey kedai kek tu tersilap pulangkan duit baki yang aku bayar. Keluar dari kedai dan masuk dalam kereta, aku semak balik resit bayaran dengan duit baki yang aku terima, macam ada yang tak kena. Tengok2 baki yang dia bagi lebih.

Mula-mula aku ingatkan nak buat bodoh je. Ala, lebih beberapa ringgit je pun sebenarnya. Kalau aku diamkan je pun takde la sampai boleh melingkupkan kedai kek tu. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak sedap hati. Karang baik-baik aku beli kek dengan duit halal tiba-tiba jatuh kategori haram pulak. Bab-bab benda jadik darah daging ni aku tak berani nak ambik ringan. Aku tak mau hati jadik gelap weh. Lagi pun bukan boleh jadi kaya dengan songlap duit yang tak seberapa tuh.

Last-last aku masuk balik kedai kek tu. Aku tanya kat tokey kedai tu, ada diskaun ke kek yang aku beli tu. Kena tanya dulu, mana la tau sebenarnya ada diskaun, aku pulak yang macam bagus nanti. Dia kata untuk kek yang aku beli tu takde diskaun, tapi kalau untuk kek besar gedabak yang diorang buat sempena Krismas ada la diskaun. Apa jadah aku nak beli kek krismas, bukan aku sambut pun! Aku pun bagitau la, dia salah bagi duit baki kat aku, ada lebih. Aku tunjuk resit bayaran dan duit baki kat dia.

Memang betul. Tokey kedai tu kata dia dah tersilap tulis dalam resit dan bagi duit baki. Time aku nak keluar dari kedai tu, dia panggil aku balik. Dia kata susah nak jumpa customer macam ni. Dia pun suruh aku ambik apa-apa roti ban dalam kedai dia yang aku suka. Aku cakap takpe la, lagi pun karang dia rugi pulak bagi aku free2 macam tu jer. Lagi pun macam tak berbaloi-baloi je nak bagi aku ban free untuk nilai duit tak seberapa yang aku pulangkan. Tapi seboleh-boleh dia suruh aku ambik gak apa-apa ban kat kedai dia. Aku pun ambik satu. Dia kata tolong la, ambik lagi, ambik lagi. Sampai tiga bungkus ban aku ambik dia dah tak suruh ambik lagi. Aku ingat nak bagi licin terus semua kek dengan ban-ban kat kedai dia tu. Nasib baik la dia dah tak offer lagi.

Masuk balik kereta, hati aku senang.

Kejadian tu mengingatkan aku betapa takde ruginya kalau kita bersikap jujur atau bercakap benar. Kadang-kadang kita berpendapat dengan mengabaikan sedikit kejujuran, ianya tak akan menjejaskan atau memburukkan sesuatu perkara sekali pun. Tapi bagi orang lain, walau pun hanya sedikit kejujuran, ianya membawa erti yang sangat besar buat mereka dan reflects tanggapan orang tentang kamu.


p/s : Tapi kalau tipu-tipu sunat, itu cerita lain. Heheh..