Pada ketika aku tulis entry ni, cuma tinggal 5 jam 27 minit 3 saat sebelum opening World Cup.. Err, 2 saat, 1 saat.. Laa, dah jadi tinggal 5 jam 26 minit la pulak.. Cepatnya! Tapi takpe, aku suka.. World Cup weh! The most watched sport on the planet tuh tau! Bukan calang-calang punya tournament.. Berbillion kali ganda hebatnya dari Piala Malaysia, huh! Eh, kenapa banyak sangat guna tanda seru?! Nampak sangat tengah excited gila2 kan.. Yebbaaaa! Yebbaaaa!!Sepanjang hidup, seingat aku, dah 4 edisi World Cup yang aku ambik tau sejak tahun 1994. Tapi tahun 1994 tu aku baru Form 1, duduk asrama pulak tu. So bilik tv kat asrama tu dah sah2 la kena conquer dgn abang2 senior. Kalau nak curik2 tengok pun time ada replay kat tv je la.
World Cup tahun 1998 aku dah Form 5, aku pulak yang jadik senior. So kepada adik2 yang belum cukup umur sila berambus ye.. Heheh, takde ah, aku senior baik, mana ada buli2 junior ni.. Setakat sekali sekala mintak tolong buat benda yang simple2 macam ironkan baju, basuhkan kasut, amik makanan kat kantin hostel tu biasa la kan. Heheh..
World Cup tahun 1998 memang aku ingat sangat. Oleh sebab nak sangat tengok bola, entah macamana boleh timbul idea aku dengan Chiky pergi seludup tv dari asrama perempuan dan letak kat dorm. Dengan bantuan partner in crime kitorang yang sangat memahami passion lelaki terhadap World Cup, Nud dan Anne, maka kerja2 penyeludupan lebih mudah dan berjalan lancar tatkala penghuni2 asrama lain tengah khusyuk dengar ceramah kat surau sekolah.. Chiky dan Nud sememangnya sebenar2 partner sebab dari partner in crime, sekarang dah jadik laki bini dah. Mereka memang sehati sejiwa. Apa lagi jenayah yang korang pernah buat bersama hah? Hahah.. Lagi yang tak boleh lupa time tu bila warden round buat spot check, kelam kabut sorok tv dalam toilet, letak kat atas mangkuk jamban pulak tuh.. Huhu..
World Cup tahun 2002 aku dah kat universiti. Masa tu World Cup kat Asia, tuan rumah bersama Japan-South Korea. Oleh kerana kedudukan geografi dan faktor garisan zon masa yang tak jauh berbeza, maka game2 bola masa tahun tu sangat tidak menyengkang mata dan kebanyakan game berlangsung waktu lewat petang kat Malaysia.
Satu hari tu ada pulak lecturer gatal nak buat kelas ganti lepas Maghrib. Time Brazil punye game pulak tu. Maka pilihan perlu dibuat sama ada ke kelas dengan hati yang tak ikhlas dan tengok lecturer membebel atau bersenang2 di depan tv tengok Ronaldinho yang beraksi. Tipu la kalau hooligan macam aku pilih pilihan yang pertama. Maka aku pun kirimkan je 'signature' untuk ditiru oleh roommate aku untuk diterjemahkan di atas attendance sheet dalam kelas. Kehadiran dapat, tengok bola pun dapat. Sangat menguntungkan bukan? Ronaldinho sangat hebat dan Brazil menang. Tapi aku yang malang. Entah macam mana nama aku boleh kena panggil lecturer masa dalam kelas yang aku ponteng tu. Tengok attendance bertanda, tapi aku takde dalam kelas. Sangat magic. Minggu depannya aku dengan roommate yang sangat baik hati tolong signkan untuk aku kena panggil dengan lecturer. Akhir semester aku dapat C+ aje untuk subjek lecturer tu. Berbaloi2. Heh!
World Cup tahun 2006 pulak aku baru lagi melangkah ke alam pekerjaan. Tak lama dapat kerja, kena hantar pegi Ipoh. Dah la takde sesapa kat Perak tu. Hidup sebatang kara. Paling tak best tengok World Cup dengan entah sesapa kat kedai makan. Nak bersorak menjerit pun tak terkeluar suara. Takde feel langsung.
Aku tak tau World Cup kali ni apa pulak kenangan dan signifikasinya kepada aku. Okay, sekarang masa untuk tampal jadual besar World Cup kat dinding office. Apa2 pun go Spain and Holland! Ole!!
6 comments:
terbaekkk la citer ko..ciki xde plak citer jenayah ringan tuuu..ada modal ni
hahaha, ko pecah lobang la dent!!
sungguh ku ingat saat itu..
masa england vs argentina, beckham kene red card...
pastu penalti menjelang subuh...itu le detik kantoi tv..
nasib le final dpt gak nengok kan??
ok, go spain go....
so ciki skrg tgk bola sama2 gak ker?
anyway dent....ok ler tu dpt gak C+. dari kena repeat...kan naya.
aku pun rasa spain akan champion....
jerman kot champion... hehehhh tetiba menyampuk!
Mak ai, ko ni dulu criminalistic gak ek???? nampak mcm budak baik je.. hahah..
weh, spain dah karam dah... meh sokong german ngan aku meh.. (sbb england nak out dah)
haha,nice post..ajak je org umah layan bola..ada gak org buatkan kopi!
Post a Comment