03 April 2012

SMS


"Assalamualaikum ustaz. Saya dan AJK Masjid XXX menjemput Ustaz untuk menyampaikan kuliah Maghrib pada hari selasa mlm rabu minggu pertama dan kedua setiap bulan. Itu pun kalau ustaz ada kelapangan. T. kasih. Drp XX XXX."

Tak dapat dipastikan siapa pengirim SMS ni.

Mulanya terfikir jugak nak jawab, "Ya, Insyaallah saya berkelapangan", (setiap janji yang kita buat kena la ada Insyaallah), tapi bila difikir-fikirkan balik dengan pendidikan sekolah agama petang yang tak habis, aku biarkan je SMS tu tanpa berbalas.

Lama jugak aku abaikan je SMS tu, sehinggalah pada satu ketika aku terbaca balik SMS tu.

"Saya rasa encik ada tersalah hantar SMS ke nombor saya minggu lepas berkenaan jemputan untuk sampaikan kuliah Maghrib di Masjid XXX. Maaf kerana saya bukan ustaz yang encik maksudkan."

Rasa bersalah pulak nak menafikan hak pengirim SMS, AJK dan ahli qariah Masjid XXX daripada peluang mendapatkan ilmu. Setidak-tidaknya kalau pengirim SMS tahu aku bukanlah orang yang dimaksudkan, boleh jugak dia ikhtiar dapatkan kepastian daripada ustaz yang sebenar.

"Maaf. Tapi ini bukan Ustaz Mahyudin ke?"

"Bukan. Ini siapa?"

"Maaf tuan, saya tersalah hantar sbb nama ustaz tu sama dgn nama tuan. - XX"

Oh, SMS daripada kenalan sekerja lama rupanya.

'Ustaz Mahyudin' - not bad jugak bunyiknya kan. Hahah..

*****

"Mak tgok tv al hijrh pgi ni. Akhir zmn nti ada binatag yg kluar dr bumi yg leh berckp. Binatang tu akn pkul org kfur dgn tonktnya dan org soleh akn diusap mkanya. Wktu tu pintu tubat dah trtutp. Wjib pcya krn ayat ni ada dlm quran n hadis nbi. Subhanallah."

Pelik. Atikah tak pernah hantar SMS yang menginsafkan macam ni kat aku sebelum ni.

Satu je kesimpulan mudah yang aku boleh buat. Itu hint nak suruh balik sebab aku dah lama tak balik kampung la tu. Rindu kat I lettew. Hahah..

I miss u too. :)