26 April 2009

Tidur Lena Yang Merugikan

Sewaktu masing2 sedang membaham black paper beef steak dan chicken chop di sebuah restoran makanan Barat di Serdang : "Ma, kita sampai rumah sebelum pukul 12 tau, sebab ayah nak tengok bola, ada game best malam nih.."

Tiada jawapan.

11.25 p.m. - Sampai di rumah. "Wah, sedang elok la sampai rumah, boleh rehat2 sementara nak tunggu game start pukul 12.15 am nanti", getus hati sendirian. "Ermm, letih la badan, baring2 la kejap depan tv. Adusss, nikmatnya dapat bantal.."

12.15 a.m. - ....... .......

2.55 a.m. - Iyarrrgghhhh.. Sedapnya menggeliat.. "Hah!! Pukul 2.55 dah?! Dah abis main dah?!Huwaaaaaaaaaaa.... Terlepas nak tengok bolaaaa.. Tensionnyeeeerrrrr.. Apa result niiiihhh?" (sambil tangan menggagau2 menekan remote control Astro menukar2 siaran)

Manchester United ...[5] - Tottenham Hotspurs ...[2]

Pergghhh, banyak gol tuh.. Ruginya tak tengoookkkk!!!

p/s : Sesungguhnya mendirikan solat itu lebih baik dari tidur.

23 April 2009

Pemandu2 Malaysia : Terlebih Prihatin atau Kaki Penyibuk?


Ok, straight to the point. Aku paling menyampah, meluat dan anti gila tabiat atau perangai pemandu2 di Malaysia ni yang sangat pantang nampak ada accident, mesti nak slow down kan kenderaan tak tentu pasal. Pada hal kenderaan yang terlibat dengan accident tu dah selamat dialihkan ke tepi jalan dan tak mengganggu pemanduan atau lalu lintas pun. Yang lagi best, accident berlaku kat seberang jalan atau jalan bertentangan, takde kaitan dengan tempat dia lalu, tu pun nak slow down jugak, tak paham betul aku..

Apa pekdah la agaknya yang spesis2 pemandu macam ni leh dapat dengan tengok kenderaan accident kat tepi jalan sampai perlu nak perlahankan kenderaan diorang tak tentu pasal eh?

Nak kata orang Malaysia terlalu sensitif, peka dan prihatin terhadap perkara2 yang berlaku di sekeliling aku rasa dalam bab2 lain seperti kesedaran untuk menekan flush selepas menggunakan tandas, beratur sebelum menaiki pengangkutan awam dan perkara2 lain yang jauh lebih penting lagi, orang Malaysia masih jauh lagi untuk dilabelkan sebegitu. Kalau perlahankan kenderaan lepas tu berhenti sebab nak hulurkan bantuan apa2 yang perlu tu lain la, tapi takde pun jugak.

Tak pun berminat sangat untuk menjenguk2 keadaan mangsa dan kenderaan kemalangan untuk dijadikan topik perbualan sewaktu bersarapan pagi atau lepak di kedai mamak, atau mungkin juga sebagai pemanas topik pagi bersama rakan sepejabat sebelum memulakan tugas, sambil sama2 membuat telahan dan mencari kesimpulan tentang pihak mana yang salah, mana yang betul, wal hal tak tau pun punca sebenar berlakunya kemalangan. Pandai sangat lah tu kononnya.

Atau mungkin memperlahankan kenderaan kerana berminat ingin tahu nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, mana lah tahu kalau2 esok nombor tu ada ong boleh naik 4D, tapi takkan semua orang pun main nombor? Dosa tu.

Atau boleh jadi pemandu2 di Malaysia cepat timbul kesedaran dan keinsafan sebab selepas tengok kemalangan, kaki terus kelu, tak berdaya nak menekan peddle minyak dan tak semena2 masing2 terus bertaubat nasuha takkan membahayakan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang dengan memandu lebih laju daripada 6o km/j lagi. Tapi yang peliknya lepas je tempat kemalangan tu, masing2 semua dah hilang ingatan balik dan boleh pulak pecut laju, jalan pun terus jadi clear lepas tu. Pigidaaahhhh!!

Satu je pendapat aku. Kebanyakan pemandu2 kat Malaysia ni memang suka sangat nak menyibuk dan macam bagus ambil tahu hal orang lain.

Terima Kasih Emak, Abah..

Dalam bulan ini sahaja sudah 2 kali Piyah demam. Demam dia yang terkini ni agak teruk dan luar biasa jugak, dan sudah berlarutan selama hampir genap seminggu semenjak Jumaat lepas.

Hujung minggu yang lalu, ketika di kampung, aku dan wife sudah bawa Piyah ke klinik di Parit Sulong. Selang 2 hari, demam Piyah masih belum reda, aku dan wife sekali lagi ambil cuti dan bawa Piyah ke klinik di Seri Kembangan; juga takde tanda-tanda demamnya akan pulih walau pun setelah buat pemeriksaan darah, keputusannya negatif.

Selang 2 hari berikutnya bawa Piyah ke klinik Putrajaya pula, kali ini doktor di sana mengesyorkan supaya Piyah dirujuk ke Unit Kecemasan di Hospital Putrajaya memandangkan demamnya sudah agak terlalu lama. Di sinilah demam Piyah mengganas dan berada di tahap kemuncak di mana suhu badannya meningkat, panas.

Tanpa banyak soal, Doktor menyarankan supaya Piyah dimasukkan ke wad sementara badannya dimasukkan air. Budak tengah demam dan tak sedap badan, memang banyak ragam. Ditambah pulak bila Piyah tengok tangan dia dibalut dan ada salur getah untuk saluran air masuk, bertambah2 meraung la dia.
Sepanjang di wad, Piyah memang menangis tak berhenti2 dan tak boleh bertenang langsung, meronta2 ke sana, berguling2 ke sini. Belum pun air habis masuk dalam badan dia, Doktor akhirnya suruh tanggalkan salur air tu sebab daripada nak masukkan air sebaliknya darah Piyah pulak yang banyak mengalir keluar ke dalam saluran air tu sebab dia tak reti nak duduk diam. Tambah merisaukan bila muka dan badan Piyah tiba-tiba timbul bintik/bintat kemerah-merahan, terutamanya di muka; bengkak2 macam kena gigit tebuan dah aku tengok. Hilang dah muka cute ala2 anak Kemboja dia tuh. Doktor kata bintat2 tu reaction of allergic, tapi Doktor pun tak pasti allergic terhadap apa. Kesian pulak aku tengok budak busuk tuh. Sedih pun ada..

Tak larat dan keletihan dengan bintat2 di muka selepas nangis tak henti2.
Kesian kan?

Semalam aku cuti lagi. Tapi mamanya lagi hebat, sudah cuti dan tak kerja untuk 4 hari berturut2 sebab nak jaga Piyah. Hasilnya semalam keadaan Piyah dah semakin baik dan beransur sihat. Walau pun belum betul2 aktif sepenuhnya dan mulutnya masih kurang menceceh, tapi dia sudah ada selera untuk makan walau pun tak banyak dan boleh sedikit2 membuat perkara2 rutin yang dia selalu buat seperti sepah2kan himpunan CD/DVD di bawah meja tv, menyusur di dapur dan membawa mangkuk dan sudip2 dan sudu2 ke ruang tamu, tumpahkan bedak, panjat tangga naik ke tingkat atas rumah dan senyap2 keluar rumah tanpa memakai kasut bila pintu dan gril tak berkunci. Pada waktu sekarang ni, aku lebih suka melihat dia buat sepah dan nakal walau pun kebiasaannya perangai macam tu hanya akan mengundang rasa geram dan suara pekik lolong daripada ayah dan mama dia.

Susah betul bila anak sakit ni.. Hati susah, kerja terganggu sebab kena ambil cuti. Tu belum kira kos nak bawak anak untuk rawatan dan beli ubat lagi. Tambah2 kalau ayah yang poketnya selalu kering kontang macam ayah Piyah ni.. Masa pun banyak habis nak menguruskan anak je. Bila diri sendiri dah jadi ayah atau ibu ni baru la rasa, tahu dan sedar betapa tak ternilainya pengorbanan emak dan abah masa aku susahkan diorang kecik2 dulu. Memang tiada sempadan dan perbandingan kasih dan sayang orang yang bernama 'ayah' dan 'ibu' ni. Jasa mereka tidak akan mampu dibalas dengan apa cara sekali pun.

Terima kasih emak, abah..