23 April 2009

Pemandu2 Malaysia : Terlebih Prihatin atau Kaki Penyibuk?


Ok, straight to the point. Aku paling menyampah, meluat dan anti gila tabiat atau perangai pemandu2 di Malaysia ni yang sangat pantang nampak ada accident, mesti nak slow down kan kenderaan tak tentu pasal. Pada hal kenderaan yang terlibat dengan accident tu dah selamat dialihkan ke tepi jalan dan tak mengganggu pemanduan atau lalu lintas pun. Yang lagi best, accident berlaku kat seberang jalan atau jalan bertentangan, takde kaitan dengan tempat dia lalu, tu pun nak slow down jugak, tak paham betul aku..

Apa pekdah la agaknya yang spesis2 pemandu macam ni leh dapat dengan tengok kenderaan accident kat tepi jalan sampai perlu nak perlahankan kenderaan diorang tak tentu pasal eh?

Nak kata orang Malaysia terlalu sensitif, peka dan prihatin terhadap perkara2 yang berlaku di sekeliling aku rasa dalam bab2 lain seperti kesedaran untuk menekan flush selepas menggunakan tandas, beratur sebelum menaiki pengangkutan awam dan perkara2 lain yang jauh lebih penting lagi, orang Malaysia masih jauh lagi untuk dilabelkan sebegitu. Kalau perlahankan kenderaan lepas tu berhenti sebab nak hulurkan bantuan apa2 yang perlu tu lain la, tapi takde pun jugak.

Tak pun berminat sangat untuk menjenguk2 keadaan mangsa dan kenderaan kemalangan untuk dijadikan topik perbualan sewaktu bersarapan pagi atau lepak di kedai mamak, atau mungkin juga sebagai pemanas topik pagi bersama rakan sepejabat sebelum memulakan tugas, sambil sama2 membuat telahan dan mencari kesimpulan tentang pihak mana yang salah, mana yang betul, wal hal tak tau pun punca sebenar berlakunya kemalangan. Pandai sangat lah tu kononnya.

Atau mungkin memperlahankan kenderaan kerana berminat ingin tahu nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, mana lah tahu kalau2 esok nombor tu ada ong boleh naik 4D, tapi takkan semua orang pun main nombor? Dosa tu.

Atau boleh jadi pemandu2 di Malaysia cepat timbul kesedaran dan keinsafan sebab selepas tengok kemalangan, kaki terus kelu, tak berdaya nak menekan peddle minyak dan tak semena2 masing2 terus bertaubat nasuha takkan membahayakan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang dengan memandu lebih laju daripada 6o km/j lagi. Tapi yang peliknya lepas je tempat kemalangan tu, masing2 semua dah hilang ingatan balik dan boleh pulak pecut laju, jalan pun terus jadi clear lepas tu. Pigidaaahhhh!!

Satu je pendapat aku. Kebanyakan pemandu2 kat Malaysia ni memang suka sangat nak menyibuk dan macam bagus ambil tahu hal orang lain.

3 comments:

roSebud said...

betul betul betul!

kuizikel said...

plg mnyampah klu kat highway PLUS, nak-nak musim raya.. aku puas gak tengok kat mana eksidennyer di kesesakan, skali tu elok je kat tepi... pastu jalan terus clear.. bengong!

Langit Jiwa said...

roSebud : eheheh.. gerenti betul..

kuizikel : haha, punca jam2 sebegini mmg betui2 quizzical..