Hujung minggu yang lalu, ketika di kampung, aku dan wife sudah bawa Piyah ke klinik di Parit Sulong. Selang 2 hari, demam Piyah masih belum reda, aku dan wife sekali lagi ambil cuti dan bawa Piyah ke klinik di Seri Kembangan; juga takde tanda-tanda demamnya akan pulih walau pun setelah buat pemeriksaan darah, keputusannya negatif.
Selang 2 hari berikutnya bawa Piyah ke klinik Putrajaya pula, kali ini doktor di sana mengesyorkan supaya Piyah dirujuk ke Unit Kecemasan di Hospital Putrajaya memandangkan demamnya sudah agak terlalu lama. Di sinilah demam Piyah mengganas dan berada di tahap kemuncak di mana suhu badannya meningkat, panas.
Tanpa banyak soal, Doktor menyarankan supaya Piyah dimasukkan ke wad sementara badannya dimasukkan air. Budak tengah demam dan tak sedap badan, memang banyak ragam. Ditambah pulak bila Piyah tengok tangan dia dibalut dan ada salur getah untuk saluran air masuk, bertambah2 meraung la dia.
Sepanjang di wad, Piyah memang menangis tak berhenti2 dan tak boleh bertenang langsung, meronta2 ke sana, berguling2 ke sini. Belum pun air habis masuk dalam badan dia, Doktor akhirnya suruh tanggalkan salur air tu sebab daripada nak masukkan air sebaliknya darah Piyah pulak yang banyak mengalir keluar ke dalam saluran air tu sebab dia tak reti nak duduk diam. Tambah merisaukan bila muka dan badan Piyah tiba-tiba timbul bintik/bintat kemerah-merahan, terutamanya di muka; bengkak2 macam kena gigit tebuan dah aku tengok. Hilang dah muka cute ala2 anak Kemboja dia tuh. Doktor kata bintat2 tu reaction of allergic, tapi Doktor pun tak pasti allergic terhadap apa. Kesian pulak aku tengok budak busuk tuh. Sedih pun ada..
Tak larat dan keletihan dengan bintat2 di muka selepas nangis tak henti2. Kesian kan?
Semalam aku cuti lagi. Tapi mamanya lagi hebat, sudah cuti dan tak kerja untuk 4 hari berturut2 sebab nak jaga Piyah. Hasilnya semalam keadaan Piyah dah semakin baik dan beransur sihat. Walau pun belum betul2 aktif sepenuhnya dan mulutnya masih kurang menceceh, tapi dia sudah ada selera untuk makan walau pun tak banyak dan boleh sedikit2 membuat perkara2 rutin yang dia selalu buat seperti sepah2kan himpunan CD/DVD di bawah meja tv, menyusur di dapur dan membawa mangkuk dan sudip2 dan sudu2 ke ruang tamu, tumpahkan bedak, panjat tangga naik ke tingkat atas rumah dan senyap2 keluar rumah tanpa memakai kasut bila pintu dan gril tak berkunci. Pada waktu sekarang ni, aku lebih suka melihat dia buat sepah dan nakal walau pun kebiasaannya perangai macam tu hanya akan mengundang rasa geram dan suara pekik lolong daripada ayah dan mama dia.
Susah betul bila anak sakit ni.. Hati susah, kerja terganggu sebab kena ambil cuti. Tu belum kira kos nak bawak anak untuk rawatan dan beli ubat lagi. Tambah2 kalau ayah yang poketnya selalu kering kontang macam ayah Piyah ni.. Masa pun banyak habis nak menguruskan anak je. Bila diri sendiri dah jadi ayah atau ibu ni baru la rasa, tahu dan sedar betapa tak ternilainya pengorbanan emak dan abah masa aku susahkan diorang kecik2 dulu. Memang tiada sempadan dan perbandingan kasih dan sayang orang yang bernama 'ayah' dan 'ibu' ni. Jasa mereka tidak akan mampu dibalas dengan apa cara sekali pun.
Terima kasih emak, abah..
9 comments:
Kesian Piyah..baru ni kita sedar kan pengorbanan mak ngan abah kita...kita tau nak melawan jer. Semoga cepat sembuh yer yang...:)
alahai piyah sayang.... cpt2 baik yer
Kesian piyah....semoga cepat sembuh dan aktif cepat ye...
Nurman : piyah says, "thanks uncle nurman."
kuizikel : piyah says, "terima kasih auntie pojan. bila nak belanja saya aiskrim?"
Kush : piyah says, "tima kacih uncle kush. bila nak belanja ayah saya makan asam pedas dgn secret recipe?"
alaaa...kesian Piyah...semoga die cepat sembuh...send my hugs n kissess to her ye din...(KP)
Dear Safiyyah, Amierah doakan Safiyyah cepat sembuh nanti boleh main2 macam selalu. Kalau jumpa Amierah nanti kita main sama2 k?
KP : ok, thanks.
roSebud : piyah says, "ok mieyah, nanti kita main pondok2 sama2 ye."
huh, tetiba rasa nak balik kmpg..
Get well soon piyah....
~tuah.rimbun~ : terima kasih uncle yassin..
Post a Comment