10 August 2012

Penyakit Tua


Selalu je macam tu.
Ingat tarikh lahir orang awal-awal, then bila menjelang harinya boleh pulak tak teringat langsung.
Lepas tu, aku mati-mati ingat budak ni umur 4 tahun, tahun ni. Rupa-rupanya baru 3 tahun!

Happy Birthday Chi2.

Ayah saja je buat-buat terlupa.
Betul.

01 July 2012

17 May 2012

Cara Mudah Mengemaskini Belog (Ketika Sedang Banyak Kerja Dan Tak Tahu Mana Satu Kerja Nak Buat Dulu)

Muat naik sebarang lagu yang anda sedang kemaruk.

Firehouse - Here For You


Tekan "Publish".

Di sebalik kesibukan, sekarang satu entry sudah pun dikemaskini. 



15 May 2012

Kau Bukan Alqamah

Hari ni baru nak ucap Selamat Hari Ibu. "Amboooiiiiii, sibuk sangat ke?", kata Atikah. Kan dah malu sendiri. Padan muka.

Ingat Atikah, ingat kisah Alqamah. Ya Tuhan, na'uzubillah.

Birthday Atikah 29 Jun. Sebulan setengah lagi. Tanda besar-besar pakai marker pen merah kat kalendar. Set reminder kat handphone.

"Kau bukan Alqamah".

10 May 2012

Budak Bertuah

Malam kelmarin aku tidur awal sebelum terjaga semula dari tidur lebih kurang pukul 4 pagi. Dalam kegelapan awal pagi datang cahaya samar-samar dari hujung katil.

Bila diamati satu susuk tubuh kecil kelihatan sedang 'berbahagia' dengar lagu dari Ipad diiringi suara perlahan yang antara kedengaran dengan tidak, menyanyikan lagu sambil jari kecil mengetuk-ngetuk sisi Ipad mengikut rentak lagu.


Pukul 4 pagi masih belum tidur main Ipad? Ini ke perkembangan psychology untuk budak umur 3 tahun?

08 May 2012

Penaakulan Mantik


Salah satu contoh yang sesuai untuk membincangkan tentang Matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan mantik (logical reasoning) kerana dalam penaakulan mantik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor.

Dalam kehidupan seharian, penaakulan mantik adalah penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau kesimpulan yang tepat.


Ramai orang kata Piyah ikut muka ayah dia.
Bila ditanya selanjutnya Piyah tu kiut ke tak, ramai yang mengiyakan.
So, apakah kesimpulan bagi penaakulan mantik di sini?

Kita bercakap tentang soal kemampuan untuk membuat penaakulan mantik di sini. Bukan tentang soal ketepatan pandangan majoriti atau minoriti.

Jadi, bila dah kata Piyah ikut macam muka ayah dia dan setuju bila ditanya yang Piyah tu kiut, tapi kenapa bila sampai ke kesimpulan ramai yang cuba lari daripada membuat penaakulan yang sepatutnya?
 
 

03 April 2012

SMS


"Assalamualaikum ustaz. Saya dan AJK Masjid XXX menjemput Ustaz untuk menyampaikan kuliah Maghrib pada hari selasa mlm rabu minggu pertama dan kedua setiap bulan. Itu pun kalau ustaz ada kelapangan. T. kasih. Drp XX XXX."

Tak dapat dipastikan siapa pengirim SMS ni.

Mulanya terfikir jugak nak jawab, "Ya, Insyaallah saya berkelapangan", (setiap janji yang kita buat kena la ada Insyaallah), tapi bila difikir-fikirkan balik dengan pendidikan sekolah agama petang yang tak habis, aku biarkan je SMS tu tanpa berbalas.

Lama jugak aku abaikan je SMS tu, sehinggalah pada satu ketika aku terbaca balik SMS tu.

"Saya rasa encik ada tersalah hantar SMS ke nombor saya minggu lepas berkenaan jemputan untuk sampaikan kuliah Maghrib di Masjid XXX. Maaf kerana saya bukan ustaz yang encik maksudkan."

Rasa bersalah pulak nak menafikan hak pengirim SMS, AJK dan ahli qariah Masjid XXX daripada peluang mendapatkan ilmu. Setidak-tidaknya kalau pengirim SMS tahu aku bukanlah orang yang dimaksudkan, boleh jugak dia ikhtiar dapatkan kepastian daripada ustaz yang sebenar.

"Maaf. Tapi ini bukan Ustaz Mahyudin ke?"

"Bukan. Ini siapa?"

"Maaf tuan, saya tersalah hantar sbb nama ustaz tu sama dgn nama tuan. - XX"

Oh, SMS daripada kenalan sekerja lama rupanya.

'Ustaz Mahyudin' - not bad jugak bunyiknya kan. Hahah..

*****

"Mak tgok tv al hijrh pgi ni. Akhir zmn nti ada binatag yg kluar dr bumi yg leh berckp. Binatang tu akn pkul org kfur dgn tonktnya dan org soleh akn diusap mkanya. Wktu tu pintu tubat dah trtutp. Wjib pcya krn ayat ni ada dlm quran n hadis nbi. Subhanallah."

Pelik. Atikah tak pernah hantar SMS yang menginsafkan macam ni kat aku sebelum ni.

Satu je kesimpulan mudah yang aku boleh buat. Itu hint nak suruh balik sebab aku dah lama tak balik kampung la tu. Rindu kat I lettew. Hahah..

I miss u too. :)