21 June 2009

Happy Father's Day

(Calon Tokoh Bapa sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H)

Sebelum aku tulis entry ni, aku check dulu kat Wikipedia, baru la aku tau yang takde fixed date untuk sambutan Hari Bapa ni. Rupa2nya, dan kepada mereka yang tak tau jugak, Hari Bapa ni disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun. Ha, korang yang tak tau jangan nak pura2 berlagak tau pulak eh. Kalau tak tau tu mengaku je lah!

Ok lah, dipendekkan entry, sebagai salah seorang bapa mithali kat muka bumi ni, aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa2 seangkatan di luar sana, tak kira la sama ada mereka yang bakal jadi bapa, baru bergelar bapa atau mereka yang memang dah lama jadi bapa, baik bapa kandung ke, bapa tiri ke, bapa angkat ke, bapa mertua ke, tak kisah la apa2 spesis bapa sekali pun, asalkan ada title 'bapa' kat depan tuh. Tapi bapak ayam tak termasuk okay. Oh terlupa, dengan ucapan, errr... Semoga akan terus menjadi bapa yang bertanggungjawab, budiman dan penyayang, chewah..

17 June 2009

Kisah Misteri Roti Kacang Merah

"Pet, pet, pet, pet, pet!!"

Kedengaran bunyi hon pemuda India penjual roti sedang meronda dengan motosikalnya cup-nya, cukup untuk memecahkan keheningan malam di sebuah kawasan perumahan.

Seorang ayah muda kepada seorang anak perempuan kecil yang masih agak tampan bingkas bangun dari duduknya. Segera dia menyeluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan sekeping wallet yang kelihatan sudah sedikit lusuh dan luntur warnanya. Wallet pasar malam barangkali.

Dia mempercepatkan langkahnya dan segera berjalan ke luar rumah, bimbang kalau2 penjual roti tadi terlepas. Sampai di pintu pagar rumahnya dia melambai2kan tangannya sambil memekik, "Macha!" untuk mendapatkan perhatian penjual roti India tadi walau pun dia sendiri kurang pasti apa maksud sebenar perkataan tersebut. Yang dia tahu, macha adalah kata panggilan yang sememangnya sinonim kepada lelaki India. Dia biasa melihat perkataan sebegitu digunakan terutamanya di restoran2 mamak yang ditujukan oleh pelanggan2 apabila memanggil pekerja2 mamak di situ. Apa yang dia pasti, macha bukanlah kata2 cacian atau mencarut. Jadi, apa salahnya kalau dia pun menggunakan perkataan sedemikian, fikirnya.

Pemuda India tadi memberhentikan motosikal cup-nya betul2 di hadapan rumah ayah muda tersebut. Motosikalnya sarat dengan beraneka roti dan jajan yang digantung di sekelilingnya. "Bagi roti kacang satu", pinta ayah muda tadi sambil menghulurkan wang kertas RM5. Pemuda India tadi segera menghulurkan sebungkus roti berinti kacang merah. Kemudian dia memulangkan baki duit untuk roti tersebut. "Ok bang, terima kasih!", ucapnya sambil tersengih, menampakkan giginya yang langsung tidak putih.

Ayah muda tadi kembali masuk ke dalam rumah dan meletakkan roti kacang merah tersebut di atas meja makan. "Huh, roti ni aku nak bedal masa breakfast kat pejabat esok..", getus hatinya membuat perancangan. Dia kembali duduk di hadapan tv, menyambung menonton ulang tayang perlawanan bola sepak antara Brazil dan Mesir sempena Piala Konfederasi yang ditinggalkannya sebentar tadi.

Setengah jam kemudian, ayah muda tersebut bangun untuk ke dapur. Dia sangat terkejut. Matanya tertumpu ke satu sudut di atas lantai tak jauh dari ruang tamu rumahnya. Dia hampir2 tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Harapannya untuk bersarapan roti kacang merah hancur berderai. Malangnya apa yang dilihatnya bukan mimpi, juga bukan fantasi. Tapi memang realiti.

(*Keadaan roti kacang merah yang ditinggalkan dan ditemui penuh misteri)

Roti kacang merah kesayangannya habis berterabur dan telah disiat2.

"Angkara siapakah ini?", kemarahan ayah muda tadi mulai memuncak. Di dalam kepalanya hanya ada dua suspek yang berkemungkinan. Yang pertama adalah cencorot yang sejak akhir2 ini seringkali dilihat keluar masuk secara sembunyi2 melalui pintu dapur. "Argh, tak mungkin. Sebab bini aku ada di dapur sejak tadi, tengah masak untuk makan malam. Takkan cencorot berani sangat menyelinap masuk time2 ada orang kat dapur. Lampu dapur pun terang benderang.", ayah muda tadi berfikir sendiri. "Ini memang pasti kerja suspek yang kedua!". Dia tambah yakin dan semakin pasti dengan suspeknya yang satu lagi.

Dia segera mengejar dan menangkap suspek keduanya. Dilihat serpihan2 roti dan kacang merah terpalit pada kawasan pergelangan tangan dan jari2 kecilnya. Di sekitar mulutnya juga terdapat habuk2 roti. Comot. Memang sah! Memang sah ini angkara suspek kedua!

(*Ini lah wajah kejam suspek kedua yang telah menjahanamkan roti kacang merah ayah muda tadi)

Kempunan. Aku nak masuk batu belah batu bertangkup la.. Huwaaaa..

01 June 2009

Finally..


Begitulah tajuk entry aku untuk kali ini.. Akhirnya.. Apa yang akhirnya? Akhirnya aku berjaya jugak mengkhatamkan buku The Last Lecture oleh Mendiang Prof. Randy Pausch semalam (sila periksa tarikh di atas untuk memastikan bilakah tarikh semalam itu). Buku ini sebenarnya telah lama aku pinjam secara percuma dan telah diposkan di dalam sampul surat bersaiz A4 dengan tertera tulisan POLIMAS oleh tuan punya naskhah ini sendiri iaitu Cik Kui kita (you know who you are) sejak hampir 2 bulan yang lalu.

Sebenarnya buku ni takde lah setebal mana, keseluruhannya cuma mengandungi lebih kurang 215 halaman bercetak sahaja. Kalau tidak begitu tebal mengapa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menghabiskan bacaan buku ni? Soalan yang baik. Alasan aku adalah kerana aku bukanlah seorang penganggur dan ada kalanya terdapat kekangan masa dan kesibukan tugas-tugas lain yang perlu diutamakan. Maka atas sebab itulah perjalanan pembacaan buku ni kerap kali terganggu dan terbantut. Lama tak lama aku pinjam buku ini sampai tuan punya buku ni pun sekarang dah naik pangkat dan pindah tempat kerja lain kat hospital pulak.

Atas permintaan tuan punya buku ini juga, aku diminta untuk membuat sedikit review dan memberikan sedikit ulasan tentang buku ini. Mungkin tuan punya buku ini ingin menduga sama ada aku benar2 menghabiskan membaca seluruh kandungan buku ini atau baca main skip2 sahaja. Sorry, aku tak main tipu okay.. Walau bagaimana pun aku akur, setidak2nya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih sebab pinjamkan buku ni kat aku untuk 2 bulan. Ya, 2 bulan sahaja.

Aku akui bahawa permulaan pembacaan aku ke atas buku ni memang sedikit lembab. Pernah pada satu ketika aku terhenti baca selama beminggu2 hanya pada muka surat yang ke-6 atau ke-7. Tiada apa2 significance pun untuk berhenti di muka surat ke-6 atau ke-7 tu, cuma entah mengapa aku tiba2 hilang fokus dan iltizam untuk meneruskan pembacaan. Selepas aku sedar dah lama sangat aku pinjam buku ni dan sebelum tuan punya buku ni sindir2 aku pulangkan balik buku dia, barulah aku mempercepatkan sedikit mengeja dan pembacaan aku juga semakin lancar dan tidak lagi merangkak2. Sejak itu juga aku tiada lagi menoleh2 ke muka surat belakang. Kalau ada masa lapang yang singkat pun aku akan cuba jugak sempatkan untuk baca walau pun untuk hanya beberapa helaian dan kalau ada berhenti pun tidak lah memakan masa selama berminggu2.

Kepada mereka yang belum tahu dan ingin ambil tahu, buku ini sebenarnya adalah hasil dan memuatkan sesi ceramah terakhir Randy Pausch, seorang profesor di Carnegie Mellon University yang telah didiagnos dengan pancreatic cancer, dan diramalkan hanya mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup. Di sebalik ancaman penyakit yang tiada harapan sembuh tersebut, Randy Pausch telah membuat persiapan untuk ceramahnya yang terakhir di samping telah meneruskan saki baki perjuangan riwayatnya tanpa menampakkan sebarang kebimbangan atau kesengsaraan sama ada dari segi emosi atau fizikal daripada penyakit yang dihidapinya. Ceramah beliau merupakan sesuatu yang phenomenal, membakar semangat, penuh unsur2 nasihat, motivasi dan berinspirasi, terutamanya tentang bagaimana untuk menjalani serta menikmati hidup dalam mengejar dan menjadikan impian menjadi realiti. Malangnya Randy Pausch telah meninggal dunia akibat daripada penyakit tersebut pada 25 Julai, 2008. Aku rasa kalau aku nak review betul2 buku ni mau panjang berjela entry aku ni nanti. So, to make it short, buku ni memang best lah!

Jadi, kepada mereka yang barangkali berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan The Last Lecture ni, atau mereka2 yang merasakan diri kurang bermotivasi, atau mungkin terlalu banyak masa lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah, atau mereka2 yang mungkin juga ingin menambah pengayaan kosa kata atau simple vocabulary, please get yourself a copy of The Last Lecture at your nearest book store, while stock lasts. (Lihat, aku sudah boleh bercakap mat saleh sikit2 selepas baca buku ini, eheh..). Oh ye, kepada mereka yang buta huruf atau malas membaca juga boleh mendapatkan input serupa dengan menonton rakaman video ceramah ini di youtube.
Sekian, terima kasih.