26 November 2009

Is It The Time?

Gila lama aku tak update blog.. Lama pun tak gila macam ni. Yang pastinya, ni la tempoh yang paling lama aku tak tulis apa2 entry baru kat blog sejak entry terakhir aku..

Sebabnya memang sangat mudah dan logik. Busy.

Sebenarnya agak jealous jugak melihatkan blog orang lain saban hari ada je kemas kini dan bertukar2 dengan cerita atau entry2 baru, walau pun hanya dengan meletakkan gambar konon2 sedang gigih menyediakan makan malam di dapur atau pun muka baru bangun tidur. Kalau ada sikit masa lapang pun, aku cuma sempat baca sekali lalu je entry2 baru kat blog orang. Mana yang sempat aku komen, aku komen. Tu pun pendek je. Mana entry2 yang memerlukan komen2 yang kritikal dan membina dan aku pulak tak punya banyak masa, aku terpaksa abaikan aje. Maaf.

Hari2 like hell (macam la tau neraka tu macamana). Kerja tak pernah putus. Breakfast pun aku jarang sekarang. Pagi2, masuk office, on lappy, kacau Nescafe secawan, terus buat kerja. Kalau perut aku tak berkeroncong, aku tak lunch langsung pun. No wonder berat aku dah turun 5 kilo. Kadang2 sampai rasa sakit perut pun, selagi boleh tahan aku tahan. Rasa rugi nak buang masa buat benda lain. Sungguh. Ini bukan keluhan. Aku amik sebagai cabaran dalam menimba pengalaman. Lagi pun aku seorang yang cool, so aku perlukan thrill, baru la ke'cool'an aku tu teruji. Eceh.

Hari ni aku rasa lapang sikit. Sebab petang semalam aku baru je siapkan kerja dan dah disubmit pada boss. Melangkah je keluar dari bilik boss automatik terukir senyuman sampai ke telinga. 'Kerja siap' adalah nikmat dan kepuasan terbaru yang aku baru rasa sekarang. Kualiti kerja tu soal nombor dua. Yang aku tau aku dah buat sebaik mungkin. Sebagai hadiah untuk meraikan diri sendiri, aku hisap rokok berbatang2 sambil bersandar kat kerusi mengenangkan penat lelah aku. Di akhirnya, aku puas weh.

Cuma dalam keadaan sekarang, aku berkira2, adakah dah sampai masanya untuk aku melupakan terus aktiviti2 menulis blog ni?