31 December 2008

Perkhidmatan Kaunter

waa, penuh skema n serius je pemilihan topik utk entry aku kali ni kan? eheh.. bukan apa, semalam aku pergi ke sebuah bank di bangi nih.. mak datuk, punya la ramai org.. aku pun amik no. giliran.. lebih 20 org la jugak aku nak kena tunggu sblm sampai giliran aku. memandangkan urusan aku memang memerlukan aku berurusan di kaunter dan perkhidmatan mmg tak disediakan atau terdapat di mana2 mesin ATM, cash atau pun cheque deposit, maka aku tabahkan la jugak hati menuggu giliran.

lama gila aku tunggu, lebih sejam jugak la kalau ikut congakan kasar aku.. mmg berbulu je aku tgk perjalanan sistem kaunter kat bank tuh. kaunter ada 8, tapi yg ada org cuma 3 kaunter jer, tu pun nak ikutkan mula2 ada 2 kaunter je yg beroperasi.. org dah le ramai.. pastu lak org yg sedia bertugas kat kaunter tu kejap2 ke sana, kejap2 ke sini.. menyampah pun ada bila tengok. org kiri kanan aku dah 2, 3 kali keluarkan suara2 mengeluh.. tanggapan awal aku adalah mungkin ada antara petugas2 kaunter yg lain mengambil giliran utk break atau sebagainya.. tp lps dekat sejam aku tgk takde jugak pun org lain yg amik tempat kat kaunter tuh.. pastu aku terpikir pulak yg mungkin sebahagian petugas2 di kaunter bank ni yg amik kesempatan bercuti kot sempena cuti panjang hujung tahun ni..

lepas sejam lebih menunggu akhirnya sampai la giliran aku.. sementara menanti urusan aku diproses, aku amik la kesempatan tuh utk cuba2 menarik perhatian akak kat kaunter tuh utk melihat pemandangan yg cukup merimaskan kat dalam bank tu yg penuh dgn pelanggan2 yg menunggu giliran. sambil konon2 ramah nak berborak dgn muka mesra dan manis (walau pun hati sbnrnya panas sbb dah menunggu lama), akak tu pun bgtau la kat aku yg bank tu sekarang mmg menghadapi kekurangan kakitangan dan dah lama tunggu, tapi pihak pengurusan yg masih tak ambik2 jugak kakitangan2 yg baru utk direcruit.. uiks, biar betui.. takkan hari2 org yg dtg berurusan nak kena tunggu lama mcm nih..

pada aku, dlm apa2 jabatan atau organisasi sekali pun, baik kerajaan mahu pun sektor swasta, perkhidmatan di kaunter adalah yg paling penting sbb kaunter adalah perkhidmatan paling hadapan dan tempat pertama yg akan dituju org ramai atau pelanggan sebaik melangkah masuk ke sesuatu jabatan/organisasi tuh. secara tak langsung sistem atau perkhidmatan di kaunter menggambarkan imej dan memberikan gambaran awal berkenaan pengurusan, perjalanan dan kelicinan pentadbiran sesuatu organisasi tuh.. (macam nak jawab soalan esei utk induction course lak aku nih, hehe). ye la, coba kau coba tgk kat premis2 perniagaan makanan segera mcm mcD, pizza hut dan lain2, mcm2 yg diorg buat utk meningkatkan mutu dan tahap perkhidmatan kaunter diorang. haa, macam tu la bagus n cara yg betul nak memuaskan dan jaga customer..

yg bank mangkuk ni pulak, kalau nak buat urusan yg simple2 kat kaunter pun dah mcm ni punye lama nak kena tunggu, apatah lagi utk urusan2 lain yg lebih penting dan melibatkan dokumen2 yg lagi banyak, kan?

so, lu pikir la sendiri...

adiosss...

30 December 2008

Selamat Hari Lahir Piyah..


Nak...
Suatu saat kamu akan mencari jati diri
Menyelami lautan kehidupan
Menghadapi gelombang hidup
Bak gelombang yang menghentam lautan karang

Nak...
Aku ayah ibumu akan menghantarmu ke pintu kehidupan
Maka ketuklah pintu itu dengan ketukan sabar dan berani
Aku ayah ibumu hanya menitipkan kunci dari jalan kehidupan
Maka kau gunakanlah kunci itu dengan baik

Nak...
Pabila kau terjatuh di ganasnya gelombang hidup
Bangkitlah!
Dengan semangat yang aku tanamkan dalam hatimu
Dalam peredaran darahmu
Jangan kau jatuhkan panji kehidupan
Kerana kamu adalah laskar kehidupan

Nak...
Pesanku ayah ibumu
Hanya satu yang akan ku bisikkan ke telingamu
Camkan kata-kata itu dengan baik
Dan kau pegang teguh dengannya
Bahawa aku ayah ibumu...
Hanya mewarisimu dengan ilmu kehidupan
Maka berpijaklah di bumi nyata
Usah sekali kau biarkan dirimu hanyut
Dalam arus gelombang hidup...



22 December 2008

Dead Man Walking

suatu masa dulu, aku pernah menonton drama filem 'The Green Mile' lakonan hebat dan berkesan tom hanks, michael clarke duncan dan david morse yg berlatarbelakangkan kehidupan di penjara 'State Prison' pada sekitar tahun 1930-an dan berkesudahan dgn kematian menyayat hati john coffey (lakonan michael clarke duncan), seorang convicted murderer yg sbnrnya tak bersalah melalui pelaksanaan hukuman mati di kerusi elektrik. sejak menonton filem tersebut, tak pernah terlintas atau terdetik dalam fikiran aku bahawa suatu hari nanti aku akan melalui pengalaman yg lebih atau kurang sama dgn kesudahan filem tersebut.

kesudahan yg aku maksudkan di sini adalah pelaksanaan hukuman mati, cuma pelaksanaan yg aku saksikan bukanlah seperti dalam filem The Green Mile tersebut melalui hukuman mati di kerusi elektrik, tetapi hukuman gantung sampai mati. ya, baru2 ini aku telah menyaksikan pelaksanaan hukuman gantung ke atas seorang banduan akhir. (for the benefit of those who are not in legal practice, the term of 'banduan akhir' is used for a convicted prisoner who has been sentenced with death penalty and is waiting for the execution of the sentence, but this also includes the prisoner whose conviction/sentence pending the appeal process). walau bagaimana pun identiti banduan akhir tersebut, tarikh, masa dan tempat pelaksanaan hukuman tersebut tak dpt la nak didisclosekan di sini ye demi menjaga nama baik semua pihak serta demi memelihara keselamatan maklumat-maklumat yg berkaitan. sorry for that..

aku telah dimaklumkan berkenaan dgn tugas utk hadir dan menyaksikan pelaksanaan hukuman gantung seminggu lebih awal dpd tarikh pelaksanaan yg ditetapkan, berbanding banduan akhir tersebut yang tahu bahawa dia bakal digantung hanya sehari sblm hari pelaksanaan. walau bagaimana pun, sebaik dimaklumkan, aku takleh tipu la yg bulu roma aku dengan sendiri tiba2 je meremang. perasaan yg bercampur baur mula bersarang dlm kepala aku, seolah2 aku pulak yg nak menjalani hukuman. ye la, at least banduan akhir menghadapi ketakutan utk satu hari je, tp aku lebih parah lagi, terpaksa dihantui dgn kerisauan seminggu lebih dulu dpd dia, huhu..

ada perasaan risau dan takut.. ye la, mana taknya, ni merupakan pengalaman pertama aku. kalau pengalaman malam pertama atau pengalaman pertama benda2 lain takpe jugak, ni pengalaman pertama aku nak menyaksikan org diambil nyawanya secara 'paksa' n mati di depan mata aku sendiri. mula la timbul kerisauan dan persoalan kalau2 aku yg pengsan kat situ nanti camner eh? eheh.. buat malu jer..

bila pikir2 balik, rasa macam bertuah pun ada jugak, sbb pengalaman nak menyaksikan sendiri pelaksanaan hukuman gantung ni bukan selalu dtg, n tak semestinya tiap2 tahun ada dilaksanakan. sblm ni yg pernah aku tgk pun setakat demo jer.. kalau aku bagi seribu satu alasan dan tolak utk penuhi arahan ni, belum tentu lagi akan ada peluang yg macam ni pada masa2 yg akan dtg dlm kerjaya aku atau sepanjang umur aku. bukan semua org boleh dpt peluang macam ni.. (tapi...kalau diberikan pilihan dan peluang pun, ramai ke org yg rela dan nak? aku ni pun sbb terpaksa jer, huhu..)

kadang2 rasa bersemangat n berani pun ada jugak sebab aku diarahkan untuk hadir kerana kerja, dan jugak sebagai antara wakil yg dipertanggungjawabkan utk menyaksikan serta memastikan bahawa hukuman dijalankan n keadilan ditegakkan. tambahan pulak, ni la masanya untuk aku mencabar dan mengukur sejauh mana tahap kekuatan mental dan keberanian aku.

*************************
pada hari pelaksanaan yg ditetapkan, aku telah diambil/dijemput di rumah seawal jam 4.30 pagi lagi, tatkala wife dan anakku masih lagi bergelumang dgn selimut tebal menikmati tidur yg lena. mlm tu aku tidur kurang nyenyak dpd biasa akibat diulit kerisauan dan sedikit perasaan gementar. aku tiba di penjara sekitar jam 5 pagi dan suasana begitu sunyi dan tenang, ditambah pulak dgn udara awal pagi yg sgt sejuk dan dingin, terasa seolah2 ditiup sampai ke tulang.. di sebalik ketenangan pagi yg mendamaikan tu aku lihat individu2 yg terlibat dgn misi pelaksanaan pagi itu sibuk membuat persiapan baik dari segi penyediaan dokumen2 penting yg berkaitan, persiapan peralatan dan jugak persediaan mental, dgn riak wajah masing2 cukup untuk menggambarkan bahawa mereka sedang melaksanakan satu tugas yg benar2 serius dan penting. dlm masa yg sama aku lihat masing2 cuba mencari ketenangan dgn cara mereka sendiri.

sambil duduk menunggu di sofa yg agak empuk, aku tak putus2 membaca ayat kursi di dlm hati, moga2 diberikan kekuatan dan keberanian sepanjang menempuh perjalanan proses pelaksanaan ni nanti dan berdoa agar semuanya berjalan lancar dan takde perkara2 yg tak diingini belaku. kehadiran aku pagi itu kemudiannya disusuli dgn ketibaan doktor dan ketua pengarah penjara, sebelum kami masing2 dihidangkan dgn secawan kopi panas bersama 2 keping sandwich.. aku hanya mampu minum seteguk dua air kopi tersebut, dan kepahitan kopi tersebut berlalu kat anak tekak aku tanpa aku benar2 rasai. mungkin kerana minda aku kurang memberi fokus kepada apa yg aku hulur dan masukkan ke dalam mulut aku, tp sebaliknya minda aku hanya lebih berminat memikirkan kemungkinan2 yg bakal aku lalui dan saksikan.

sambil sesekali berborak satu dua ayat, mata aku berkeliaran melihat pemandangan yang berlaku di sekeliling pejabat, sehinggalah perhatian aku tertumpu kepada rantai2 besi yg kelihatan seperti gari dan sehelai kain berukuran sebesar saiz kepala manusia berwarna biru gelap dan pekat dikeluarkan oleh seorang individu dari sebuah kabinet berkunci sebelum diserahkan kepada seorang lagi individu yg bersusuk tegap dan besar. pada ketika itu debaran di dadaku semakin memuncak, tapi aku cuba buat ala2 cool sambil terus membaca apa jugak ayat2 yang aku fikir patut dan dirasakan dpt membantu kekuatan rohani aku.

kami menunggu sehingga masuk waktu subuh bagi membolehkan banduan akhir yg beragama Islam tersebut menunaikan tuntutan atau kewajipannya sebagai hamba Allah utk kali yg terakhir dalam hidupnya. sehinggalah pada suatu ketika apabila kami dimaklumkan bahawa banduan tersebut telah selesai menunaikan solat subuh dan pada ketika itu aku tahu, waktu untuknya sudah semakin hampir. kami semua menuju ke tempat pelaksanaan yg tak silap aku dipanggil sebagai 'chambers' dan pada ketika itu aku rasakan langkahku sedikit berat dan perlahan daripada keadaan2 normal aku berjalan. degupan jantung aku semakin kencang...

dalam perjalanan ke chambers tersebut kami melalui blok yg dihuni oleh banduan2 akhir yg lain dan aku dpt melihat kebanyakan daripada mereka cuba meninjau2 dari bilik penjara mereka apa yg sedang berlaku dan aku tak pasti sekiranya mereka tahu bahawa salah seorang daripada kalangan mereka sedang menunggu dan berada dalam saat2 akhir sebelum dilaksanakan hukuman gantung. sekiranya mereka tahu, pasti setidak-tidaknya timbul persoalan di dalam kepala mereka apakah nasib diri mereka kelak dan bilakah masa utk dilaksanakan ke atas mereka pula.

setibanya di blok pelaksanaan tersebut, aku segera dibawa terus ke sel di mana banduan akhir tersebut berada. aku diserahkan dengan sekeping gambar terkini banduan tersebut yg diambil sehari sebelum itu dan dengan gambar tersebut, tugas dan peranan aku adalah untuk mengecam serta memastikan bahawa banduan tersebut adalah org yg betul utk dihadapkan dgn hukuman gantung tersebut. setelah membandingkan gambar tersebut dgn banduan yg berada di dalam sel tersebut, aku menyebut namanya dlm nada perlahan yg sedikit memanggil tetapi dpt didengari oleh banduan akhir tersebut dan disambut dgn anggukan lemah kepalanya sambil bebola matanya memandang dan tertumpu tepat ke arahku. aku lihat matanya merah, barangkali akibat tidak tidur malam itu atau mungkin akibat daripada tangisan yg panjang. mukanya kelihatan agak pucat dan sedikit ketakutan sambil bibir mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu, aku agak sedang mengucap dua kalimah syahadah, berselawat atau membaca sebarang kalimah suci Allah.

aku segera berundur lebih kurang tiga atau empat langkah ke belakang dan seorang pengawal yg bertugas segera mengeluarkan anak kunci dan membuka pintu besi sel tersebut dan tatkala itu juga dua org lelaki yg bersusuk tegap dan bersaiz agak besar yg aku lihat tadi segera masuk ke dalam sel tersebut dan bersiap sedia utk mengenakan gari pada tangan banduan tersebut. dlm masa yg sama banduan tersebut dibawa ke muka pintu sel tersebut sebelum sehelai kain berwarna biru tua gelap disarungkan ke kepalanya dan menutupi keseluruhan bulatan kepala banduan tersebut. banduan tersebut segera dibawa ke 'chambers' dgn langkah yg pantas, sambil aku mengekori dgn langkah berat, seolah2 kaki ku dipaksa utk diangkat dan melangkah. banduan tersebut kemudiannya ditempatkan betul2 pada kedudukan yg sepatutnya dan kakinya digari atau dirantai, aku kurang pasti, manakala tali gantung yg aku anggarkan berdiameter sekitar 2cm segera dimasukkan dan meliliti lehernya.

signal ibu jari yg lazimnya digunakan utk menunjukkan tanda bagus diberikan sebagai tanda 'ready' oleh seorang yg boleh la aku considerkan sebagai ketua in charge bagi pelaksanaan hukuman gantung tersebut kepada ketua pengarah penjara yg berada di sebelahku, sambil tangannya memegang erat suatu peralatan yg aku agak ada button, dan kedudukannya berada tidak sampai 2 meter dari tempat banduan tersebut berdiri. anak mataku sempat menjeling kepada pegawai yg berada di sebelahku dan aku dpt melihat anggukan daripada pegawai tersebut yg seolah memberi keizinan utk hukuman dijalankan. sementelah itu juga suatu bunyi yg agak kuat kedengaran memecah suasana akibat daripada lantai papan di mana banduan tersebut berdiri terbuka dan menghempas ke tepi. dlm sekelip mata aku lihat banduan tadi telah berada dlm keadaan tergantung dan tubuhnya tidak bergerak, tetapi sedikit berputar... berputar dgn amat perlahan sekali dgn lehernya sudah sedikit terkulai patah, sedikit menyendeng ke satu arah, mungkin akibat daripada hentakan kuat tali yg menjerut lehernya. ya tuhan, kurang daripada 30 saat tadi banduan tersebut baru sahaja mengangguk apabila aku menyebut namanya, kini jasadnya sudah tidak lagi bernafas dan tidak bernyawa. maha suci allah, tak sampai pun 30 saat yg memisahkan di antara hidup dan mati kau wahai makhluk tuhan.

aku dan semua yg berada di situ kemudiannya menuju semula ke ruang berdekatan dgn sel di mana banduan akhir tersebut dibawa dan seseorang yg aku agak merupakan pegawai agama di situ membacakan doa. selesai bacaan doa, sebahagian daripada kami segera meninggalkan tempat tersebut utk kembali ke pejabat di mana aku sampai awal2 tadi semasa menunggu, sblm kami akan dikehendaki utk hadir semula utk doktor memeriksa mayat banduan akhir tersebut bagi mengesahkan kematiannya. dengan perasaan yg sedikit lega, aku sempat juga berbicara kepada pengarah penjara tersebut, "senang je rupanya nak hilang nyawa ni eh..". "dah ditakdirkan", jawabnya pendek..

*************************
1 message received...
Sender:
Andak
+019*********

Received:
02:22:40pm
**-12-2008

"Cmana pg td? ko tgk ke org yg rogol n bunuh kwn aku ******* tu?"
.

16 December 2008

Senja Nan Merah


Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa... terasa..

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna

Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari suatu
Senja dalam kepedihan

Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Kembali kita bersama

Membilang kenangan yang abadi
Seperti menunggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Di balik awan yang merah...

27 November 2008

Macam-Macam Piyah

Gembira dan lega rasanya hati bila semua kerja2 aku yg tertunggak n urgent akhirnya telah berjaya aku setelkan.. itu pun setelah beberapa hari aku pulun n memanjang balik dari opis lambat, n ada hari yg selewat 9 suku malam.. bg sesetengah org, apa sgt la lewat setakat 9 malam kan, tp bg aku yg jarang2 ada kerja byk, lps kul 7 tu dah merupakan satu catatan rekod peribadi yg baru, eheh.. tambah2 pulak bila mengenangkan org2 kat opis aku ni semuanya yg jenis dekat2 pukul 5 dah beratur mcm semut kat depan mesin punch card..

dah balik pun lewat, so masa nak lepak2 dgn piyah pun makin singkat.. sian jugak kat mama yg terpaksa ambik alih tugas menjemput piyah balik dari taska, hehe.. citer pasal piyah, ada la beberapa 'occasion' pasal budak bucuk tu yg aku nak kongsikan kat sini..

**********************************************************************************
satu.

ada la sekali tu, masa wife aku nak cuci berak piyah, dia tiba2 menjerit dari bilik air, "ayah!! kat t*#k piyah ada bar code!!" true enough.. di sebalik t*#k dia tuh kelihatan cebisan sticker bar code yg sudah samar2 rupa bentuk fizikalnya.. kih kih.. hai la piyah, mama n ayah tak cukup bagi makan ke smpai sticker bar code pun kau makan..? tp itu la, budak yg sebaya umur piyah mmg pantang nmpk or jumpa benda2 yang halus n kecik2 nih, mmg semua la dia nak masuk mulut.. mungkin sbb tu jugak la ayah tak bercadang nak beli vacuum cleaner lg sbb piyah dah buat semua kerja2 tuh.. hahah!! kejamnya ayat aku nih.. just kidding k, really..

aku ckp kat wife aku,"nasib baik jugak la dah keluar bar code tuh, kalau tak, tak pasal2 bunyi sensor kalau kita pi shopping complex.."

p/s : tetiba aku terpikir - patut ke aku citer semua ni kat org? tak mengaibkan piyah ke? (dah tulis pun, takpe lah.. just for fun je.. eheh..)

**********************************************************************************

dua..

semalam aku berpeluang mengintai2 blog wan azhar, sorang kenalan yg tgh risaukan anak dia yg tgh kena demam campak.. apa yg menarik perhatian aku adalah minat anak dia yg sama dgn piyah : tgk iklan DiGi yg ada itik tuh kat tv.. sebagai mana anak dia, piyah pun tak kurang obsesnya jugak dgn iklan tuh.. tak kira la apa yg dia tgh buat time iklan tu muncul, dia mesti akan stop n toleh kat tv dgn mata tak berkelip2.. even kalau dia tgh membelakangkan tv sekali pun dia sanggup pusingkan kepala dia ala2 180 darjah semata2 nak tgk iklan tuh.. lepas abis iklan tuh piyah akan tgk kalau ada sesapa yg tgh perhatikan gelagat dia, n then senyum2... oh, chomeeelllll!!!

p/s : kuekk!! kuekkk!!!

(satu lagi iklan tv yg piyah suka ialah lagu tv3 yg akan berkumandang setiap kali sblm start rancangan..kalau korang perasan la..)

**********************************************************************************
tiga...

semalam petang jugak, setibanya kat rumah lepas balik dari ofis, aku tgk piyah tgh syok tido kat depan tv.. ditambah lak dgn langsir yg semuanya bertutup n cuaca yg tgh hujan renyai2, redup n tenang jer... tapi mungkin disebabkan aku tutup pintu terlalu kuat, piyah terus terkejut n tak semena2 dia terus bertepuk2 tangan dgn mata yg masih terpejam.. biasanya dia tepuk2 tgn tu time dia hepi n ceria2 jer.. erm, mengigau lah tuh.. heishh!! macam2 la budak bertuah ni!!

p/s : semoga hari ini lebih baik daripada semalam utk semua org..

adiosss..

05 November 2008

Koleksi Gambo2 Piyah..

Hai la piyah.. bila tgk gambo2 piyah ni n dipikir2kan balik, rasa macam tak cukup n sekejap sgt je masa yg ayah ada dgn piyah dlm sehari, especially weekdays.. tapi walau apa pun sori la piyah eh, sebab ayah selalu tido lebih awal dari piyah, eheh.. nak buat camana, ayah mmg hantu tido.. mama pun jgn la bengang pulak yer..huhu..


04 November 2008

3-11-2008, 10.26 p.m.

7 missed calls..
1 message received.

Aiseh, SMS pun ada..

"Tuan, @#$%&* da meninggal"

Tergamam..

Innalillahi wa innailaihiraji'un.. baru je siang tadi aku pi melawat hamba allah ni kat rumah dia.. macam tak percaya malam ni dia dah pergi..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman dan beramal saleh.. al-Fatihah..

08 September 2008

7 Tips In Relationship

TRUST

Trust is a very important factor for all relationships. When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation.

A telephone operator told me that one day she received a phone call. She answered, 'Public Utilities Board.' There was silence. She repeated, 'PUB.' There was still no answer. When she was going to cut off the line, she heard a lady's voice, 'Oh, so this is PUB. Sorry, I got the number from my husband's pocket but I do not know whose number it is.'Without mutual trust, just imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with just 'hello' instead of 'PUB'.

NO POINTING FINGERS

A man asked his father-in-law, 'Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?'The father-in-law answered in a smile, 'Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you.'

We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves.If we forgive the others, others will ignore our mistake too.

CREATING PERFECT RELATIONSHIPS?

A person visited the government matchmaker for marriage, and requested 'I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one.' The officer said, 'Your requirements, please.' 'Oh, good looking, polite, humorous , sporty, knowledgeable, good in singing and dancing. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour, if I don't go out. Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest.' The officer listened carefully and replied, 'I understand you need television.'

There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.

NO OVERPOWERING

Many relationships fail because one party tries to overpower another, or demands too much. People in love tend to think that love will conquer all and their spouses will change the bad habits after marriage. Actually, this is not the case. There is a Chinese saying which carries the meaning that 'It is easier to reshape a mountain or a river than a person's character.'It is not easy to change. Thus, having high expectation on changing the spouse character will cause disappointment and unpleasantness.It would be less painful to change ourselves and lower our expectations.

RIGHT SPEECH

There is a Chinese saying which carries the meaning that 'A speech will either prosper or ruin a nation.' Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party.

A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted, 'Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school.' On the way home, her millionaire husband teased her, 'Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker.' She answered,'You should appreciate that you married me. Other wise, he will be the millionaire and not you.'

Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship. It's like a broken egg - cannot be reversed.

PERSONAL PERCEPTION

Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison. A couple bought a donkey from the market. On the way home, a boy commented, 'Very stupid. Why neither of them ride on the donkey? 'Upon hearing that, the husband let the wife ride on the donkey. He walked besides them. Later, an old man saw it and commented, 'The husband is the head of family. How can the wife ride on the donkey while the husband is on foot?' Hearing this, the wife quickly got down and let the husband ride on the donkey.Further on the way home, they met an old Lady. She commented, 'How can the man ride on the donkey but let the wife walk. He is no gentleman.'The husband thus quickly asked the wife to join him on the donkey. Then, they met a young man. He commented, 'Poor donkey, how can you hold up the weight of two persons. They are cruel to you.' Hearing that, the husband and wife immediately climbed down from the donkey and carried it on their shoulders.It seems to be the only choice left. Later, on a nar row bridge, the donkey was frightened and struggled. They lost their balance and fell into the river.

You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future.Thus, do not be too bothered by others words if our conscience is clear.

BE PATIENT

This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital.Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, 'Daddy, I'm sorry about your truck.' Then he asked, 'but when are my fingers going to grow back?' The father went home & committed suicide.

Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired.. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge.People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

Courtesy of friend's forwarded email..
Adios..

21 August 2008

Rumah Peranginan Persekutuan, Port Dickson


Last weekend aku berkesempatan utk bercuti-cuti malaysia dan berehat-rehat di Port Dickson. Sebenarnya program bercuti ni melibatkan jugak seisi keluarga adik beradik aku yang lain. Kira family trip la ni bersempena dgn cuti sekolah. Trip ni mmg dah lama aku suggest kat adik beradik aku yang lain dan diorang pun setuju memandangkan diorang pun mmg berkira-kira utk buat satu program yang boleh melonggokkan kami adik beradik. Sadly, abah dan abang sulung aku tak dapat join memandangkan komitmen masing-masing pada kerja. abah aku tu bukan apa, dia memang tak suka pi jalan-jalan yang melibatkan bermalam selain dpd kat rumah dia sendiri n memang la sangat2 tak senang duduk kalau sehari tak jenguk ke kebun dia tuh..

Memandangkan program luar macam ni baru pertama kali dibuat n budget pun ciput je, so kami pun telah memilih Port Dickson sebagai "destinasi eksperimen" memandangkan tempat tu paling dekat dari tempat kebanyakan adik beradik aku duduk yang rata-rata kat belah2 selatan.. cuma sorang kak uda aku la yang malang sikit kena travel jauh sebab dia duk nun perlis sana.. setelah ditolak campur dana sedia ada yang tak seberapa dan mengintai2 kos penginapan hotel2 kat sana, kami pun decide utk menginap kat rumah peranginan persekutuan je.. kosnya mmg la jauh lebih murah dpd private2 hotel lain yg ada kat sana.. kami tempah 2 buah apartment (2 bilik setiap satu dgn setiap bilik 2 katil single) dengan total bayaran cuma RM182 je untuk tempoh penginapan 3 hari 2 malam.. haha, murah kan.. Dengan harga bayaran yang sebegitu murah aku pun tak expect tempat penginapan tu untuk best sebest menginap di hotel2 yang lain, tapi cukup selesa la untuk tidur, rehat2, masak2, makan2 kat situ..
Jarak antara rumah persekutuan dengan pantai takde la betul2 dekat, tapi reachable la dgn cuma berjalan kaki dalam tempoh tak sampai sebatang rokok pun, huhu. ha, part pantai ni pulak.. pantai kat belakang rumah persekutuan ni takde la cantik menarik tertarik kau memang the bomb berbanding pantai2 lain berdekatan situ yg di'privatised'kan.. apa yg kurang menarik adalah pasir kat area situ warna merah-kemerahan, bukan putih.. so bila aku mandi manda kat pantai tu aku rasa seolah2 macam aku sedang berada di persisiran laut merah pulak..

Seronok gak la sepanjang menginap kat sana.. selain daripada mandi manda kat situ, kami ada buat aktiviti sukaneka.. asal rancangannya diatur utk kategori kanak2 je, last2 acara utk 'orang2 tua' pun ada gak.. terliur tgk budak2 seronok je main sukaneka.. sebelah petang lepas balik dari mandi pantai, kami ada la bakar2 ikan hasil kami 'pancing' kat pasar yang berdekatan, eheh..

Hari terakhir setelah aku punggah barang2 dalam kereta nak balik dan sebelum kami check out dari rumah penginapan tu, tetiba kereta aku takleh start pulak.. dah le pulak nak kena pi carik 'jumper'. nasib baik le jugak masalah bateri kong je, boleh le jugak nak start kereta tu, kalau masalah lain, rosak teruk2 mau menangis tak berlagu aku sebab poket memang dah sedia pokai tengah2 bulan..Lepas check out rumah penginapan tu kami sempat la jugak snap beberapa gambar beramai2 untuk kenang-kenangan. Aku ingatkan program cuti kami dah abis kat situ jer, tengok2 ada pulak yang gatal mulut ajak pergi ke nilai 3 pulak untuk window shopping la konon2nya.. dah le penat n nak keja the following day tu, tapi aku pegi la jugak sebab semua orang pun pegi. lagi pun one way je aku nak balik ke KL semula pun. tapi aku tak sempat amik gambar apa2 pun kat nilai 3 tu sebab masa tu bateri kamera dah kong.. tp punya la byk kedai kat situ.. baru le aku tau sebab aku memang tak penah pun sampai nilai 3 sblm2 nih.

Sekitar pukul 4 petang, lepas selesai beli2 barang lebih kurang di nilai 3, kami pun semua berpecah kat situ dan bersedia untuk memulakan perjalanan balik ke destinasi masing-masing.
Sepanjang perjalanan balik ke KL semula, walau pun agak letih tapi aku rasa puas dan seronok dgn percutian ni.. bukan je seronok dapat rehat2 dan melupakan rutin kerja hari2, tapi jugak sebab dapat ruang untuk kami berkumpul satu keluarga, adik beradik, dengan family masing2, walau pun tak betul2 sepenuhnya.. secara tak langsung dapat la merapatkan hubungan dan menambahkan lagi kemesraan antara kami sekeluarga dalam satu masa yang tak mungkin dapat diwujudkan kalau takde trip macam ni. even kalau raya pun belum tentu dapat berkumpul macam ni n tak semua adik beradik yang balik kampung serentak sebab masing2 dah berkeluarga dan ada komitmen pada keluarga mertua yang nak dijaga jugak hatinya..
Ok lah, kepada korang, especially yg berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, yg mungkin berminat utk menggunakan kediaman rumah peranginan persekutuan ni boleh la melayari lawan web bahagian pengurusan hartanah, jabatan perdana menteri di alamat http://peranginan.bph.jpm.my/ . Selain dari di Port Dickson, kemudahan rumah peranginan ni jugak ada kat Morib, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Pulau Langkawi n Tasik Kenyir... Selamat mencuba!
Until then.. Adios : )

14 August 2008

Alahai Piyahh!!

Last weekend was a quite tiring weekend for my wife and me as we were busy tidying up our present house as a preparation of moving out to a new house (actually not a 'new' house pun).. While we were both doing our works, our lovely naughty daughter by the name of Piyah (bukan nama sebenar) was also busy 'helping', scattering things.. (dah le rumah memang dah sedia bersepah). Since she did look fine n did not disturb our works, then i thought she would be okay to be left alone. As we were about to finish our works, I found out my daughter was sitting quietly, but what exactly was she doing at that moment a bit puzzling me, but surely...she was not doing something right. Somehow I managed to record of her 'keletah' by using my camera and here it is... Alaahaii Piyahh...

13 August 2008

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni adalah hari pertama aku melancarkan blog aku nih..panas lagi tu wehh.. Rupa-rupanya takde la susah mana pun nak buat blog ni.. Aku terdetik untuk buat blog ni setelah aku melayari blog chiky, and selepas menyatakan niat aku untuk buat blog ni pada kush.. Lepas tu kush ada la citer sikit2 pengalaman dia sendiri buat blog masa zaman2 kat U dulu.. tp blog khush kini hanya tinggal kenangan dan dia sendiri pun dah lupa apa nama blog dia tuh..huhu..


Tujuan aku buat blog ni bukan apa, sekadar nak isi masa lapang aku yg kebanyakan masanya memang lapang, bukan sebab malas nak kerja, tapi sebab memang takde kerja pun, eheh, jangan jeles..


Aku harap kerajinan aku untuk menulis dan update blog aku ni takkan pudar dan terhenti separuh jalan, dan untuk itu, aku sentiasa menggalakkan korang wahai kawan-kawanku untuk bagi sebarang komen dan melontarkan idea-idea yang membina untuk aku menambahbaik blog aku nih. Harapan aku jugak kalau ada sebarang unsur-unsur ilmiah dan pengetahuan yang boleh diperolehi daripada blog aku ni atau untuk dikongsikan dan disumbangkan ke dalam blog ni akan sama-sama mendatangkan faedah pada kita semua dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya, hendaknya.. InsyaAllah...