21 August 2008

Rumah Peranginan Persekutuan, Port Dickson


Last weekend aku berkesempatan utk bercuti-cuti malaysia dan berehat-rehat di Port Dickson. Sebenarnya program bercuti ni melibatkan jugak seisi keluarga adik beradik aku yang lain. Kira family trip la ni bersempena dgn cuti sekolah. Trip ni mmg dah lama aku suggest kat adik beradik aku yang lain dan diorang pun setuju memandangkan diorang pun mmg berkira-kira utk buat satu program yang boleh melonggokkan kami adik beradik. Sadly, abah dan abang sulung aku tak dapat join memandangkan komitmen masing-masing pada kerja. abah aku tu bukan apa, dia memang tak suka pi jalan-jalan yang melibatkan bermalam selain dpd kat rumah dia sendiri n memang la sangat2 tak senang duduk kalau sehari tak jenguk ke kebun dia tuh..

Memandangkan program luar macam ni baru pertama kali dibuat n budget pun ciput je, so kami pun telah memilih Port Dickson sebagai "destinasi eksperimen" memandangkan tempat tu paling dekat dari tempat kebanyakan adik beradik aku duduk yang rata-rata kat belah2 selatan.. cuma sorang kak uda aku la yang malang sikit kena travel jauh sebab dia duk nun perlis sana.. setelah ditolak campur dana sedia ada yang tak seberapa dan mengintai2 kos penginapan hotel2 kat sana, kami pun decide utk menginap kat rumah peranginan persekutuan je.. kosnya mmg la jauh lebih murah dpd private2 hotel lain yg ada kat sana.. kami tempah 2 buah apartment (2 bilik setiap satu dgn setiap bilik 2 katil single) dengan total bayaran cuma RM182 je untuk tempoh penginapan 3 hari 2 malam.. haha, murah kan.. Dengan harga bayaran yang sebegitu murah aku pun tak expect tempat penginapan tu untuk best sebest menginap di hotel2 yang lain, tapi cukup selesa la untuk tidur, rehat2, masak2, makan2 kat situ..
Jarak antara rumah persekutuan dengan pantai takde la betul2 dekat, tapi reachable la dgn cuma berjalan kaki dalam tempoh tak sampai sebatang rokok pun, huhu. ha, part pantai ni pulak.. pantai kat belakang rumah persekutuan ni takde la cantik menarik tertarik kau memang the bomb berbanding pantai2 lain berdekatan situ yg di'privatised'kan.. apa yg kurang menarik adalah pasir kat area situ warna merah-kemerahan, bukan putih.. so bila aku mandi manda kat pantai tu aku rasa seolah2 macam aku sedang berada di persisiran laut merah pulak..

Seronok gak la sepanjang menginap kat sana.. selain daripada mandi manda kat situ, kami ada buat aktiviti sukaneka.. asal rancangannya diatur utk kategori kanak2 je, last2 acara utk 'orang2 tua' pun ada gak.. terliur tgk budak2 seronok je main sukaneka.. sebelah petang lepas balik dari mandi pantai, kami ada la bakar2 ikan hasil kami 'pancing' kat pasar yang berdekatan, eheh..

Hari terakhir setelah aku punggah barang2 dalam kereta nak balik dan sebelum kami check out dari rumah penginapan tu, tetiba kereta aku takleh start pulak.. dah le pulak nak kena pi carik 'jumper'. nasib baik le jugak masalah bateri kong je, boleh le jugak nak start kereta tu, kalau masalah lain, rosak teruk2 mau menangis tak berlagu aku sebab poket memang dah sedia pokai tengah2 bulan..Lepas check out rumah penginapan tu kami sempat la jugak snap beberapa gambar beramai2 untuk kenang-kenangan. Aku ingatkan program cuti kami dah abis kat situ jer, tengok2 ada pulak yang gatal mulut ajak pergi ke nilai 3 pulak untuk window shopping la konon2nya.. dah le penat n nak keja the following day tu, tapi aku pegi la jugak sebab semua orang pun pegi. lagi pun one way je aku nak balik ke KL semula pun. tapi aku tak sempat amik gambar apa2 pun kat nilai 3 tu sebab masa tu bateri kamera dah kong.. tp punya la byk kedai kat situ.. baru le aku tau sebab aku memang tak penah pun sampai nilai 3 sblm2 nih.

Sekitar pukul 4 petang, lepas selesai beli2 barang lebih kurang di nilai 3, kami pun semua berpecah kat situ dan bersedia untuk memulakan perjalanan balik ke destinasi masing-masing.
Sepanjang perjalanan balik ke KL semula, walau pun agak letih tapi aku rasa puas dan seronok dgn percutian ni.. bukan je seronok dapat rehat2 dan melupakan rutin kerja hari2, tapi jugak sebab dapat ruang untuk kami berkumpul satu keluarga, adik beradik, dengan family masing2, walau pun tak betul2 sepenuhnya.. secara tak langsung dapat la merapatkan hubungan dan menambahkan lagi kemesraan antara kami sekeluarga dalam satu masa yang tak mungkin dapat diwujudkan kalau takde trip macam ni. even kalau raya pun belum tentu dapat berkumpul macam ni n tak semua adik beradik yang balik kampung serentak sebab masing2 dah berkeluarga dan ada komitmen pada keluarga mertua yang nak dijaga jugak hatinya..
Ok lah, kepada korang, especially yg berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, yg mungkin berminat utk menggunakan kediaman rumah peranginan persekutuan ni boleh la melayari lawan web bahagian pengurusan hartanah, jabatan perdana menteri di alamat http://peranginan.bph.jpm.my/ . Selain dari di Port Dickson, kemudahan rumah peranginan ni jugak ada kat Morib, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Pulau Langkawi n Tasik Kenyir... Selamat mencuba!
Until then.. Adios : )

1 comment:

syarina anuar said...

ckitnye gambar ayah... tula, asik mandi laut je.haha mesti ayah dah tak ensem lpas mandi laut kan?