30 September 2009

Counting on Hours and Minutes.. and Good Bye.

As at the time aku menulis entry ini, jam telah pun menunjukkan lebih kurang pukul 6.05 petang. Kesemua staff di pejabat aku telah pun pulang. Bilik boss kat wing seberang pun nampaknya dah gelap. Tinggal aku sorang2 yang masih lagi berada kat dalam bilik aku. Berat sungguh rasanya hati nak meninggalkan bilik yang dah aku duduki selama hampir 2 tahun. A year and 10 months to be exact. Dengan berakhirnya waktu pejabat hari ini, maka secara teorinya aku sudah tidak lagi dianggap sebagai kakitangan di pejabat aku. Esok akan bermulalah lembaran dan episod baru dalam kerjaya dan hidup aku. Sebab esok aku akan mula melapor diri di tempat kerja yang baru.

Jujurnya, macam2 persoalan yang timbul dalam kepala. Secara logiknya, bakal kerja aku nanti akan lebih banyak, berat, menuntut tanggungjawab serta komitmen yang lebih, dan akan memaksa aku untuk bekerja dengan lebih serius. Nampak gayanya bertambah halal la gaji aku lepas ni.

Tengahari tadi ada jamuan perpisahan anjuran staff2 untuk aku dan boss di Bangi Golf Club kalau tak silap nama tempat tu. Balik dari jamuan ada sesi bergambar semua pegawai dan kakitangan pejabat dan berlarutan sampai dekat abis office hour. Terasa macam celebrity pulak sebab sekejap2 muka kena pancaran flash kamera, heheh.. Naik lenguh la jugak rahang sebab asik nak control senyum. Nanti2 la aku upload gambar2 tu. Nak kena pilih2 dan edit dulu sebab boleh tahan banyak jugak shot yang aku ter'tidur' masa bergambar. Barang2 pun aku tak abis kemas lagi ni.

Apa pun doakan semoga aku selamat menempuh hari esok, lusa dan hari2 seterusnya. Jangan esok aku tersilap pergi kerja kat office lama balik sudah.

17 September 2009

Synchronous

~Kakak borek, adik rintik.

*Aksi synchronised Piyah dan Dania masa tidur

15 September 2009

A Year Older

Orang kata orang yang lahir dalam bulan September best2 dan baik2 belaka, tambah2 kalau orang tu lahir dalam bulan September tahun Ayam ikut kalendar Cina. Bukan la bermakna orang yang lahir dalam bulan dan tahun lain jahat2 belaka dan tak best langsung. Orang yang lahir dalam bulan lain pun best jugak, cuma orang yang lahir bulan 9 lebih istimewa dan lebih best. Mula2 dulu aku tak percaya jugak, tapi makin lama hidup aku rasa macam ada betulnya jugak dengan teori ni.

Apa pun aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada korang yang telah sudi mengucapkan Happy Birthday bersempena ulangtahun hari kelahiran aku pada hari ni sama ada dengan menghantar SMS atau pun dengan menulis di dinding Facebook aku. Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada Puan Atikah kerana telah bersusah payah mengerah tenaga dan atas penat lelah melahirkan dan membesarkan lelaki ini. Semoga ulangtahun kali ini yang jatuhnya dalam bulan Ramadhan akan menjadi ulangtahun yang lebih spesel serta memberikan seribu satu kegembiraan, keinsafan dan rahmat kepada diri aku sebagai bekalan dan pedoman dalam menempuh liku2 hidup yang mendatang. Amin.

14 September 2009

Iftar Ramadhan

Iftar Ramadhan @ Taman Ekuestrian Putrajaya
12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430H






p/s : ~Berbaloi-baloi :)

10 September 2009

Kenapa, Tak Percaya Ke?

Macam tak percaya.. Tahun ni tak dapat bonus untuk raya.

Abis tu mana nak korek duit untuk bayar pesanan kuih raya yang berbekas2 tuh? Gila lah.. *#^%@*!