suatu masa dulu, aku pernah menonton drama filem 'The Green Mile' lakonan hebat dan berkesan tom hanks, michael clarke duncan dan david morse yg berlatarbelakangkan kehidupan di penjara 'State Prison' pada sekitar tahun 1930-an dan berkesudahan dgn kematian menyayat hati john coffey (lakonan michael clarke duncan), seorang convicted murderer yg sbnrnya tak bersalah melalui pelaksanaan hukuman mati di kerusi elektrik. sejak menonton filem tersebut, tak pernah terlintas atau terdetik dalam fikiran aku bahawa suatu hari nanti aku akan melalui pengalaman yg lebih atau kurang sama dgn kesudahan filem tersebut.kesudahan yg aku maksudkan di sini adalah pelaksanaan hukuman mati, cuma pelaksanaan yg aku saksikan bukanlah seperti dalam filem The Green Mile tersebut melalui hukuman mati di kerusi elektrik, tetapi hukuman gantung sampai mati. ya, baru2 ini aku telah menyaksikan pelaksanaan hukuman gantung ke atas seorang banduan akhir. (for the benefit of those who are not in legal practice, the term of 'banduan akhir' is used for a convicted prisoner who has been sentenced with death penalty and is waiting for the execution of the sentence, but this also includes the prisoner whose conviction/sentence pending the appeal process). walau bagaimana pun identiti banduan akhir tersebut, tarikh, masa dan tempat pelaksanaan hukuman tersebut tak dpt la nak didisclosekan di sini ye demi menjaga nama baik semua pihak serta demi memelihara keselamatan maklumat-maklumat yg berkaitan. sorry for that..
aku telah dimaklumkan berkenaan dgn tugas utk hadir dan menyaksikan pelaksanaan hukuman gantung seminggu lebih awal dpd tarikh pelaksanaan yg ditetapkan, berbanding banduan akhir tersebut yang tahu bahawa dia bakal digantung hanya sehari sblm hari pelaksanaan. walau bagaimana pun, sebaik dimaklumkan, aku takleh tipu la yg bulu roma aku dengan sendiri tiba2 je meremang. perasaan yg bercampur baur mula bersarang dlm kepala aku, seolah2 aku pulak yg nak menjalani hukuman. ye la, at least banduan akhir menghadapi ketakutan utk satu hari je, tp aku lebih parah lagi, terpaksa dihantui dgn kerisauan seminggu lebih dulu dpd dia, huhu..
ada perasaan risau dan takut.. ye la, mana taknya, ni merupakan pengalaman pertama aku. kalau pengalaman malam pertama atau pengalaman pertama benda2 lain takpe jugak, ni pengalaman pertama aku nak menyaksikan org diambil nyawanya secara 'paksa' n mati di depan mata aku sendiri. mula la timbul kerisauan dan persoalan kalau2 aku yg pengsan kat situ nanti camner eh? eheh.. buat malu jer..
bila pikir2 balik, rasa macam bertuah pun ada jugak, sbb pengalaman nak menyaksikan sendiri pelaksanaan hukuman gantung ni bukan selalu dtg, n tak semestinya tiap2 tahun ada dilaksanakan. sblm ni yg pernah aku tgk pun setakat demo jer.. kalau aku bagi seribu satu alasan dan tolak utk penuhi arahan ni, belum tentu lagi akan ada peluang yg macam ni pada masa2 yg akan dtg dlm kerjaya aku atau sepanjang umur aku. bukan semua org boleh dpt peluang macam ni.. (tapi...kalau diberikan pilihan dan peluang pun, ramai ke org yg rela dan nak? aku ni pun sbb terpaksa jer, huhu..)
kadang2 rasa bersemangat n berani pun ada jugak sebab aku diarahkan untuk hadir kerana kerja, dan jugak sebagai antara wakil yg dipertanggungjawabkan utk menyaksikan serta memastikan bahawa hukuman dijalankan n keadilan ditegakkan. tambahan pulak, ni la masanya untuk aku mencabar dan mengukur sejauh mana tahap kekuatan mental dan keberanian aku.
*************************
pada hari pelaksanaan yg ditetapkan, aku telah diambil/dijemput di rumah seawal jam 4.30 pagi lagi, tatkala wife dan anakku masih lagi bergelumang dgn selimut tebal menikmati tidur yg lena. mlm tu aku tidur kurang nyenyak dpd biasa akibat diulit kerisauan dan sedikit perasaan gementar. aku tiba di penjara sekitar jam 5 pagi dan suasana begitu sunyi dan tenang, ditambah pulak dgn udara awal pagi yg sgt sejuk dan dingin, terasa seolah2 ditiup sampai ke tulang.. di sebalik ketenangan pagi yg mendamaikan tu aku lihat individu2 yg terlibat dgn misi pelaksanaan pagi itu sibuk membuat persiapan baik dari segi penyediaan dokumen2 penting yg berkaitan, persiapan peralatan dan jugak persediaan mental, dgn riak wajah masing2 cukup untuk menggambarkan bahawa mereka sedang melaksanakan satu tugas yg benar2 serius dan penting. dlm masa yg sama aku lihat masing2 cuba mencari ketenangan dgn cara mereka sendiri.
sambil duduk menunggu di sofa yg agak empuk, aku tak putus2 membaca ayat kursi di dlm hati, moga2 diberikan kekuatan dan keberanian sepanjang menempuh perjalanan proses pelaksanaan ni nanti dan berdoa agar semuanya berjalan lancar dan takde perkara2 yg tak diingini belaku. kehadiran aku pagi itu kemudiannya disusuli dgn ketibaan doktor dan ketua pengarah penjara, sebelum kami masing2 dihidangkan dgn secawan kopi panas bersama 2 keping sandwich.. aku hanya mampu minum seteguk dua air kopi tersebut, dan kepahitan kopi tersebut berlalu kat anak tekak aku tanpa aku benar2 rasai. mungkin kerana minda aku kurang memberi fokus kepada apa yg aku hulur dan masukkan ke dalam mulut aku, tp sebaliknya minda aku hanya lebih berminat memikirkan kemungkinan2 yg bakal aku lalui dan saksikan.
sambil sesekali berborak satu dua ayat, mata aku berkeliaran melihat pemandangan yang berlaku di sekeliling pejabat, sehinggalah perhatian aku tertumpu kepada rantai2 besi yg kelihatan seperti gari dan sehelai kain berukuran sebesar saiz kepala manusia berwarna biru gelap dan pekat dikeluarkan oleh seorang individu dari sebuah kabinet berkunci sebelum diserahkan kepada seorang lagi individu yg bersusuk tegap dan besar. pada ketika itu debaran di dadaku semakin memuncak, tapi aku cuba buat ala2 cool sambil terus membaca apa jugak ayat2 yang aku fikir patut dan dirasakan dpt membantu kekuatan rohani aku.
kami menunggu sehingga masuk waktu subuh bagi membolehkan banduan akhir yg beragama Islam tersebut menunaikan tuntutan atau kewajipannya sebagai hamba Allah utk kali yg terakhir dalam hidupnya. sehinggalah pada suatu ketika apabila kami dimaklumkan bahawa banduan tersebut telah selesai menunaikan solat subuh dan pada ketika itu aku tahu, waktu untuknya sudah semakin hampir. kami semua menuju ke tempat pelaksanaan yg tak silap aku dipanggil sebagai 'chambers' dan pada ketika itu aku rasakan langkahku sedikit berat dan perlahan daripada keadaan2 normal aku berjalan. degupan jantung aku semakin kencang...
dalam perjalanan ke chambers tersebut kami melalui blok yg dihuni oleh banduan2 akhir yg lain dan aku dpt melihat kebanyakan daripada mereka cuba meninjau2 dari bilik penjara mereka apa yg sedang berlaku dan aku tak pasti sekiranya mereka tahu bahawa salah seorang daripada kalangan mereka sedang menunggu dan berada dalam saat2 akhir sebelum dilaksanakan hukuman gantung. sekiranya mereka tahu, pasti setidak-tidaknya timbul persoalan di dalam kepala mereka apakah nasib diri mereka kelak dan bilakah masa utk dilaksanakan ke atas mereka pula.
setibanya di blok pelaksanaan tersebut, aku segera dibawa terus ke sel di mana banduan akhir tersebut berada. aku diserahkan dengan sekeping gambar terkini banduan tersebut yg diambil sehari sebelum itu dan dengan gambar tersebut, tugas dan peranan aku adalah untuk mengecam serta memastikan bahawa banduan tersebut adalah org yg betul utk dihadapkan dgn hukuman gantung tersebut. setelah membandingkan gambar tersebut dgn banduan yg berada di dalam sel tersebut, aku menyebut namanya dlm nada perlahan yg sedikit memanggil tetapi dpt didengari oleh banduan akhir tersebut dan disambut dgn anggukan lemah kepalanya sambil bebola matanya memandang dan tertumpu tepat ke arahku. aku lihat matanya merah, barangkali akibat tidak tidur malam itu atau mungkin akibat daripada tangisan yg panjang. mukanya kelihatan agak pucat dan sedikit ketakutan sambil bibir mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu, aku agak sedang mengucap dua kalimah syahadah, berselawat atau membaca sebarang kalimah suci Allah.
aku segera berundur lebih kurang tiga atau empat langkah ke belakang dan seorang pengawal yg bertugas segera mengeluarkan anak kunci dan membuka pintu besi sel tersebut dan tatkala itu juga dua org lelaki yg bersusuk tegap dan bersaiz agak besar yg aku lihat tadi segera masuk ke dalam sel tersebut dan bersiap sedia utk mengenakan gari pada tangan banduan tersebut. dlm masa yg sama banduan tersebut dibawa ke muka pintu sel tersebut sebelum sehelai kain berwarna biru tua gelap disarungkan ke kepalanya dan menutupi keseluruhan bulatan kepala banduan tersebut. banduan tersebut segera dibawa ke 'chambers' dgn langkah yg pantas, sambil aku mengekori dgn langkah berat, seolah2 kaki ku dipaksa utk diangkat dan melangkah. banduan tersebut kemudiannya ditempatkan betul2 pada kedudukan yg sepatutnya dan kakinya digari atau dirantai, aku kurang pasti, manakala tali gantung yg aku anggarkan berdiameter sekitar 2cm segera dimasukkan dan meliliti lehernya.
signal ibu jari yg lazimnya digunakan utk menunjukkan tanda bagus diberikan sebagai tanda 'ready' oleh seorang yg boleh la aku considerkan sebagai ketua in charge bagi pelaksanaan hukuman gantung tersebut kepada ketua pengarah penjara yg berada di sebelahku, sambil tangannya memegang erat suatu peralatan yg aku agak ada button, dan kedudukannya berada tidak sampai 2 meter dari tempat banduan tersebut berdiri. anak mataku sempat menjeling kepada pegawai yg berada di sebelahku dan aku dpt melihat anggukan daripada pegawai tersebut yg seolah memberi keizinan utk hukuman dijalankan. sementelah itu juga suatu bunyi yg agak kuat kedengaran memecah suasana akibat daripada lantai papan di mana banduan tersebut berdiri terbuka dan menghempas ke tepi. dlm sekelip mata aku lihat banduan tadi telah berada dlm keadaan tergantung dan tubuhnya tidak bergerak, tetapi sedikit berputar... berputar dgn amat perlahan sekali dgn lehernya sudah sedikit terkulai patah, sedikit menyendeng ke satu arah, mungkin akibat daripada hentakan kuat tali yg menjerut lehernya. ya tuhan, kurang daripada 30 saat tadi banduan tersebut baru sahaja mengangguk apabila aku menyebut namanya, kini jasadnya sudah tidak lagi bernafas dan tidak bernyawa. maha suci allah, tak sampai pun 30 saat yg memisahkan di antara hidup dan mati kau wahai makhluk tuhan.
aku dan semua yg berada di situ kemudiannya menuju semula ke ruang berdekatan dgn sel di mana banduan akhir tersebut dibawa dan seseorang yg aku agak merupakan pegawai agama di situ membacakan doa. selesai bacaan doa, sebahagian daripada kami segera meninggalkan tempat tersebut utk kembali ke pejabat di mana aku sampai awal2 tadi semasa menunggu, sblm kami akan dikehendaki utk hadir semula utk doktor memeriksa mayat banduan akhir tersebut bagi mengesahkan kematiannya. dengan perasaan yg sedikit lega, aku sempat juga berbicara kepada pengarah penjara tersebut, "senang je rupanya nak hilang nyawa ni eh..". "dah ditakdirkan", jawabnya pendek..
*************************
1 message received...
Sender:
Andak
+019*********
Received:
02:22:40pm
**-12-2008
"Cmana pg td? ko tgk ke org yg rogol n bunuh kwn aku ******* tu?"
.
4 comments:
kalau aku sure goyang lutut beb..
aku rasa aku tak de kekuatan nk hadapi nya...
woo.. ngeri.. innalillah
tapi binatang tu got wat he deserved...yg pasti dia bukan john coffey...
Nevertheless...kalo aku pun tak lena malam beb....
ehehe.. aku pun terpaksa jer.. kalau nak ikutkan bukan berani sgt pun..
Post a Comment