18 August 2009

Apa Ada Pada Nama

Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah meninggalkan komen dalam entry aku yang lepas sambil2 mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua aku minggu lalu. Ramai jugak yang menanyakan nama anak kedua aku. Officially anak aku masih belum ada nama lagi buat masa ni. Pencarian nama anak masih sedang diteruskan dan saringan sedang giat dijalankan. Sedang mencari padanan nama yang sesuai dengan maksud yang baik2. Untuk anak kedua ni berkemungkinan besar aku masih mengekalkan konsep yang sama, iaitu nama anak akan start dengan 'Nurul' untuk anak perempuan. Dalam sehari dua lagi ada la hasilnya tu nanti.

Bercakap pasal mencari nama anak ni teringat aku waktu di matrikulasi dulu, kelas apa ntah aku dah tak ingat, tapi yang pastinya lecturer tu foreigner dari negara sebelah2 Timur Tengah, senang cerita orang Arab la macam tu. Waktu dia sebut dan panggil nama aku dia tanya aku tau tak maksud nama aku, aku menggeleng. Dia kata nama aku salah, sepatutnya dieja Muhyiddin, instead of Mahyudin. Dia kata kalau Mahyudin maksudnya "the demolisher of the religion". WHATTT?! Suka hati dia je nak kata nama yang bapak aku bagi bawak maksud yang tak bagus. Dia kata lagi nanti kalau aku dah kaya, banyak duit pergi la buat permohonan untuk pinda nama. Sampai sekarang aku tak percaya cakap dia. Nauzubillah.

6 comments:

kuizikel said...

aku jumpa makna nama ko :)

MAHYUDDIN
M Mesra
A Amanah
H Harum
Y Yakin
U Untung
D Dinamik
I Ikhlas
N Naif

http://name.crazyartzone.com/index.asp

hehehe.. NAIF tu tak berapa nak kena la kot :)...

p/s : nama yg aku cdgkan kat YM tu stuju tak ? :)...kekekekke

kuizikel said...

cari kat sini melambak

http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan

kuizikel said...

A'idah Kembali berhari raya.. mcm sesuai jek nak raya dah ni

Nurul A'idah bt Mahyudin... hehheheheh

~tuah.rimbun~ said...

berpantang kat mana?
nama jgn bubuh pjg sgt, kesian anak tu tulis nama masa exam nanti... biar sedang2 aja..

kui, maksud nama aku tak ade ke? hehehehe

Langit Jiwa said...

kuizikel : wah, ada ke makna nama aku? tapi tu simbolik di sebalik huruf2 dlm nama aku.. maksud sebenar takde ke?

haha.. a'idah = kembali berhari raya? kalo letak nama ni kompem anak aku beraya sakan tiap kali tiba hari raya.

p/s: nama yg ko cdgkan kat YM tu utk org dulu2 je. hehe.. sila terasa anda sudah tua.

tuah.rimbun : aritu seminggu pantang kat muar.. la ni dah balik rumah balik dah, meneruskan pantang kat sini je..

yasin = tuah rimbun :)

Abu Humairah said...

hmm, NUR should be fine...
:-)