Petang semalam aku telah selesai mendaftarkan nama anak kedua aku serta membuat surat beranak. Nurul Raisya Dania, nama yang akhirnya berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya didaftarkan setelah hampir dua minggu melalui proses saringan. Hehe, macam apa je.. Well, Nurul, mungkin semua orang sudah sedia maklum maksud nama Nurul. Raisya, membawa maksud pemimpin raja dan Dania bermaksud hampir atau begitu hampir sekali. Mana la tau kalau jodoh dan rezeki anak aku dapat aku berbesan dengan kerabat di-Raja, tumpang senang aku nanti, haha.. Nurul Raisya Dania Binti Mahyudin, sedap tak? Sila cakap sedap atau just shut up.
Aku juga baru je perasan yang blog aku kini sudah mencecah usia setahun pada 13 Ogos yang lalu. Terima kasih kepada kamu yang sedang membaca blog ini dan juga kepada mereka yang pernah berkunjung ke blog aku pada masa2 yang lalu terutamanya mereka2 yang tanpa segan silu selalu memeriahkan ruangan komen dan juga shoutbox di blog ini. Apa sangat la blog mengarut ini tanpa anda yang tak kurangnya sama mengarut. Jangan serik untuk kembali berkunjung ke sini ye.
Aku dan seisi keluarga juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua. Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati segala ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan puasa ini, Insyaallah.

Salam Ramadhan,
Mahyudin & Nurul Syarina
Nurul Irdina Safiyyah
Nurul Raisya Dania
6 comments:
kak long muka mak..
angah muka cam abah kot???hehehe
slmt berpuasa & mkn kurma
'kurma'??teringat memori zaman sekolah.. :-)
entah, tapi aku rasa macam nak concede yang dua2 pun ikut muka mak sbnrnya..
kurma? haha, ingat lagi kau eh nama timangan2 manja kat sekolah dulu..
sedapnye nama raisya dania...!
bagus kekalkan "Nurul".. aku tak leh nak letak dah, nama bapak pun dah 2... karang berjela plak nama..
Boleh la kawan ngan Arissa Raisha hehe
eh aku mcm dah komen tapi tak lagi je ni nampaknye... hehehe...
klu ada nama nurul dpn tu mmg sdp la.. hehehe
Nurman : Eh, nama penuh Arissa = Arissa Raisha eh? Sungguh aku tak tau.. aku bukan tiru tau.. coincidentally je nih..
Post a Comment