Memandangkan usia Piyah yg sudah meningkat 'dewasa' dan sudah mula memahami apa itu kartun dan watak2 animasi yg sewaktu dengannya yg lain,
wife aku mencadangkan untuk menukar pakej langganan astro di rumah. Kalau sebelum ini kami menikmati pakej saluran
family,
discovery,
metro dan
sports, kali ini kami mengubah selera kepada
family,
fun,
movies dan tidak boleh tidak, pastinya
sports. Dengan penambahan pakej langganan ini sudah semestinya caj/bill langganan juga bertambah kepada lebih kurang 20% lagi. Tetapi aku bersetuju memandangkan 2 saluran yg sedia ada iaitu
discovery dan
metro sudah sudah tidak lagi relevan dan sangat jarang2 kami 'singgah', terutamanya di saluran
Crime Network yg sudah ketandusan program dan balik2 menyiarkan program yg sama pernah aku tonton sebelum2 ini.
Maka pada lewat petang semalam
wife aku menghubungi talian
customer service untuk penukaran pakej2 tersebut dan dimaklumkan bahawa pakej baru akan 'tiba' pada bila2 masa dalam tempoh 24 jam. Oleh kerana teruja, aku dan piyah sudah tidak ada kerja lain untuk dibuat selain daripada duduk di depan tv sambil2 menukar saluran astro hampir setiap 5 minit, dgn harapan kalau2 pakej yg baru sudah siap diprogramkan dan dikemaskini kerana setahu aku, perubahan kepada program ini tidak akan mengambil masa yg lama pun sebenarnya.
Keterujaan dan penantian piyah berbaloi kerana dlm tempoh sejam sahaja pakej yg baru telah dikemaskini dan piyah adalah orang yg paling awal merasmikan dgn layan
disney channel sampai tak berkelip2 mata. Dengan reaksi piyah yg sebegitu, timbul pula kerisauan kalau2 lama kelamaan nanti piyah dah naik syok melayan kartun sampai tak boleh nak
tolerate dgn orang lain yg nak tgk rancangan2 lain di tv, terutamanya pada hujung minggu yg sememangnya banyak
game2 bola dijadualkan berlangsung. Perkara seperti ini memang benar2 berlaku di kalangan anak2 saudara aku dan staff2 di tempat kerja aku. Ini memang satu ancaman besar untuk aku..
Tapi bila difikir2kan balik mungkin tidak mengapa kerana selagi piyah tidak mengenali angka dan tidak tahu/hafal koordinasi butang2 pada
remote control, aku masih lagi selamat.. Cuma bila dia sudah kenal angka, aku merancang sama ada untuk menetapkan jadual waktu untuk dia menonton saluran kegemaran dia atau untuk menukar terus pakej langganan di astro dgn menggugurkan semula saluran2 kartun tu.. Nampaknya buat masa ini aku perlu menumpukan untuk mengajar piyah mengenali A, B, C dahulu, kemudian baru angka.. Perghh, terpaksa berpikir macam masalah besar sangat jer, hehehe..
So, semalam, lepas piyah dah mula merengek2 nak tidur, barulah aku berpeluang untuk meninjau2 ke saluran
movie dan telah menonton filem lama bertajuk
The Devil's Own. Walau pun ni filem lama, tapi aku belum pernah pun tengok filem ni.. Ok la, sebab ada Harrison Ford dengan Bradd Pitt yg berlakon.

Oleh kerana masih lagi dalam keterujaan dan
mood menonton
movie, maka aku telah terus tertidur tanpa menutup tv dan kali ini giliran
movie pula menonton aku tidur, hehe.. Aku terjaga semula pukul 4 setengah pagi sebab baru teringat belum sembahyang Isya'. Ingatkan lepas sembahyang nak tidur semula, tetapi dgn tv yang masih
on, aku pun layan satu lagi cerita,
Match Point.

Pada aku cerita ni agak best la sebab jalan ceritanya agak cool, klasik, elegan dan padat memaparkan persoalan tentang cinta, morality, kematian, takdir dan peluang, walau pun pada permulaannya agak slow. Habis je cerita ni baru la aku off kan tv yang dah dipasang sejak balik dari kerja petang semalam dan kemudian terus mandi dan siap2 untuk pergi kerja.
Nampak gayanya, kalau aku teruskan tabiat macam ni memang alamatnya tak cukup tidur la aku hari2 dan bill elektrik pulak memang mendadak naik la tiap2 bulan..
Adiosss..