01 June 2009

Finally..


Begitulah tajuk entry aku untuk kali ini.. Akhirnya.. Apa yang akhirnya? Akhirnya aku berjaya jugak mengkhatamkan buku The Last Lecture oleh Mendiang Prof. Randy Pausch semalam (sila periksa tarikh di atas untuk memastikan bilakah tarikh semalam itu). Buku ini sebenarnya telah lama aku pinjam secara percuma dan telah diposkan di dalam sampul surat bersaiz A4 dengan tertera tulisan POLIMAS oleh tuan punya naskhah ini sendiri iaitu Cik Kui kita (you know who you are) sejak hampir 2 bulan yang lalu.

Sebenarnya buku ni takde lah setebal mana, keseluruhannya cuma mengandungi lebih kurang 215 halaman bercetak sahaja. Kalau tidak begitu tebal mengapa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menghabiskan bacaan buku ni? Soalan yang baik. Alasan aku adalah kerana aku bukanlah seorang penganggur dan ada kalanya terdapat kekangan masa dan kesibukan tugas-tugas lain yang perlu diutamakan. Maka atas sebab itulah perjalanan pembacaan buku ni kerap kali terganggu dan terbantut. Lama tak lama aku pinjam buku ini sampai tuan punya buku ni pun sekarang dah naik pangkat dan pindah tempat kerja lain kat hospital pulak.

Atas permintaan tuan punya buku ini juga, aku diminta untuk membuat sedikit review dan memberikan sedikit ulasan tentang buku ini. Mungkin tuan punya buku ini ingin menduga sama ada aku benar2 menghabiskan membaca seluruh kandungan buku ini atau baca main skip2 sahaja. Sorry, aku tak main tipu okay.. Walau bagaimana pun aku akur, setidak2nya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih sebab pinjamkan buku ni kat aku untuk 2 bulan. Ya, 2 bulan sahaja.

Aku akui bahawa permulaan pembacaan aku ke atas buku ni memang sedikit lembab. Pernah pada satu ketika aku terhenti baca selama beminggu2 hanya pada muka surat yang ke-6 atau ke-7. Tiada apa2 significance pun untuk berhenti di muka surat ke-6 atau ke-7 tu, cuma entah mengapa aku tiba2 hilang fokus dan iltizam untuk meneruskan pembacaan. Selepas aku sedar dah lama sangat aku pinjam buku ni dan sebelum tuan punya buku ni sindir2 aku pulangkan balik buku dia, barulah aku mempercepatkan sedikit mengeja dan pembacaan aku juga semakin lancar dan tidak lagi merangkak2. Sejak itu juga aku tiada lagi menoleh2 ke muka surat belakang. Kalau ada masa lapang yang singkat pun aku akan cuba jugak sempatkan untuk baca walau pun untuk hanya beberapa helaian dan kalau ada berhenti pun tidak lah memakan masa selama berminggu2.

Kepada mereka yang belum tahu dan ingin ambil tahu, buku ini sebenarnya adalah hasil dan memuatkan sesi ceramah terakhir Randy Pausch, seorang profesor di Carnegie Mellon University yang telah didiagnos dengan pancreatic cancer, dan diramalkan hanya mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup. Di sebalik ancaman penyakit yang tiada harapan sembuh tersebut, Randy Pausch telah membuat persiapan untuk ceramahnya yang terakhir di samping telah meneruskan saki baki perjuangan riwayatnya tanpa menampakkan sebarang kebimbangan atau kesengsaraan sama ada dari segi emosi atau fizikal daripada penyakit yang dihidapinya. Ceramah beliau merupakan sesuatu yang phenomenal, membakar semangat, penuh unsur2 nasihat, motivasi dan berinspirasi, terutamanya tentang bagaimana untuk menjalani serta menikmati hidup dalam mengejar dan menjadikan impian menjadi realiti. Malangnya Randy Pausch telah meninggal dunia akibat daripada penyakit tersebut pada 25 Julai, 2008. Aku rasa kalau aku nak review betul2 buku ni mau panjang berjela entry aku ni nanti. So, to make it short, buku ni memang best lah!

Jadi, kepada mereka yang barangkali berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan The Last Lecture ni, atau mereka2 yang merasakan diri kurang bermotivasi, atau mungkin terlalu banyak masa lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah, atau mereka2 yang mungkin juga ingin menambah pengayaan kosa kata atau simple vocabulary, please get yourself a copy of The Last Lecture at your nearest book store, while stock lasts. (Lihat, aku sudah boleh bercakap mat saleh sikit2 selepas baca buku ini, eheh..). Oh ye, kepada mereka yang buta huruf atau malas membaca juga boleh mendapatkan input serupa dengan menonton rakaman video ceramah ini di youtube.
Sekian, terima kasih.

4 comments:

kuizikel said...

hahahahaha... puan kui la.. takut ramai terkinja-kinja nak mengusha aku lepas ni utk pinjam buku..hahaha..

lagi panjang mukadimah dari review.. tapi mmg buku ni sangat gerek best lagi hebat. gaya bahasa yang senang, tak perlu berkawan dengan kamus besta dr. fazley untuk memahamkan isi kandungan, straight dari mata ke hatimu..cewah.

"The brick walls are there for a reason. The brick walls are not there to keep us out.The brick walls are there to give us a chance to show how badly we want something.Because the brick walls are there to stop the people who don't want it badly enough. They're there to stop the other people"

p/s : ingat lepas ni sumer bisnes, nothing's free .. hahaha.

Abu Humairah said...

agak2 aku tulis buku bole laku tak??ekekeke...

seronok menghabiskan pembacaan..
sementara tgh ade mood ni, tuan crk buku2 lain..
pastu buat le review,takyah le kami nak baca tebal2..hehehe

Anonymous said...

Suka membeli buku, nak baca masyaallah liatnya, recommended, life is an open secret by Zabrina, katanya dia ex UIA

Langit Jiwa said...

kuizikel : haha, takde buku lain ke nak bagi pinjam? pasni boleh pinjam lagi lama, 6,7 bulan ke, setahun ke..

abu humairah : nak abiskan buku nipis ni pun dah abis rajin dah..

nurman : haha, thanks for the recommendation.. nak berehat dulu dpd membaca 2 bulan.. ehehe..