Okay, biarlah aku berterus terang. Hari ni fikiran aku sedikit terganggu selepas aku buat satu keputusan yang bertentangan dengan kata hati dan reasoning aku sendiri.. Sebenarnya selalu pun memang macam confuse2 jugak kalau ada benda yang perlu aku putuskan, bezanya, selalu aku ada reasons, dan aku berpandukan kepada reasons. Tapi entah kenapa hari ni aku hilang fokus dan buat keputusan yang bila aku fikir2kan balik adalah silap dan tak patut aku putuskan begitu.. Nyah, sekarang barulah nak menyesal..
Aku pun tak pasti sama ada keputusan yang aku buat dan ambil pagi tadi akan ada sebarang impak dan natijah yang tak baik pada aku. Buat masa sekarang, aku hanya mampu untuk bersikap tunggu dan lihat. After all, harap semuanya akan baik2 sahaja.
Memang aku dah cuba untuk tak terlalu memikirkan kesilapan aku tadi, tapi seolah-olah sukar. Semakin aku cuba melupakan, semakin kuat ingatan tu datang. Haishh, macam mana la aku boleh 'ter'order nescafe tarik dengan roti canai kosong kat kedai mamak pagi tadi. Pada hal aku dah plan baik nak breakfast milo ais dengan capati plus kuah kari kambing masa bangun tidur pagi tadi.. Menyesal, menyesal.. Siap la kau mamak, petang ni aku datang balas dendam!!
7 comments:
Itu jer decision ko din...haha suspension jer
ceh...
aku ingatkan ko slah jatuh hukum ker
every single second, we need to make decision..
past is past...
any decision you take, make sure that is the right decison..
hampeh, ingat dah tergantung orang ke..hehehe
nurman : hehe..
wanrulez : kalau salah jatuh hukum pun aku tak pernah menyesal sampai macam nih, ekeke..
tuah.rimbun : ye, mmg betul tu saudara tuah..
kuizikel : hehe, kalau dah tergantung org dah tak lalu nak makan2 apa lagi dah..
ni yang nak guna bahasa kasar pada tuan nih.....kekekekee
kejora : guna bahasa kasar takpe, jgn bahasa kesat sudahh..
Post a Comment