11 March 2009

Buat Kerja!


Kerja di tempat yang bernama 'mahkamah' memang memeritkan, lebih2 lagi di bandar2 besar atau di kawasan berkependudukan atau berpopulasi padat, atau juga kawasan yang sedang maju membangun dari segi komersial kerana di situlah aktiviti2 manusia, urusan perniagaan dan pembangunan rancak dibangun dan dijalankan.
.
Dari kesibukan inilah ada yang mengambil kesempatan untuk turut 'hidup' dan berada di dalam hiruk pikuk lingkungan kehidupan manusia dan aktiviti2 rutin mereka, tetapi dengan cara yang tidak betul dan tidak wajar sehingga timbul kecenderungan untuk melakukan kegiatan2 jenayah dan tidak kurangnya juga yang melibatkan masalah hutang piutang, kemungkiran kontrak, keruntuhan rumahtangga, perpecahan institusi kekeluargaan, perebutan harta dan sebagainya, yang akhirnya membawa kepada pertikaian di mahkamah.

Pendek kata, kerja di tempat yang bernama 'mahkamah' tidak akan pernah habis dan berpenghujung (mungkin juga sama situasinya di tempat2 kerja yang lain dengan skop tugas yang berbeza - seperti ketika aku bekerja sambilan di pasaraya makro dengan tugas2 menyusun barang2 di rak jualan yang tak pernah habis. Cerita lain.). Dengan ratio satu atau beberapa fail/kes berjaya diselesaikan dan dilupuskan untuk sesuatu hari, (itu pun setelah melalui prosedur2 biasa selama bertahun2), tetapi dalam masa dan pada hari yang sama juga berpuluh2, beratus2 atau mungkin juga beribu2 kes2 baru didaftarkan, jadi bagaimana kerja hendak habis?

Kerja di tempat yang bernama 'mahkamah' ibarat mencabut helaian rambut yg sudah beruban di kepala, mengambil masa untuk kelihatan putih, tetapi apabila sekali dicabut, banyak pula uban2 lain yang baru mula tumbuh dan kelihatan!! Eheh..

Adiosss..

3 comments:

Event Entertainment said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

suka cabut uban ek? eh? ahhahah

bila di waktu petang, ingat konsep ni.. balik je la, keje smpai mati pon tak abis lagi...hehhehhe

Langit Jiwa said...

bila dah waktu petang baru fail n kerja melambak2 smpai atas meja..
nak buat dek n tunggu esok hati tak senang, sbb tak tahu kerja utk esok lg byk atau kurang..

camner tu pojan (bukan nama sbnr)..?