Pada awal pagi Jumaat yg lalu aku diberikan sekali lagi peluang dan amanah oleh Tuhan untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman gantung ke atas 2 orang banduan akhir.. Ya, kali ini 2 nyawa diambil di hadapan mata aku..
Berbanding dengan pengalaman pertama kali melihat pelaksanaan seperti ini tidak lama dahulu, kali ini aku lebih tenang dan kurang gementar sepanjang tempoh2 terdekat sebelum menyaksikan pelaksanaan dijalankan. Cuma simptom2 yg lama masih lagi wujud dan berlaku sebaik sahaja aku diberitahu seminggu lebih awal bahawa aku diminta untuk menghadiri pelaksanaan tersebut oleh boss aku..
Berdasarkan 2 pengalaman yang lalu, perubahan sikap kepada lebih berdiam diri, sedikit runsing dan kemurungan serta disusuli dengan demam atau boleh juga sehingga ke tahap muntah2 merupakan antara persamaan simptom2 yg akan berlaku ke atas diri aku seminggu atau beberapa hari sebelum hari pelaksanaan yg sebenar tiba.. Dan apabila hari sebenar telah tiba dan diikuti hari2 seterusnya, tahap kesihatan aku akan kembali pulih seperti sedia kala. Mungkin juga ini hanya suatu kebetulan dalam 2 kejadian yg berasingan.
Sebenarnya ada juga beberapa perkara yg menarik dan juga kurang menarik berlaku pada hari sebenar pelaksanaan tersebut, tetapi aku rasakan kurang wajar untuk dikongsikan secara terbuka di sini.. Kepada mereka yang berminat untuk ambil tahu sambil bersembang2 dgn aku, boleh la menghubungi aku, tetapi aku lebih prefer sekiranya dapat bersembang2 secara bersemuka di kedai mamak sambil2 menikmati nescafe tarik..
Tetapi, walau apa pun, pengajaran dan peringatan daripada 2 pelaksanaan yg aku telah saksikan ini adalah tetap sama:- Ajal apabila tiba, tiada akan dipercepatkan atau pun dilambatkan walau sesaat.. Dan bagi aku pula yg hanya mampu melihat dan sebagai sesama makhluk hanya mampu berharap semoga taubat2 mereka diterima dan semoga roh mereka dicucuri rahmat..
Adioss..
5 comments:
amin... smoga taubat diterima..
slamat la ko melalui sumer ni din, takpe pas ni mesti akan biasa :)
meremang gak dengo ceta ko ni..
dulu yg 1st lupa nak tanya, kes suzaily ke??
apapun, semoga tabah menjalankan tugas...
kui : toche, toche..
abu humairah : yups, yg 1st dulu kes suzaily..
yg 2nd nih dua2 kes dadah..
mati di tali gantung..
amat mengerikan bagi diriku..
tuah.rimbun : yups, yg tak mati n sekadar tgk je pun dah rasa ngeri jugak..
Post a Comment