12 February 2009

Tribute to Abah

Hubungan aku dan abah tidaklah begitu mesra dan rapat, kerana aku tidak pernah dilatih utk ke arah itu, dan barangkali juga adalah kerana dipengaruhi oleh bentuk pendedahan regime dan corak didikan abah yg aku terima sejak kecil. Barangkali juga mungkin benar kata orang bahawa anak lelaki lebih rapat kepada emak atau ibu berbanding dengan ayah.. Abahku adalah seorang yg tegas dan bolehlah dikategorikan sebagai seorang yg garang, tetapi mempunyai prinsip, pendirian dan matlamat hidup yg menjadi pegangannya. Tiada perkataan “gurauan” di dalam kamus hidup aku dlm konteks perhubungan atau komunikasi antara aku dgn abah sepanjang daya ingatan yg aku mampu recall. Abah cukup tegas dalam semua perkara sepanjang membesarkan anak2nya. Kalau dia kata ‘A’, ‘A’ lah juga, tak perlu lagi anak2nya banyak soal utk menanyakan sama ada ‘A’ huruf besar atau pun ‘a’ huruf kecil.. begitulah juga seterusnya kepada B, C, D, dan sehinggalah ke Z.

Oleh kerana itu, emak seringkali menjadi medium perantaraan utk aku berkomunikasi dgn abah.. apa sahaja perkara penting yg sepatutnya abah perlu tahu akan aku maklumkan kepada abah melalui emak. apa sahaja kemahuan dan keinginan yg aku hajati terpaksa juga aku minta kepada abah melalui pujukan emak. kalau aku membuat panggilan telefon ke rumah dan dijawab oleh abah, aku akan minta abah memanggil emak dan memilih utk bercakap dgn emak. rasuah aku kepada emak memang tidak dapat dielakkan dan tidak perlu lagi utk diperkatakan.

Kalau nak diikutkan dan dibandingkan dengan adik beradik yg lain, aku adalah yg paling bertuah dan sepatutnya bersyukur kerana hanya pernah menerima penangan dan libasan ayah dlm kekerapan dan kadar yg paling minima berbanding yg lain2, tetapi itu bukanlah kerana atas kapasiti aku sebagai anak bongsu atau bermaksud aku kurang nakal. Seingat aku, aku pernah dibelasah teruk oleh abah dengan dahan pokok cermai dan tali pinggang kerana 'menghilang' sampai senja hari gara2 pergi ke pekan utk membeli brek basikal dan tali pinggang GQ yg suatu ketika dulu agak glamour dan menjadi ikut2an, hasil daripada collection duit hasil curi di kantin sekolah..

Aku dan adik beradik yg lain dibesarkan dalam dunia yg penuh kesederhanaan, tetapi abah tidak pernah sekali-kali mengabaikan tanggungjawabnya utk memberikan kami hak pendidikan yg sempurna. Setiap pendidikan yg abah berikan harus kami 'bayar' dgn linangan air mata. seingat aku juga, tidak pernah aku belajar mengaji dgn abah tanpa perasaan takut dan tanpa genangan air mata membasahi kelopak mata dan pipi. Tetapi aku juga tidak pernah lupa pengorbanan abah yang terpaksa menjual kebun demi membiayai perbelanjaan kakak utk menyambung pelajaran di universiti..

Komunikasi antara aku dan abah memang sangat kurang dan terlalu sedikit, tiada keraguan tentang itu. apa jua perkara penting yg abah tanyakan kepada aku akan aku jawab dgn ayat yang paling ringkas dan jumlah perkataan yang paling minima.. aku tidak pernah membuka bicara atau memaklumkan kepada abah tentang kekurangan wang, kesusahan pelajaran atau kesukaran peperiksaan yg aku hadapi sewaktu belajar di universiti atau pun perkembangan terkini tentang pekerjaan aku. sekiranya ditanya oleh abah barulah aku jawab.

Ketika di rumah, abah sudah mulai keluar rumah seawal pagi utk ke kebun, aku pula masih enak tidur di bilik. aku dan abah juga jarang duduk semeja dan makan bersama. apabila abah makan di dapur, aku duduk di ruang tamu menonton tv. apabila ayah duduk di ruang tamu menonton tv, berehat2 atau tidur, aku masuk ke bilik. aku masih ingat lagi sewaktu masih belajar di universiti dahulu, di mana aku pulang ke kampung utk beberapa hari pada satu cuti hujung minggu, dan abah hanya menyedari kepulangan aku di rumah sewaktu aku ingin pulang semula ke universiti..

Sepanjang 'perkenalan' aku dgn abah, aku dapati abah langsung tidak mempunyai unsur2 sentimental di dalam dirinya. pernah juga aku cuba2 mengucapkan selamat hari lahir secara bersemuka kepada abah, tetapi langsung tidak mendapat sebarang response yg memberangsangkan darinya walau pun sekadar sekuntum senyuman tanda terima kasih.. sejak dari itu, sebarang ucapan selamat hari lahir atau pun ucapan bersempena hari bapa aku kirimkan sahaja kepada emak utk disampaikan kepada abah.. cuma sekali sahaja abah telah hilang ke'macho'an nya apabila aku terlihat dia memakai kain batik milik emak di rumah sewaktu ketiadaan emak yg pergi mengerjakan haji di tanah suci..

Abah sangat gemar berbudi kepada bumi. kebun atau tanah menjadi subjek dan topik kegemaran perbualannya yang mana sangat bertentangan dengan minat aku. ketaksuban abah terhadap kebun dan tanah tidak pernah mengenal hari. malah petang 1 syawal dia sudah kembali berkebun.. itu mmg minat abah yg tidak boleh dilarang dan abah tidak akan senang duduk kalau sehari tidak pergi menjenguk kebunnya.. pernah juga sekali sekala ayah cuba utk mengajak aku membuka minda dan memberikan jalan tentang prospek pembelian tanah secara perkongsian, tetapi aku tidak selalu memberikan feedback yg mungkin diharapkannya.

Kini masa telah berlalu dan zaman telah berubah. Ketegasan abah sudah agak slow, barangkali menyedari hakikat bahawa anak2nya kini semuanya sudah besar panjang dan masing2 telah berkeluarga. manakan tidak, aku perhatikan cucu2nya bebas utk bergurau senda dgn abah tanpa sebarang perasaan takut walau pun sehingga ke tahap perutnya dicucuk2 dan ditepuk2 oleh cucu2nya dengan sesuka hati.. perlakuan dan kemesraan fizikal sedemikian memang tidak akan dapat dilihat dan sememangnya maklum adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan di'haram'kan kepada aku dan adik beradik di zaman kami membesar.

Cuma hubungan komunikasi antara aku dengan abah masih tidak banyak bezanya. walau apa pun, di sebalik segalanya aku hanya ingin abah tahu bahawa aku tidak pernah menyesal dilahirkan sebagai anak abah. segala jasa2 abah yang berhempas pulas membanting tulang dan memerah keringat demi membesarkan kami adik beradik sentiasa berada dalam renungan kesedaran kami dan tidak akan sekali-kali dilupakan. segala didikan dan tunjuk ajar abah akan kami ingati selalu sebagai panduan dan pedoman hayat kami.. doaku semoga abah akan sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan usia yang panjang.. barangkali supaya aku sentiasa diberikan peluang untuk menghargai abah dan memperbaiki tahap dan kualiti hubungan aku dengan abah sementara abah masih ada..

Kepada abah, terima kasih di atas segala-galanya...

Adioss..

9 comments:

Abu Humairah said...

garang2 bapak ko,garang lagi pak mertua aku..hehehe..
tp teka bapak sape paling garang??
tentu le bapak yana..tak caya tanye taib!!ekekeke

~tuah.rimbun~ said...

tuan majestret...
ada pada kau, tiada peluang untuk aku... "tanda terima kasih selepas tamat belajar kpd ayah/abah/bapak..."
Manfaatkan sementara masa yang ada...

Abu humairah..
enmm, abah mertua kau mmg garang...
dulu aku pun gerun..

garang bapak aku..
hanya aku yg tahu..
biarlah rahsia...haha..
tanyalah tuan komeng, jelingan mata bapak-ku pun sudah mengerunkan dia...

Langit Jiwa said...

abu humairah : weh, yana yg garang tu emak dia, bukan ayah dia.. ingat lagi masa jemput yana kat rumah nak pegi beraya umah cikgu2, mak dia ingatkan kena hantar yana balik sblm pukul 6 petang..
err.. apa makcik? sblm 6 ptg? awal tuuuu..

tuah.rimbun : itu aku cerita general je kegarangan bapak aku..
yg detail byk lagi tuh..

lilyzali said...

wah..terharu aku baca din.. tapi garang ayah ko, garang lagi si marina.. sampai ko pun takut...hahahahha

Langit Jiwa said...

hahaha.. si marina tu ada potensi jadik mak yg garang tuh.. 'bertuah' la badan sape jadik anak dia nanti.. ehehe..
tp kalo garang bertempat tak salah pun..

lilyzali said...

hahahhaha..

Anonymous said...

tersentuh jiwa seorang anak nih..... lama tak jumpa pak hang cerite pasal tanah.. kebun..memeron.. macam2 ada.

p/s: pak yana....huhuhuuhu..seram
(kejora menaip in proxy of taib)

Langit Jiwa said...

tapi paling sporting bapak hang la taib @ kejora, siap leh guarau2 lg tuh!!
kemesraan ayah kau tuh smpaikan aku pun tidak segan silu dan malu2 utk melepak kat ruang tamu sambil menghisap rokok dgn disajikan bermacam2 kudapan berunsur kerepek dan macam2 lagi..
long live wak hussin!!

Anonymous said...

Ampunilah kedua ibubapa kami Ya Allah.....amin

mesra (bob) pak husin tu pon, penah gak kene penyepak sehingga kuar bintang di langit...hahhaah. kenangan.......