
Cetusan entry kali ini adalah hasil perbualan antara aku dan rakan penaku, penulis blog catitan dari utara beberapa hari yg lalu, di mana kami telah berbicara tentang sedikit penyesalan penulis ini yg terdahulu dan dlm keadaan separa sedar telah 'membenarkan' mamak gunting rambut menggondolkan rambutnya sehingga hampir licin dgn ukuran nipis mata mesin rambut bersaiz 1, langsung menampilkan imej terbaru dirinya seperti seorang komunis..
Walau apa pun aku berharap beliau byk2kan bersabar dgn penampilan kurang menariknya utk sementara waktu ini, eheh.. aku amat memahami dan dapat merasai apa yg beliau kini sedang lalui kerana aku sendiri pernah mengalami nasib dan peristiwa hitam yg hampir sama beberapa tahun yg lalu dan sehingga kini masih meninggalkan kesan dan trauma kepada aku...
Tahun 2002...
Aku sudah tidak ingat tarikh keramat atau bulannya secara tepat bila mana berlakunya detik hitam tersebut, dan kalau diberi pilihan memang aku nak lontarkan jauh2 dan melupakan terus memori luka tersebut.. tapi kalau tidak silap adalah dalam tahun 2002, ketika itu aku sedang menuntut dalam tahun 2 di universiti dahulu. pada hari malang dan bersejarah tersebut, aku telah pergi ke kedai gunting rambut utk memotong rambutku yg sudah agak panjang. dengan status aku sebagai penuntut pada waktu itu, satu2nya premis perniagaan menggunting rambut yg menjadi pilihan popular adalah kedai mamak, walau pun aku sendiri menyedari hakikat bahawa khidmat menggunting rambut di salon2 gunting rambut yg lebih berprestij dan profesional adalah jauh lebih terjamin dan menjanjikan potongan2 rambut yg lebih stylish serta menarik.. dan ingatan aku masih kuat lagi, kedai mamak gunting rambut tersebut terletak tidak jauh dari central market di ibu kota kuala lumpur..
Setibanya di kedai mamak, aku lihat byk gambar wajah lelaki2 hensem dan macho, masing2 dgn potongan2 rambut yg menawan menghiasi dinding kedai.. hatiku berbunga dan kalau diikutkan hati, mahu saja aku terus menuding jari ke salah satu daripada wajah lelaki2 tersebut dan meminta mamak menjadikan aku hensem dan macho seperti mereka. lantaran daripada itu aku hanya merelakan sahaja mamak tersebut menggunting rambut aku mengikut kemahiran dan kreativitinya.
Pada awal proses menggunting, semuanya kelihatan baik dan aku lihat rambut aku telah dipotong dan tidaklah begitu pendek atau terlalu skema, tetapi dalam masa yg sama tidak lagi begitu panjang daripada sebelumnya, dan memang memenuhi kehendak dan kemahuan aku yg sememangnya sukakan yg sedang2 dlm semua perkara. tapi aku telah tersilap.. tersilap kerana tidak memberikan tanda noktah dan terus mengucapkan terima kasih kepada khidmat mamak tersebut setakat di situ. aku hanya membiarkan sahaja mamak terus menunjukkan skill dan kemahirannya, dan semakin lama aku lihat semakin banyak rambut aku yg gugur dan bertaburan ke lantai.. sekali lagi aku melihat ke arah cermin, oh tidak!! rambut aku telah menjadi begitu pendek!! walau pun tidaklah sampai ke tahap skin head atau botak, tetapi aku rasa sudah cukup togel dan gonjeng, dan hanya memperlihatkan leher ku yg jinjang dan panjang dan bentuk kepala aku yg lonjong dgn sejemput rambut berada di atas kepala.. hodoh sunggoh dan takde masa depan aku rasa ketika itu!! tak pernah aku berambut pendek sebegitu.. oi mamak, kenapa kau tak penggal sahaja kepala aku?! pada ketika itu, tak tergambar rasa hati aku, sangat2 sedih dan pedih.. timbul rasa menyesal gila2 membuat keputusan gunting rambut pada hari yg sungguh tak bertuah itu.. bermacam2 persoalan, kerisauan dan keresahan juga mula timbul dalam kepala aku.. bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap aku nanti? bagaimana pula aku nak menghadapi khalayak umum saban hari dgn penampilan baru berambut pendek ala2 budak darjah 1 yg baru nak mendaftar di sekolah?
Sebenarnya reaksi terhadap wajah dan rambut baru aku yg pendek tidaklah langsung mengundang cercaan dan hinaan daripada org yg berada di sekeliling aku.. cuma level keyakinan diri sendiri je yg berkurangan setiap kali nak berhadapan dgn orang, dan atas sebab itulah jugak aku hanya lebih banyak memerap di dalam bilik serta tak pergi ke kelas seminggu lebih dan dipanjangkan lagi ketidakhadiran aku bagi mana2 kelas yg memang aku telah sedia kurang minat atau kelas yg boleh 'dikirimkan' sahaja initial secara rambang kepada org lain utk ditiru dan disignkan pada attendance sheet.. terasa begitu lambat sekali rambut aku nak panjang dan sepanjang tempoh rambut aku pendek jugaklah aku tiba2 mendapat habit baru yg rajin mengurut ubun2 kepala dan asalkan ada masa lapang sahaja pasti aku akan menarik2 rambut aku utk paksa rambut2 aku agar cepat keluar dan lekas panjang.. memang benarlah, penantian satu penyeksaan..
Kini telah lebih 6 tahun berlalu dan kerisauan dan rasa fobia utk gunting rambut di kedai masih lagi membelenggu aku.. sepanjang tempoh lebih 6 tahun ini jugalah aku tak lagi pernah menjejakkan kaki ke mana2 kedai gunting rambut baik milik apa bangsa sekali pun, dan mamak tersebut adalah orang terakhir yg bertuah menerima bayaran tak ikhlas aku hasil daripada 'mengerjakan' rambut aku semahu dan sesuka hatinya, percaya tak? terima kasih wahai mamak dan aku harapkan kedai gunting rambut kau dah lingkup sekarang, haha.. mujurlah pada waktu masih belajar dulu ada di kalangan kawan2 yg ada kemahiran menggunting rambut, maka aku jadikan mereka sebagai penggunting2 rambut rasmi aku secara paksa rela. setelah habis belajar dan sekarang, setelah memasuki alam pekerjaan, aku hanya menggunting rambut aku sendiri dan kalau ada bahagian yg compang camping dan sukar, terbatas atau tidak tercapai utk dilihat oleh penglihatan aku, maka isteri aku akan repair dan touch up apa2 yg patut, itu pun setelah menjalani training dan latih tubi secara intensif selama 2-3 tahun semenjak kahwin dgn aku, hehe.. tapi seandainya kalian ada melihat sebarang ketidaksamaan atau keganjilan pada struktur rambut aku, itu lah yg dipanggil 'keunikan', dan korang paham2 je la yer.. ehehehe..
Adiosss..
6 comments:
ahahahahahaha...tergelak besar aku baca entry ko ni din. Sabor je la hahahahahaha
hahahaha.. pak lawak gak ko ni..
kenapa tak penggal saje kepalaku.. ahahha.. tgelak aku dgn tidak semena2 tanpa perlu digeletek oleh sesapa :)
klu ada gambo best gak, teringin gak nak kutuk ko.. muakakkakak
Kahkahkah.. lawak giler aku bc din oiii... heheh.. ilang sumer tensen yg ada..
sape kawan komunis ko tu? sian kat dia.. kata aku paham perasaan dia.. kehkehkeh
kush : ehehe..
kuizikel : pak lawak? leh masuk pertandingan raja lawak tak? hehe..
siut je nak tgk gambo aku pastu nak kutuk2 lak, mana bleh..
lilyzali : kawan komunis aku tu nama samaran dia skrg chin peng? kenal?
woit..penghinaan ke atas diriku yg botak ini!!!
patut la rase malas nak gi ofis, sama sindrom ngan ko ni..
ooo,nak panjang kene tarik2 rambut tu ek??
ok,ok..kalo tak cepat panjang mmg kepala ko yg aku penggal!!!ekekeke
ala ciki, rambut pendek dan ala2 botak tu mengikut kesesuaian bentuk kepala dan muka org jugak sbnrnya..
utk ko, apa jenis rambut pun ok jer..
err, rambut afro pun ok gak kot..heheh..
Post a Comment