semalam aku berkesempatan utk duduk dan minum bersama seorang kenalan di sebuah kedai mamak di seksyen 15, bangi.. mood aku baik2 sahaja sehinggalah batas kesabaran aku diuji dengan kehadiran seorang pemuda yg datang ke meja kami..
ceritanya begini...
sebelum daripada kedatangan pemuda tersebut, telah hadir terlebih dahulu ke meja kami seorang perempuan di dalam lingkungan usia 20-an yg menjual beberapa bahan bacaan berunsur keagamaan.. kebiasaannya aku mmg akan spontan menolak terus pelawaan utk melihat produk2 jualan dpd penjual seperti ini, tapi entah kenapa kali ini aku begitu 'rajin' pulak nak melayan dan memberi peluang kpd si penjual td utk promote buku2 jualannya.. mungkin dlm tak sedar aku sedang cuba utk menyahut seruan azamku utk memperbanyakkan membaca bahan2 berunsur ilmiah untuk tahun ini.. ekekeke..
dlm banyak2 buku tersebut, aku tertarik dgn satu diari islam 2009 yg selain mempunyai ciri2 sebuah diari harian seperti mana diari2 yg lain, di dalamnya juga turut disisipkan dgn kisah2 sejarah islam dan para nabi, kisah di sebalik ayat2 al-Quran dan hadith, panduan dlm perkara2 asas fardhu 'ain, mutiara kata dan tak ketinggalan jugak jadual waktu solat sepanjang tahun.. setelah tak berjaya dgn tawar menawar, aku pun beli la jugak diari tu oleh kerana agak tertarik dgn cerita2 sideline yg ada kat dalam tuh.. kalau nak ikutkan, aku dah ada 3 diari kat atas meja ofis aku yg aku tak sentuh langsung pun..
selang beberapa saat selepas pemergian perempuan td, datang pulak seorang pemuda yg aku anggarkan berusia lewat 20-an atau mungkin sekitar awal 30-an dgn membawa sebuah beg plastik besar.. utk berlaku adil, aku pun tanye kpd pemuda tersebut apa yg dibawaknya di dalam beg plastik tu dan beliau pun mengeluarkan beberapa paket plastik yg masing2 berisi keropok ikan, keropok sotong dan keropok ketam yg masih mentah dan belum bergoreng.. sambil menerangkan produk2 jualannya dalam loghat pantai timur yg mirip2 loghat kelantan, beliau turut memperkenalkan dirinya yg berasal dari narathiwat, thailand sambil mengeluarkan passportnya tanpa dipinta, seakan utk meyakinkan kami dan membuktikan kebenaran cakapnya.. memikirkan yg aku pun ada 2,3 plastik keropok mentah yg mungkin dah berbulan2 usia pembeliannya dan tak bergoreng pun lagi kat rumah, lantas aku menolak utk membeli keropok pemuda tersebut dgn kata2 yg aku harapkan tak akan menghampakan dia..
"takpe lah, kat rumah saya pun ada byk dah, tu pun tak bergoreng-goreng lagi.. karang saya beli lagi pun membazir jer.. insyaallah la kalau ada rezeki lain kali eh..".
lantas pemuda tersebut menjawab, "entah bila pulak la saya nak jumpa dgn abang lain kali...". aku tak menduga bahawa kata2 aku tadi akan dibalas dgn jawapan yg sedemikian rupa.. jawapan yg agak kasar, bernada marah dan sedikit synical, seolah menyindir kata2 aku yg mungkin bukan suatu jawapan yg diharapkannya atau mungkin jugak jawapan yg memang langsung tidak boleh diterimanya.. melihatkan rambutnya yg sedikit tidak terurus membuatkan aku cuba memahami segala penat lelah serta perasaan pemuda tadi yg mungkin agak kecewa dgn keengganan aku utk membeli keropok2 jualannya, ditambah pulak dgn cuaca panas terik matahari, pastinya jawapan aku sedikit sebanyak mengecewakannya dan mengganggu emosinya..
secara jujur, timbul niat kat hati aku utk hulurkan 2,3 ringgit sbg derma, tapi tak sempat aku nak buat amal jariah, mamat tu nampaknya masih tak berpuas hati dan tiba2 mengeluarkan kata2 berbaur sindiran dan seolah2 mendesak, yg benar2 membuatkan darah aku tiba2 naik ke kepala.. "beli la bang.. abang beli buku tadi boleh, beli rokok boleh, beli keropok saya tak boleh pulak!", sambil merujuk kepada diari islam yg aku beli dari budak pempuan tadi dan kotak rokok aku kat atas meja. perghh, mamat ni aku layan dia baik2 tapi dia kurang ajar la pulak!!
"apasal u nak paksa2 saya beli keropok u pulak?", aku dah mula tinggikan suara sambil merenung muka mamat tuh dgn dada yg berombak n jantung yg berdegup kencang..
"mana ada saya paksa..?", jawabnya pendek..
"abis tu apasal u nak pertikaikan saya beli buku la, beli rokok la..?! suka hati saya la, itu hak saya.. apa kaitan dgn saya tak nak beli keropok u?! bila saya ckp elok2 tak mau beli, dah la, yg u nak komen2 saya beli itu beli ini apa hal pulak?!!" aku memang dah hangin satu badan.. mamat ni memang dah melampau.. org lain yg duduk dekat2 dgn meja aku pun dah toleh2 dah.. aahhh, lantak la, ni hal aku dgn mamat siam ni.. apa nak jadi jadi la.. korang jgn nak busy body.. walau pun secara fizikal badan dia lebih berisi daripada aku, tapi aku yakin dia takkan berani nak apa2 kan aku sebab aku yakin yg mamat tu sendiri tahu yg dia mmg kurang ajar.. macamana kalau dia terrer tomoi? ahh, pedulik hapa aku, lagi pun ni tempat awam n ramai je org keluar masuk kedai mamak nih.. kalau aku kena pukul pun paling tidak ada org yg nak leraikan, takde la sempat aku teruk kena pukul, eheheh..
"abis tu sekarang abang marah saya la ni?!!!", mamat siam tu menjawab balik dgn muka yg penuh tak puas hati..
e'ehhh.. kau ingat ni citer 3 Abdul yg ada 3 beradik abdul wahab, abdul wahib n abdul wahub tu ke nak tanye2 aku tgh marah ke tak skrg nih..? kalau betul pun aku tengah marah kenapa? kau nak jual aku pulak...?!
"saya tak marah u nak meniaga, tapi saya tak setuju dgn cara u.. kalau org dah tak nak beli tu dah la, itu hak dia, tak payah la u nak desak2, komen2 org tuh! tak semestinya kalau u tunjuk barang u kat orang mesti orang kena beli..!", jawab aku dgn harapan dia sedar kesilapan attitude n kata2 dia yg menyakitkan hati aku tadi..
"abis tu abang nak marah saya la ni?!!", soalan yg hampir sama mamat tu tujukan balik kat aku sambil dia menjinjing semula beg plastik berisi keropok2nya dan blah dari meja aku dengan muka kerek..
ek eleh, blah la.. macam la aku heran n lapar sgt dgn keropok2 ikan, ketam n sotong dia tuh!! tu aku tak tanye dia lagi dia masuk malaysia pakai visit pass ke, employment pass ke, social pass ke? mana dia dpt kebenaran utk menjaja keropok2 dia tu ke sana sini? tu belum lagi tanye apa jaminan yg keropok2 dia tuh semua selamat dimakan? mana label pengeluar n tanda halalnya?
aku pun tak tau apasal aku mudah sgt hilang kesabaran hari ni.. nak ikutkan aku adalah seorang yg sgt cool n tak reti nak marah2 org nih.. walau apa pun kau sungguh bertuah wahai mamat siam si penjual keropok sebab bukan senang nak menonton aku meluahkan perasaan marah.. tapi itu pun setelah aku layan n cakap baik2 dgn kau, tapi kau pulangkan dgn kata2 yg kurang hajar pulak..
huh, bikin spoil mood gua je hujung2 minggu nih!!
adioss...
9 comments:
bravo2..hak hak...rase budak tu dah desperate sgt la tu..mmg dah ushar kau baik punya, dgn seribu pengharapan...tup2 tak beli haha...kiciwa..
alamak tuan dah marah!!
cabut....hahaha...
jgn marah2, karang kene jual...ekekeke
kot ye desperate takde org nak beli keropok dia pun tak payah la nak desak2, komen2 org..
bikin panas jer..
hahahha gila ah din.. sib baik tade adegan hentak meja@baling kerusi..
siap dia perasan tu ko beli rokok n diary... jelas dia mmg aim kat ko..ehhehehehehe
buat mcm saya.
kalau ada org datang jual barang cam tu, geleng kepala n wave tangan je.biarlah nampak rude janji rock.ehehe
kahkahkah.. sesekali ko amuk, pergh.. baguis pun ko sound dia din..ada plak nak pertikai ko nak beli apa..hahahaha
sib baik prudential tak mcm tu...
din...daripada ko beli rokok baik ko beli keropok mamat siam tu din...hahhahaahha lariiiiiiiiii...
cheh!! karang bukan mamat siam tu yg aku hempuk, tapi mamat parit bakar darat yg kena ni karang..
Post a Comment