29 January 2009

Anak Halal Yang Haram Jadah


3 atau 4 hari yg lepas, pada sebelah petang aku hanya berehat2 saja di rumah sambil duduk2 di depan tv mencari2 rancangan di saluran astro yg sesuai dan menarik utk ditonton.. channel demi channel aku tukar, tetiba tengok ada cerita "anak halal". erm, cerita ni macam takde la lama sgt keluar wayang n aku pun tak pernah tau pasal apa cerita nih.. tambahan pulak filem2 malaysia ni mmg aku tak amik 'port' sgt pun.. bukan tak mau bagi sokongan atau peluang pada industri filem tempatan, cuma takut terlalu mengharap dan di akhirnya nanti hanya akan sakit jiwa dan memakan diri.. oleh kerana takde sebarang cerita lain yg menarik pada petang yg bening tu, maka aku gagahkan jua utk mengikuti movie tu walau pun dah dekat separuh jalan tanpa tahu menahu pangkal ceritanya..

salah satu yg menarik perhatian aku utk tgk citer ni adalah barisan pelakon2nya yg aku boleh la considerkan ada nama, dikenali dan memenuhi selera "hero" dan "heroin" muda mudi masa kini.. pelakon atau watak utamanya dibawa oleh farid kamil, maya karin dan artis wanita bersuara kepit lagi menjengkelkan, siapa lagi kalau bukan fasha sendat, eh silap, fasha sandha, hehe.. supporting actor atau actress yg lain adalah zul huzaimy, adi putra, raja farah, bront palarae, remy ishak, fauzi tapi bukan fauziah nawawi, tarmimi siregar dan hero yg semakin dimamah populariti, rosyam noor.

jalan cerita dalam filem ni cukup mudah tapi tak logik.. cerita ni mengisahkan sekumpulan remaja yg membesar di jalanan dan tinggal di kawasan perumahan flat, tetapi penuh dengan kegembiraan.. dalam hidup serba melarat tuh ada jugak la diselitkan kisah percintaan 3 segi antara maya karin, yg dlm diam menyukai farid kamil yg sebaliknya menyintai fasha sandha, yg membawakan watak sebagai gadis liar, bermasalah dan mempunyai konflik kekeluargaan.. biasa la kan cerita2 melayu nih, kalau berlakon jadi anak lord/org2 kaya nih mesti ada masalah sosial, tak paham aku..

mesej yg cuba ditonjolkan dalam filem ni adalah mengenai ikatan persahabatan dgn jalan cerita dlm filem ni byk la memaparkan kisah kesusahan kumpulan remaja ni nak hidup di mana salah seorang daripada mereka terpaksa menyara hidup dgn berniaga burger kat bawah jambatan di mana tempat mereka semua selalu melepak.. tapi dlm masa yg sama byk jugak aktiviti2 bersosial dan bergembira dipaparkan dalam cerita ni yg tak sesuai utk ditonton oleh org2 kampung.. dan ada la satu adegan yg agak selamba dan kurang enak dilihat dlm cerita ni di mana fasha sandha tanpa segan silu membuat aksi mencium pipi farid kamil dlm satu parti yg agak liar yg diadakan.. masalah mula timbul apabila seorang daripada mereka yg berniaga burger tu lakonan adi putra, pinjam duit daripada geng2 jahat yg terdiri daripada zul huzaimy dan konco2nya(fauzi nawawi, riz fairuz kalo tak silap nama dia n jehan miskin) dan gagal utk bayar balik hutang tuh n telah dipaksa utk jual dadah utk diorang.. dlm pada nak menuntut balik hutang tu sekali sekala ada la jugak diselitkan dgn adegan watak2 jahat ni yg dtg buat kacau n huru harakan tempat diorang selalu melepak tuh..
apa yg tak logik dlm filem ni adalah antaranya fokus yg teramat sangat cuma pada sekumpulan sekawan tuh n sekali sekala pada geng2 jahat ni bila diorang ada dtg buat kacau.. kiranya cerita ni cuma byk tertumpu kat area perumahan flat tempat diorang melepak n balik2 berkisar pasal 2 pihak ni je la, dan cukup susah sekali nak tgk ada pembabitan pelakon2 tambahan lain.. tambah tak logik bila part2 diorang bergaduh dan ada melibatkan penggunaan pistol n melepaskan tembakan sesuka hati kat tempat awam, boleh pulak takde polis yg bergegas dtg n kejar diorg ke apa..

fuhhh, aku ni macam nak cerita penuh je pulak, panjang dah nih.. ok la, dipendekkan cerita, pada satu tahap tu fasha sandha sampai terlalu high sebab amik dadah telah terjun bangunan dan mati n adi putra si penjual burger tu pulak mati kena tembak dgn geng2 jahat sebab lambat bayar hutang.. lepas tu si farid kamil pun konon2nya tak boleh tahan la sebab dua org insan yg rapat dgn dia dah mati n terus pergi serbu kat markas org2 jahat nih utk balas dendam.. haaa, apa yg menghairankan bila tiba part ni ramai pulak geng2 farid kamil yg terdiri dpd mat2 rempit dtg sekali utk tolong dia.. boleh pulak dah nak abis citer baru korang keluar, eheh.. last sekali baru la si farid kamil bersemuka dgn kepala kepada geng2 jahat ni lakonan rosyam noor.. kiranya rosyam noor ni god father la, tapi telah akhirnya mati ditembak oleh maya karin semasa dia sdg flashback teringatkan pasal anak dia yg diserahkan kat org lain masa kecik, which happened to be farid kamil.. kah kah, lawak siut..

secara keseluruhannya aku rasakan filem ni tak ada apa pun yg menarik n mcm haram je sebenarnya.. dan aku mmg tak recommend kpd sesiapa yg ada niat utk beli VCD walau pun yg cetak rompak utk tgk filem nih.. tapi apa yg menghairankan aku adalah aku boleh tertengok cerita ni sampai abiss.. bak kata rakan penaku, kush, "terhiburkah aku sebenarnya?". eheh..


adioss..

9 comments:

~tuah.rimbun~ said...

aku tersengih sorg diri bila baca komentor kau den...
anyhow, baguslah komen kau, dpt ku jimatkan masa tak tengok cite tu.. hehehe

wanrulez said...

walaupun komen ko mcm benci giler.....tp filem ni berjaya gak buat ko tgk sampai habis.

SYABAS

kuizikel said...

ko tlh berjaya review citer ni dgn baik.. aku beli dulu pon sbb ada farid kamil jek. ...hhahha

dgn maya karin yg slang mcm indon tapi nak bergaya mcm brad pit n angelina jolie masa potong rambut atas atap tu.. oho.. tak sesuai otey! lakonan ok..tapi slang dia tak sesuai doh..

fasha sanda.. 'awak okey ke?'.. sila sebut ala2 nobita dlm citer doraemon..hehe

patut kena alih suara la citer ni..hehehehe

n tak psl2 rosyam noor, bapak halal dia kena tembak ngan anak halal dia..

anak halal yg buat keje haram?

hahaha..

tapi mcm org kata... lauk ni langsung tak sedap, tapi mulut mengunyah smpai licin pinggan...

tapi citer ni lagi okey dr citer apa tu 11 Februari ke apa tah, fasha sanda ngan pierre andre, yg blakon ber2 jek..hahahahahahah

tapi aku pelik, wpun fasha sanda sore mcm nobita pon, aku ttap layan gak citer dia..heh... mungkin itu tarikan dia..

eh ni dah mcm buat blog sndiri, apa kejadahnyer aku tulis ni :)

Langit Jiwa said...

tuah rimbun: ko nak tgk citer tu boleh, tp kena pejam mata.. n lagi bagus kalau tertido terus..

wanrulez : aku pun tak tau apasal aku leh tak berganjak n terfollow tgk citer nih smpai abiss.. mungkin aku eager nak tau apa ending nya kot..

kuizikel : sungguh tak ku sangka, ada gak org yg dgn niat suci hati n sukarela tgk citer nih..

ooohh.. citer fasha dgn pierre tuh.. tak silap aku tajuk citer tuh 9 september ke apa ntah.. tapi tajuk dia mmg pasal calendar masihi la..

tp gila la kui, pnjg tul kau punye komen, mcm buat post sendiri lak, ehehe.. bagus.. baguss..

lilyzali said...

ko tgk anak halal din?? hehehe.. tak sangka aku..
tapi aku setuju ngan sumer review ko tu esp bab kalo anak org kaya je,jahat.. bukan la tak betul pasai anak kaya jahat tu, tp sumer citer melayu mcm tu.. padahal yang slalu dtg ct ni bukan kaya pun!
Kalo anak org kaya ni kalo tak jahat, dia akan jadi bodoh kene pijak ngn org miskin jahat.. so, kesimpulannya, watak org kaya ada dua je kebanyakkannya:
1) jahat mcm cilaknat tp pandai (pandai menipu makk bapak)
2) baik tapi bangang tahap cipan( kalo pompuan, dia jadi mcm lemah lembik)
Uuuughhh...

Kush said...

HAHAHAHAHAHA.....spot on la review ko din. Aku setuju 100%. Tapi tu la..kita sama2 tgk sampai habis tu....mmg haram! hahahahaha

Langit Jiwa said...

lilyzali : susah jugak jadik anak org kaya ni eh..

kush : citer ni bukan sahaja macam haram, tapi berhantu lagi.. tu yg tak mau berganjak tgk tuh..

tp kau follow sbb minat dgn fasha sendat kan, kan??

Abu Humairah said...

agak2 kalo aku buat ceta
"anak haram yg halal jadah"
ade sape2 nak nengok tak???
hehehehe...

Langit Jiwa said...

ahaaa.. kalau tajuknya anak haram yg halal jadah kompem ceritanya lebih baik..