
Nak...
Suatu saat kamu akan mencari jati diri
Menyelami lautan kehidupan
Menghadapi gelombang hidup
Bak gelombang yang menghentam lautan karang
Nak...
Aku ayah ibumu akan menghantarmu ke pintu kehidupan
Maka ketuklah pintu itu dengan ketukan sabar dan berani
Aku ayah ibumu hanya menitipkan kunci dari jalan kehidupan
Maka kau gunakanlah kunci itu dengan baik
Nak...
Pabila kau terjatuh di ganasnya gelombang hidup
Bangkitlah!
Dengan semangat yang aku tanamkan dalam hatimu
Dalam peredaran darahmu
Jangan kau jatuhkan panji kehidupan
Kerana kamu adalah laskar kehidupan
Dalam peredaran darahmu
Jangan kau jatuhkan panji kehidupan
Kerana kamu adalah laskar kehidupan
Nak...
Pesanku ayah ibumu
Hanya satu yang akan ku bisikkan ke telingamu
Camkan kata-kata itu dengan baik
Dan kau pegang teguh dengannya
Bahawa aku ayah ibumu...
Hanya mewarisimu dengan ilmu kehidupan
Maka berpijaklah di bumi nyata
Usah sekali kau biarkan dirimu hanyut
Dalam arus gelombang hidup...
6 comments:
slamat ulang tahun piyah sayang (nyanyi ala2 imran ajmain).. hehe
smoga membesar bagai johan!!!
happy birthday piyah :). Dengar kata ayah mu itu baik-baik walaupun sebenarnya dia pun selalu hanyut ahahahahahaha......
saya sbg wakil kpd anak saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas ucap selamat tuan2 dan puan2..
oh yer, sebagai menyampaikan pesanan dari empunya diri, piyah, mana hadiahnya? takkan ucapan kosong jer? eheh..
hepi besday piyah!!
lg 5 thn kite g tadika sama2 ek..
nak hadiah?kecik2 takleh dpt hadiah..hehehe
~miyah~
klu ada bday party.. baru la leh dpt hadiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. tak gitu?
erkk.. kena ada besday party dulu ekk..??
Post a Comment