26 July 2010

Tribute Kepada Allahyarham Puan Zainah

Takziah kepada Chiky dan keluarga atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Puan Zainah.

Sejujurnya agak kesal dan terganggu di atas kegagalan aku untuk turut sama berkunjung dan menziarahi keluarga Chiky dan juga arwah pada hari pengkebumiannya lebih kurang 2 minggu yang lalu kerana menghadiri kursus wajib di Port Dickson pada waktu itu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah hadiah al-Fatihah dan doa yang tulus dan ikhlas, semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kepada Chiky dan keluarga, semoga diberikan kesabaran dan kekuatan serta redha dengan ketentuanNya.

Al-Fatihah.

11 June 2010

Signifikasi World Cup Dalam Hidup Saya

Pada ketika aku tulis entry ni, cuma tinggal 5 jam 27 minit 3 saat sebelum opening World Cup.. Err, 2 saat, 1 saat.. Laa, dah jadi tinggal 5 jam 26 minit la pulak.. Cepatnya! Tapi takpe, aku suka.. World Cup weh! The most watched sport on the planet tuh tau! Bukan calang-calang punya tournament.. Berbillion kali ganda hebatnya dari Piala Malaysia, huh! Eh, kenapa banyak sangat guna tanda seru?! Nampak sangat tengah excited gila2 kan.. Yebbaaaa! Yebbaaaa!!

Sepanjang hidup, seingat aku, dah 4 edisi World Cup yang aku ambik tau sejak tahun 1994. Tapi tahun 1994 tu aku baru Form 1, duduk asrama pulak tu. So bilik tv kat asrama tu dah sah2 la kena conquer dgn abang2 senior. Kalau nak curik2 tengok pun time ada replay kat tv je la.

World Cup tahun 1998 aku dah Form 5, aku pulak yang jadik senior. So kepada adik2 yang belum cukup umur sila berambus ye.. Heheh, takde ah, aku senior baik, mana ada buli2 junior ni.. Setakat sekali sekala mintak tolong buat benda yang simple2 macam ironkan baju, basuhkan kasut, amik makanan kat kantin hostel tu biasa la kan. Heheh..

World Cup tahun 1998 memang aku ingat sangat. Oleh sebab nak sangat tengok bola, entah macamana boleh timbul idea aku dengan Chiky pergi seludup tv dari asrama perempuan dan letak kat dorm. Dengan bantuan partner in crime kitorang yang sangat memahami passion lelaki terhadap World Cup, Nud dan Anne, maka kerja2 penyeludupan lebih mudah dan berjalan lancar tatkala penghuni2 asrama lain tengah khusyuk dengar ceramah kat surau sekolah.. Chiky dan Nud sememangnya sebenar2 partner sebab dari partner in crime, sekarang dah jadik laki bini dah. Mereka memang sehati sejiwa. Apa lagi jenayah yang korang pernah buat bersama hah? Hahah.. Lagi yang tak boleh lupa time tu bila warden round buat spot check, kelam kabut sorok tv dalam toilet, letak kat atas mangkuk jamban pulak tuh.. Huhu..

World Cup tahun 2002 aku dah kat universiti. Masa tu World Cup kat Asia, tuan rumah bersama Japan-South Korea. Oleh kerana kedudukan geografi dan faktor garisan zon masa yang tak jauh berbeza, maka game2 bola masa tahun tu sangat tidak menyengkang mata dan kebanyakan game berlangsung waktu lewat petang kat Malaysia.

Satu hari tu ada pulak lecturer gatal nak buat kelas ganti lepas Maghrib. Time Brazil punye game pulak tu. Maka pilihan perlu dibuat sama ada ke kelas dengan hati yang tak ikhlas dan tengok lecturer membebel atau bersenang2 di depan tv tengok Ronaldinho yang beraksi. Tipu la kalau hooligan macam aku pilih pilihan yang pertama. Maka aku pun kirimkan je 'signature' untuk ditiru oleh roommate aku untuk diterjemahkan di atas attendance sheet dalam kelas. Kehadiran dapat, tengok bola pun dapat. Sangat menguntungkan bukan? Ronaldinho sangat hebat dan Brazil menang. Tapi aku yang malang. Entah macam mana nama aku boleh kena panggil lecturer masa dalam kelas yang aku ponteng tu. Tengok attendance bertanda, tapi aku takde dalam kelas. Sangat magic. Minggu depannya aku dengan roommate yang sangat baik hati tolong signkan untuk aku kena panggil dengan lecturer. Akhir semester aku dapat C+ aje untuk subjek lecturer tu. Berbaloi2. Heh!

World Cup tahun 2006 pulak aku baru lagi melangkah ke alam pekerjaan. Tak lama dapat kerja, kena hantar pegi Ipoh. Dah la takde sesapa kat Perak tu. Hidup sebatang kara. Paling tak best tengok World Cup dengan entah sesapa kat kedai makan. Nak bersorak menjerit pun tak terkeluar suara. Takde feel langsung.

Aku tak tau World Cup kali ni apa pulak kenangan dan signifikasinya kepada aku. Okay, sekarang masa untuk tampal jadual besar World Cup kat dinding office. Apa2 pun go Spain and Holland! Ole!!

26 May 2010

Peringatan Buat Anak Aku, Dania

Ada orang kat nursery anak aku yang dah hasut atau ajar benda yang tak baik kat anak no. 2 aku, Dania. Pada hal budak tu tak sampai pun umur setahun lagi, dah diajarnya mintak benda yang pelik2. Aku syak ni mesti kerja pengasuh2 kat nursery anak aku tu. Diorang tak pikir ke, apa2 pun nanti ayah budak ni jugak la yang susah dan pening kepala.

Kepada Dania, ni ayah nak nasihat kat awak tu sikit.

Baik awak bagitau kat ayah, siapa yang ajar awak minum susu mahal2 ni? Memilih pulak sekarang nak minum susu yang harga sampai beratus setin. Ayah bagi awak tempoh sampai hujung bulan ni je. Kalau awak tak nak minum balik susu jenama lama, ayah bagi awak minum susu pekat je nanti, baru awak tau!

07 January 2010

Honesty... Is Still The Best Policy

Kejujuran mengatasi segalanya. chewah chewah.. Pengenalan entry sungguh berbunga2.. Kadangkala kejujuran juga boleh mendatangkan keuntungan. Jadi, tak rugi kalau anda bersikap jujur dan menjadikan kejujuran sebagai panduan hidup.

Ceritanya begini. Masa beli kek harijadi piyah pada krismas lalu, tokey kedai kek tu tersilap pulangkan duit baki yang aku bayar. Keluar dari kedai dan masuk dalam kereta, aku semak balik resit bayaran dengan duit baki yang aku terima, macam ada yang tak kena. Tengok2 baki yang dia bagi lebih.

Mula-mula aku ingatkan nak buat bodoh je. Ala, lebih beberapa ringgit je pun sebenarnya. Kalau aku diamkan je pun takde la sampai boleh melingkupkan kedai kek tu. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak sedap hati. Karang baik-baik aku beli kek dengan duit halal tiba-tiba jatuh kategori haram pulak. Bab-bab benda jadik darah daging ni aku tak berani nak ambik ringan. Aku tak mau hati jadik gelap weh. Lagi pun bukan boleh jadi kaya dengan songlap duit yang tak seberapa tuh.

Last-last aku masuk balik kedai kek tu. Aku tanya kat tokey kedai tu, ada diskaun ke kek yang aku beli tu. Kena tanya dulu, mana la tau sebenarnya ada diskaun, aku pulak yang macam bagus nanti. Dia kata untuk kek yang aku beli tu takde diskaun, tapi kalau untuk kek besar gedabak yang diorang buat sempena Krismas ada la diskaun. Apa jadah aku nak beli kek krismas, bukan aku sambut pun! Aku pun bagitau la, dia salah bagi duit baki kat aku, ada lebih. Aku tunjuk resit bayaran dan duit baki kat dia.

Memang betul. Tokey kedai tu kata dia dah tersilap tulis dalam resit dan bagi duit baki. Time aku nak keluar dari kedai tu, dia panggil aku balik. Dia kata susah nak jumpa customer macam ni. Dia pun suruh aku ambik apa-apa roti ban dalam kedai dia yang aku suka. Aku cakap takpe la, lagi pun karang dia rugi pulak bagi aku free2 macam tu jer. Lagi pun macam tak berbaloi-baloi je nak bagi aku ban free untuk nilai duit tak seberapa yang aku pulangkan. Tapi seboleh-boleh dia suruh aku ambik gak apa-apa ban kat kedai dia. Aku pun ambik satu. Dia kata tolong la, ambik lagi, ambik lagi. Sampai tiga bungkus ban aku ambik dia dah tak suruh ambik lagi. Aku ingat nak bagi licin terus semua kek dengan ban-ban kat kedai dia tu. Nasib baik la dia dah tak offer lagi.

Masuk balik kereta, hati aku senang.

Kejadian tu mengingatkan aku betapa takde ruginya kalau kita bersikap jujur atau bercakap benar. Kadang-kadang kita berpendapat dengan mengabaikan sedikit kejujuran, ianya tak akan menjejaskan atau memburukkan sesuatu perkara sekali pun. Tapi bagi orang lain, walau pun hanya sedikit kejujuran, ianya membawa erti yang sangat besar buat mereka dan reflects tanggapan orang tentang kamu.


p/s : Tapi kalau tipu-tipu sunat, itu cerita lain. Heheh..