28 July 2009

Aktiviti Hujung Minggu

AQUARIA KLCC
26 Julai 2009
___________________________________________________________

Aku malas la nak pikir2 ayat nak tulis. Tepek gambar je dah la..

21 July 2009

Kisah Benar

Lama gila aku tak update blog. Kerja banyak la sekarang ni. Oleh kerana banyak kerja, so aku malas nak intro panjang2. Terus kepada intipati cerita kepada kisah benar ini. Sila fokus dan berikan sepenuh tumpuan kerana kisah ini juga boleh terjadi kepada anda. Oh ye, sila buat2 suspense sekali.

Dalam perjalanan pulang ke rumah pada petang Jumaat minggu lalu aku kehabisan bekalan bahan api, maka aku singgah ke sebuah stesen minyak Petronas di kawasan Seri Kembangan. Selesai urusan, tiba2 aku rasa macam nak terkucil la pulak. Maka aku menuju ke sisi bangunan stesen minyak tersebut untuk ke tandas.

Semasa melangkah masuk ke dalam tandas tersebut, tiba2 aku terdengar bunyi hon. Aku berundur semula dan berdiri di muka pintu tandas tersebut. Aku perhatikan sebuah kereta Avanza diletakkan tidak jauh dari tandas tersebut dan aku segera camkan pemandunya - seorang lelaki dalam usia sekitar 40-an dan di sebelahnya seorang perempuan dalam sekitar usia yang sama. Isteri lelaki tersebut barangkali. Kedua-duanya aku tak kenali. Mereka seolah-olah sedang memerhatikan ke arah aku tanpa sebarang reaksi. Aku perhatikan sekeliling, mungkin mereka hon kepada orang lain atau barangkali kereta lain yang bunyikan hon. Aku masuk semula ke tandas untuk menyempurnakan hajat aku yang terbantut tadi.

Ketika sedang 'berurusan' di dalam tandas tersebut, tiba2 aku terdengar suara perempuan dewasa bersama seorang anak kecil perempuan yang aku tak dapat nak pastikan lingkungan usia kedua-duanya melangkah masuk ke dalam tandas tersebut. "Ha, cepat bukak seluar, bukak spender", terdengar suara perempuan dewasa memberi arahan kepada anak kecil tersebut. Boleh jadi anak perempuan kecil itu adalah anaknya, aku menduga. Seketika kemudian kedengaran jelas bunyi air melimpahi lubang tandas sebelah diikuti dengan paip air dibuka dan flush ditarik. Hanya sekeping partition nipis berketinggian rendah memisahkan kedudukan kami. Aku cemas dan berasa serba salah sama ada mahu keluar atau tidak. Aku bimbang kalau tiba2 aku keluar nanti mereka terperanjat dan menjerit pulak. Tak pasal2 aku dituduh skodeng dia orang pulak, wal hal aku yang masuk tandas dulu daripada mereka. Aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri sehingga mereka selesai dan keluar. Aku tarik dan hembus nafas pun slow2 je.

"Ha, cuci bersih2... bontot..", satu persatu arahan daripada perempuan dewasa tersebut. "Pakai balik spender.. seluar..", sambungnya. "Mak, nak tisu", ujar budak perempuan kecil tadi. Haish, banyak pulak songehnya budak ni. Aku semakin tension kerana terpaksa menunggu lebih lama. "Mana ada tisu kat sini. Dah, pergi basuh tangan, pakai sabun. Cepat, cepat". Bunyi paip air sinki dibuka, tak lama kemudian ditutup semula dan terdengar mereka melangkah keluar.

Aku lega. Aku memujuk diri supaya tenang untuk beberapa saat. Lagi pun aku nak pastikan dua beranak tadi benar2 telah pergi jauh dan kalau aku keluar, mereka tak akan perasan dan tahu kehadiran aku di dalam tandas tersebut. Aku menghela nafas panjang2 dan lekas2 melangkah keluar.

Di muka pintu tandas tersebut aku lihat simbol perempuan memakai skirt. Kereta Avanza tadi juga sudah tidak kelihatan. Patut la kereta tadi hon kat aku, rupa2nya aku masuk tandas perempuan. Patut pun dalam tandas tadi ada tong untuk buang tuala wanita. Cess!

08 July 2009

Dari Ubun-Ubun Ke Jempol


Abah aku selalu berpesan, dalam usaha melentur dan membentuk keperibadian anak, rajin-rajinlah membaca surah al-Fatihah serta selawat, dan ditiupkan ke ubun-ubun kepala anak sewaktu dia tidur. Mudah-mudahan anak kelak akan lembut hati dan mendengar kata ibu bapa. Agaknya masa aku kecik dulu mak abah aku pun selalu amalkan macam tu kat aku kot, tu yang sekarang ni aku jadi anak yang patuh dan taat pada cakap orang tua, heheh..

Tetapi masalahnya nasihat tu susah aku nak applykan kat Piyah, sebab setiap kali budak bertuah tu tidur sebelah aku, kaki dia yang menghala ke muka aku! Chett!

06 July 2009

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Dalam Mahkamah


Aku paling meluat kalau dalam mahkamah ada dengar bunyi telefon. Rasa macam nak rejam je orang tu pakai handphone aku sebagai pengajaran.
.
Aku rasa semua orang boleh tahu, sebelum masuk mahkamah kena silentkan atau offkan handphone. Kalau susah sangat, cabut je terus bateri handphone tuh, karang keluar pasang la balik. Pada hal ada je sebesar2 papan tanda peringatan suruh matikan handphone sebelum masuk court. Haih, susah sangat ke nak paham? Ke tak reti baca?
.
Satu hari tu telinga aku berdesing lagi sebab terdengar lagi handphone berbunyi dalam mahkamah. Sebab dah banyak kali berlaku, kali ni aku dah tak bole nak tolerate lagi dah. "Check siapa punye handphone tuh.. Lepas tu rampas!", aku bagi arahan pada polis mahkamah dengan muka terganggu dan kerek yang dibuat-buat. Lagi pun teringin jugak sekali sekala nak sakat orang.
.
Semua orang dalam mahkamah mula gabra meraba-raba poket seluar dan beg tangan masing-masing, sementara polis tadi melilau-lilau tanpa arah cari dari mana bunyi handphone tu datang. Di kalangan ramai-ramai tu takde sorang pun yang bawak keluar handphone. Ooo, tak nak mengaku, nak sorok la tuh!
.
Makin lama bunyi handphone tadi kedengaran makin kuat dan jelas, macam dekat je dengan aku. Aku seluk handphone dalam poket seluar, keluarkan.. A'ah la, handphone akuuu.. "Err, takpe, takpe, saya punya", aku beritahu pada polis mahkamah tadi, dengan muka yang sangat-sangat berhemah dan paling manis menggula yang penah aku pamerkan dalam seumur hidup, dengan suara yang cukup sopan santun, tapi perlahan, dan dengan harapan tak semua orang dalam court akan dengar.
.
"Haishh, orang ni pun satu, time2 office hour macam ni tak tahu ke orang tengah sibuk, nak kerja, bla, bla, bla...", kali ni aku membebel kuat-kuat salahkan caller yang aku pun tak sempat nak tengok sebab aku cancelkan terus panggilan tu tadi, sambil dalam hati menyumpah seranah dan maki hamun orang yang call aku tu. Cisss, macam mana la aku boleh terlupa nak silentkan handphone sebelum masuk mahkamah tadi!
.