Lama gila aku tak update blog. Kerja banyak la sekarang ni. Oleh kerana banyak kerja, so aku malas nak intro panjang2. Terus kepada intipati cerita kepada kisah benar ini. Sila fokus dan berikan sepenuh tumpuan kerana kisah ini juga boleh terjadi kepada anda. Oh ye, sila buat2 suspense sekali.
Dalam perjalanan pulang ke rumah pada petang Jumaat minggu lalu aku kehabisan bekalan bahan api, maka aku singgah ke sebuah stesen minyak Petronas di kawasan Seri Kembangan. Selesai urusan, tiba2 aku rasa macam nak terkucil la pulak. Maka aku menuju ke sisi bangunan stesen minyak tersebut untuk ke tandas.
Semasa melangkah masuk ke dalam tandas tersebut, tiba2 aku terdengar bunyi hon. Aku berundur semula dan berdiri di muka pintu tandas tersebut. Aku perhatikan sebuah kereta Avanza diletakkan tidak jauh dari tandas tersebut dan aku segera camkan pemandunya - seorang lelaki dalam usia sekitar 40-an dan di sebelahnya seorang perempuan dalam sekitar usia yang sama. Isteri lelaki tersebut barangkali. Kedua-duanya aku tak kenali. Mereka seolah-olah sedang memerhatikan ke arah aku tanpa sebarang reaksi. Aku perhatikan sekeliling, mungkin mereka hon kepada orang lain atau barangkali kereta lain yang bunyikan hon. Aku masuk semula ke tandas untuk menyempurnakan hajat aku yang terbantut tadi.
Ketika sedang 'berurusan' di dalam tandas tersebut, tiba2 aku terdengar suara perempuan dewasa bersama seorang anak kecil perempuan yang aku tak dapat nak pastikan lingkungan usia kedua-duanya melangkah masuk ke dalam tandas tersebut. "Ha, cepat bukak seluar, bukak spender", terdengar suara perempuan dewasa memberi arahan kepada anak kecil tersebut. Boleh jadi anak perempuan kecil itu adalah anaknya, aku menduga. Seketika kemudian kedengaran jelas bunyi air melimpahi lubang tandas sebelah diikuti dengan paip air dibuka dan flush ditarik. Hanya sekeping partition nipis berketinggian rendah memisahkan kedudukan kami. Aku cemas dan berasa serba salah sama ada mahu keluar atau tidak. Aku bimbang kalau tiba2 aku keluar nanti mereka terperanjat dan menjerit pulak. Tak pasal2 aku dituduh skodeng dia orang pulak, wal hal aku yang masuk tandas dulu daripada mereka. Aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri sehingga mereka selesai dan keluar. Aku tarik dan hembus nafas pun slow2 je.
"Ha, cuci bersih2... bontot..", satu persatu arahan daripada perempuan dewasa tersebut. "Pakai balik spender.. seluar..", sambungnya. "Mak, nak tisu", ujar budak perempuan kecil tadi. Haish, banyak pulak songehnya budak ni. Aku semakin tension kerana terpaksa menunggu lebih lama. "Mana ada tisu kat sini. Dah, pergi basuh tangan, pakai sabun. Cepat, cepat". Bunyi paip air sinki dibuka, tak lama kemudian ditutup semula dan terdengar mereka melangkah keluar.
Aku lega. Aku memujuk diri supaya tenang untuk beberapa saat. Lagi pun aku nak pastikan dua beranak tadi benar2 telah pergi jauh dan kalau aku keluar, mereka tak akan perasan dan tahu kehadiran aku di dalam tandas tersebut. Aku menghela nafas panjang2 dan lekas2 melangkah keluar.
Di muka pintu tandas tersebut aku lihat simbol perempuan memakai skirt. Kereta Avanza tadi juga sudah tidak kelihatan. Patut la kereta tadi hon kat aku, rupa2nya aku masuk tandas perempuan. Patut pun dalam tandas tadi ada tong untuk buang tuala wanita. Cess!
9 comments:
rasanya kalu lelaki salah masuk toilet pompuan, masih selamat lagik, tapi kalu pompuan tersilap masuk toilet lelaki, peratusan untuk selamat mungkin tipis! hehehe
yg tak penah silap toilet!
ko ni din....kot yer pun tgklah dulu.
kang x pasal ko kena cekup.
hahahhaha
setakat kena cekup dek suami pompuan tu takpe lagi, cuba bygkan kalu kena cekup polis n then kena reman 7 hari eiii ngeri beb! hehehe
haha...ada je sengal ko ni Din...dah tak tahan sangat la tu
mama nabihah : hehe, ni tersilap masuk n betul2 tak disengajakan la, bukan ada niat tak baik pun..
kpd pihak berkuasa, sila faham dan terima penjelasan saya ni, heheh..
wan rulez : nak cepat, mana sempat nak toleh2 lagi dah, krg 'terabur' pulak belum sempat masuk toilet.
nurman : haha, nature call ni semua di luar jangkaan. mana leh nak rancang2.
kisah benar ko ni slalu nampak macam tipu.. tapi benar la aku rasa kali ni. hehe. sia-sia jek klu kena reman 7 hari.. haha
sengal
dulu mmg tandas laki2,baru tukar tu dent....
hehehe...
kuizikel : weh, kisah benar aku mmg benar2 benar, mana ada tipu2.
anonymous : kalau sengal2 badan pegi la berurut, heheh..
abu humairah : tak tau la ciki kalau dah tukar. lepas ni aku ingat masuk tandas OKU je la senang, universal utk sebarang jantina, heheh..
Post a Comment