02 November 2011

How Important Is Pre-School Education To Your Children?

(Tajuk entry tak boleh blah)

Sebenarnya aku tengah mempertimbangkan bentuk pendidikan awal yang macamana nak diserapkan pada Piyah yang bakal menjangkau umur 5 tahun pada tahun hadapan. Baru-baru ni ada pergi ke satu tadika berdekatan dengan rumah yang buat opening day untuk new registration. Nampak macam okay. Syllabusnya pun nampak takde la heavy sangat. Basically belajar kenal huruf rumi, jawi dan nombor, main, nyanyi-nyanyi (wajib ada) dan makan. Lepas tu ada la diselitkan dengan pertuturan, adab dan perkara2 asas dalam kehidupan seharian. Alah, syllabus tadika, sebenarnya mana-mana tadika pun lebih kurang sama jugak. Soal yang lebih penting sejauh mana budak-budak mampu menyerap pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan dan macamana budak-budak bakal membentuk character masing-masing apabila berada dalam kelompok sosial. Soal faktor genetik, method penyampaian dan pengaruh serta persekitaran pembelajaran, semua ada kaitannya, tapi itu cerita lain.

Cuma yang buat aku agak surprise tadika sekarang ada yang siap ajar budak-budak operate computer dan main games berbentuk interaktif kat PC. Sebenarnya bagus jugak. Selari dengan fitrah budak-budak yang bersifat exploratory. Lagi pun nanti bila Piyah besar sikit boleh la aku suruh dia tolong taip profile kat rumah.

Seingat aku, aku didedahkan dengan dunia komputer pun hanya selepas habis sekolah menengah. Tu pun menaip macam budak kecik baru nak kenal huruf. Zaman selipar Jepun popular dulu-dulu mana ada cyber cafe. Untuk tujuan penulisan, typewriter dah macam ciptaan manusia paling agung waktu tu. Sekarang dah zaman kasut Crocs. Typewriter pun dah takde jual agaknya. Betapa zaman kini dah berubah.

Aku tak tahu kenapa bapak aku tak even hantar aku langsung ke tadika masa umur aku 5 - 6 tahun. Bila tengok anak-anak jiran sebaya siap-siap nak pergi tadika pagi-pagi, hati aku memang meronta-ronta nak masuk tadika sama. Masa tu jeles betul bila dapat tau kat tadika ada main tanah liat dan dalam sehari dapat banyak kali makan.

Sampai sekarang, selepas lebih kurang 24 - 25 tahun, bapak aku masih lagi tak berterus terang dan bagitau dengan aku kenapa dia tak masukkan aku tadika. Untuk pujuk diri sendiri dan bersangka baik, pertamanya, aku rasa mungkin bapak aku melihat pengisian pembelajaran di tadika pada waktu tu sesuatu yang boleh diajar di rumah dan aku takkan tertinggal jauh kalau pun aku tak masuk tadika menjelang masuk ke alam persekolahan sebenar. Keduanya, aku rasa mungkin bapak aku tak nak aku cepat bosan mengadap buku bila dah mula betul-betul masuk sekolah nanti. Anggapan aku tu mungkin ada kebenarannya sebab mak kata aku punya passion bila masuk sekolah memang lain macam. Balik je dari sekolah dan belum pun sempat bukak kasut sekolah aku dah meniarap depan pintu rumah, terus bukak beg dan buat homework. Entah lah, aku pun ingat-ingat lupa dengan cerita mak tu. Tapi kalau betul pun malangnya itu dulu.

Apa pun zaman dah berubah.

Keperluan kepada pendedahan dan penerimaan pendidikan awal dulu dan sekarang dah jauh berbeza. Sistem dan pengisian pendidikan sekarang dah banyak berubah (walau pun tak dinafikan masih lagi exam-oriented). Aras pencapaian dan kecemerlangan pendidikan semakin meningkat. Keterbukaan minda mak bapak kepada pendidikan sudah semakin luas. Peluang mendapat pendidikan sudah semakin terbuka. Dalam masa yang sama saingan mendapat pendidikan jugak semakin kompetitif.

So, how important is pre-school education to your children?


At present, it is verily.

6 comments:

Zulie said...

pada aku sangat penting....tapi kan...anak aku baru setahun masukkan taska dia dah mula bosan la...adik dia tak pulak..mungkin masing2 la kot...seronok bila balik dia cerita semua apa yg dia buat kat sekolah dan baru aku sedar yang aku jarang dapat gunakan masa semaksima mungkin untuk anak sendiri....sedih:(

Unknown said...

sdg mencari2 jugak tadika bersesuaian dgn nabihah... thn dpn dah 4thn... nak hantar lil caliph, genius aulad, melayang2 RM ayah dia nampaknya.... so, kita carik yg murah tapi pengisian mantooppp...

masuk pasti la jwbnya...

Anonymous said...

Ish2, dari kecik tangkap gambar pejam mata!

Abu Humairah said...

penting, tapi jgn push sgt kalo kite nengok pencapaian tak sebagus anak2 orang lain..

tahap penerimaan setiap bdk tu tak sama..masalahnye mak bapak zaman iphone/blackberry ni pun tak mau kalah..at last anak2 yg jdk mangsa kalau tidak 'up to expectation'.

sekurang2nya diorg belajar bergaul & kenal huruf..
sekarang ni bdk2 darjah satu pun dah kene g tuition, scary betul!!

Abu Humairah said...

nota tambahan:

gambar2 hiasan sangat klasik, especially no.1..
terbaik....

Langit Jiwa said...

zhafris : dah nama pun bekerja, mana nak dpt spend masa kat anak2 sepanjang masa kan. takpe, yg penting bila luangkan masa dgn anak make sure masa yg berkualiti.
eh, apasal aku asik takleh nak komen kat blog kau eh?

sykinstories : wow, nak hantar pre-school yg mantap2 mmg yuran pun kena mantap la.
erm, blog sykinstories pun saya ada masalah bila nak komen. tak tau kenapa.

nurhanayahya : nak buat macamana, i kan pemalu orangnya. :)

abu humairah : aku setuju. budak2 tadika dah ada exam. kesian, kecik2 lagi dah stress.
by the way get well soon chiky!