Dah lama aku tak update blog secara serius. Mesti terseksa batin orang tengok blog ni tak berupdate2.. Kah kah.. Sekarang ni aku dah malas dah nak tulis entry meleret2. Kerja lain pun banyak lagi nak buat. Oleh sebab itu aku akan ikut style Che Det tulis blog, bagi point2 je. Lagi pun baru la nampak intellectual sikit. ;)
Tak payah nak berpantun-pantun sampai 20 sebab, aku bagi cukup setakat 5 Sebab Kenapa Aku Dah Lama Tak Update Blog.
1. Sibuk jaga anak dan menguruskan hal rumahtangga. Ha, nampak tak, point itu sendiri dah kuat dan menampakkan betapa mithalinya aku sehingga takde masa nak update blog. Tak perlu nak elaborate2 lagi dah. (Gaya cakap macam dah anak 7 je, teheeee..).
Bukti aku sibuk jaga anak.
2. Populariti mendadak Facebook, Twitter dan laman-laman yang sealiran dengannya telah menjadikan penulis-penulis blog yang takde kekuatan pengikut sendiri (macam blog aku) patah hati. Mana taknya, hari ni gigih post entry baru, esok lusa belum tentu lagi orang nak baca, apatah lagi nak tinggalkan komen. Dan tak ramai pun yang sebenarnya tau kau ada letak entry baru. Tengok macam Facebook, letak je apa status pun, akan ada je orang komen. Tak cukup ramah dgn komen, siap like2 lagi. So, untuk meraih perhatian pembaca aku rasa mungkin dah tiba masanya aku ubah approach ke atas content dalam blog dengan cerita-cerita yang lebih sensasi dan menarik perhatian. Contohnya macam cerita Tiz Zaqyah berpakaian seksi, barangkali? Errr...
Hah, siapa kata Tiz Zaqyah cuma pandai pakai seksi2 je?! Cakap, cakap!!
3. Sebenarnya, dalam kebanyakan masa aku memang takde idea/material pun nak ditulis dalam blog. Bab ni aku terpaksa akui yang aku bukan jenis orang yang terang hati. So aku memang agak salute la kat orang yang konsisten update blog ni.
Kadang-kadang tu dah ada idea dah nak tulis pasal satu2 topik tu, tapi oleh sebab takde masa free, maka idea tu terpaksa diletak tepi dulu. Tapi selepas beberapa ketika bila masa tu dah ada, aku rasa macam topik yang nak ditulis tu dah tak best. Ye la, makan sayur yang dah lama simpan dalam fridge dengan sayur yang baru dibawak turun dari Cameron Highlands mana nak sama rasa freshnya ye tak? Hahah, apa punya analogy la ni.
4. Honestly, aku agak bimbang dengan impak kehadiran silent reader. Betul lah, baik tak payah buat blog kalau tak nak bagi orang baca. Atau kau private kan blog kau dan invite orang2 tertentu je untuk access blog kau. Masalahnya bukan tak nak bagi orang baca. After all macam la blog kau best pun. Tapi silent reader ni selalu buat aku terkejut. Antara conversations yang pernah berlaku, "Eh, bini aku gelak besar bila baca blog kau", "Selalu-selalu lah update blog ye", "Eh, LangitJiwa takde entry baru ke?", "Bila nak update blog?", "Perghh, orang tu ada blog rupanya" dan macam-macam lagi lah. Walau pun tak sehebat blog Abang Nara, rupa-rupanya ramai jugak yang baca blog aku dalam diam. Aku bukan tak suka orang baca blog aku. Aku tak suka terkejut!
5. Malas, malas dan malas. Malas tak memerlukan explanation.
5. Malas, malas dan malas. Malas tak memerlukan explanation.
8 comments:
Meh emel ko since aku dh privatekan blog aku.. Hehehe.. Sbb takutkab silent reader, aku peribadikan blog tu.. Tp serius, ko mmg pandai menulis.. Ada bakat menulis.. Teruskan! Dania ke kakak yg panjat tu? Mmg aku kagum! Hahaha
semua tu alasan kann...anak ko sebijik cam anak aku panjat grill sampai kat atas...pompuan tuu
Tiz Zaqyah? Takmo kalah tuh!
hebat anak ko din..
jgn ko pasang grill elektrik sudah..hehehe
Husni : Tq.. Emel aku mahyudinms@gmail.com. Jgn lupa invite tau..
Nurman : Tu lah, zaman skrg anak pempuan dgn anak lelaki sama je.
NurhanaYahya : Eh, mesti lah! Hahah..
Abu Humairah : Haih, pasang grill elektrik dgn aku2 sekali tergezut.
Eh Chiky, apasal aku takleh nak post komen kat blog kau eh skrg?
aku pun dah private nanti aku invite ko ek...aku private sebab bos aku pun dah sibuk membaca...menyampah!,,,macam dah takde privasi..busy body....menyampah tau kalau ada orang macam ni..sibuk baca blog orang kutuk2 kat belakang akhirnya sampai kat telinga kita...banyak sangat masa cakapa pasal orang baik ko bukak blog sendiri...ada aku kesah...menyampah one more time....
Zulie : Hahah! Anyway thanks for inviting.. :)
din : dah invite dah.. rajin2kan menulis..you have potential! (ini mesti sbb dah biasa buat ground ek) :)
Post a Comment