07 January 2010

Honesty... Is Still The Best Policy

Kejujuran mengatasi segalanya. chewah chewah.. Pengenalan entry sungguh berbunga2.. Kadangkala kejujuran juga boleh mendatangkan keuntungan. Jadi, tak rugi kalau anda bersikap jujur dan menjadikan kejujuran sebagai panduan hidup.

Ceritanya begini. Masa beli kek harijadi piyah pada krismas lalu, tokey kedai kek tu tersilap pulangkan duit baki yang aku bayar. Keluar dari kedai dan masuk dalam kereta, aku semak balik resit bayaran dengan duit baki yang aku terima, macam ada yang tak kena. Tengok2 baki yang dia bagi lebih.

Mula-mula aku ingatkan nak buat bodoh je. Ala, lebih beberapa ringgit je pun sebenarnya. Kalau aku diamkan je pun takde la sampai boleh melingkupkan kedai kek tu. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak sedap hati. Karang baik-baik aku beli kek dengan duit halal tiba-tiba jatuh kategori haram pulak. Bab-bab benda jadik darah daging ni aku tak berani nak ambik ringan. Aku tak mau hati jadik gelap weh. Lagi pun bukan boleh jadi kaya dengan songlap duit yang tak seberapa tuh.

Last-last aku masuk balik kedai kek tu. Aku tanya kat tokey kedai tu, ada diskaun ke kek yang aku beli tu. Kena tanya dulu, mana la tau sebenarnya ada diskaun, aku pulak yang macam bagus nanti. Dia kata untuk kek yang aku beli tu takde diskaun, tapi kalau untuk kek besar gedabak yang diorang buat sempena Krismas ada la diskaun. Apa jadah aku nak beli kek krismas, bukan aku sambut pun! Aku pun bagitau la, dia salah bagi duit baki kat aku, ada lebih. Aku tunjuk resit bayaran dan duit baki kat dia.

Memang betul. Tokey kedai tu kata dia dah tersilap tulis dalam resit dan bagi duit baki. Time aku nak keluar dari kedai tu, dia panggil aku balik. Dia kata susah nak jumpa customer macam ni. Dia pun suruh aku ambik apa-apa roti ban dalam kedai dia yang aku suka. Aku cakap takpe la, lagi pun karang dia rugi pulak bagi aku free2 macam tu jer. Lagi pun macam tak berbaloi-baloi je nak bagi aku ban free untuk nilai duit tak seberapa yang aku pulangkan. Tapi seboleh-boleh dia suruh aku ambik gak apa-apa ban kat kedai dia. Aku pun ambik satu. Dia kata tolong la, ambik lagi, ambik lagi. Sampai tiga bungkus ban aku ambik dia dah tak suruh ambik lagi. Aku ingat nak bagi licin terus semua kek dengan ban-ban kat kedai dia tu. Nasib baik la dia dah tak offer lagi.

Masuk balik kereta, hati aku senang.

Kejadian tu mengingatkan aku betapa takde ruginya kalau kita bersikap jujur atau bercakap benar. Kadang-kadang kita berpendapat dengan mengabaikan sedikit kejujuran, ianya tak akan menjejaskan atau memburukkan sesuatu perkara sekali pun. Tapi bagi orang lain, walau pun hanya sedikit kejujuran, ianya membawa erti yang sangat besar buat mereka dan reflects tanggapan orang tentang kamu.


p/s : Tapi kalau tipu-tipu sunat, itu cerita lain. Heheh..

7 comments:

Anonymous said...

Tahniah Din...u symbolize a true Muslim.

n|n| said...

tabik r...berbaloi-baloi dengan kejujuran itu.

yu @ nurnie said...

inilah contoh terbaik!
amalan murni nie patut ada dalam setiap Muslim kerana ia melambangkan agama kita!
Tahniah... beruntung piyah dan dania dapat ayah bernama Mahyudin ni... hehehhe... semoga menurun perangai yang baik ini..

~tuah.rimbun~ said...

jgn tipu2 dlm mahkamah, nt kene tangkap! haha

Langit Jiwa said...

nurman : uiks, over stated kenyataan kau nih.. aku hanya insan biasa..

miss kay J : mudah2an akan terus bersikap jujur..

yu @ nurnie : anak soleh / solehah sentiasa menjadi harapan semua mak bapak.. insyaallah..

tuah.rimbun : kalau menipu dalam mahkamah kena penjara, heheh..

lilyzali said...

terharu aku baca entry ni din.. bangga aku ada kawan cam ko... walopun dah keje POJ, tetap tak berubah(tak relevan, i know!hehe) syabas my fren...
erk.. ban sampai 3 bungkus tu simpan elok2, nnti piyah amik lai, ko majuk g batu bertangkup plak.. ;p

wanrulez said...

perh...bagus betullah