03 April 2012
SMS
"Assalamualaikum ustaz. Saya dan AJK Masjid XXX menjemput Ustaz untuk menyampaikan kuliah Maghrib pada hari selasa mlm rabu minggu pertama dan kedua setiap bulan. Itu pun kalau ustaz ada kelapangan. T. kasih. Drp XX XXX."
Tak dapat dipastikan siapa pengirim SMS ni.
Mulanya terfikir jugak nak jawab, "Ya, Insyaallah saya berkelapangan", (setiap janji yang kita buat kena la ada Insyaallah), tapi bila difikir-fikirkan balik dengan pendidikan sekolah agama petang yang tak habis, aku biarkan je SMS tu tanpa berbalas.
Lama jugak aku abaikan je SMS tu, sehinggalah pada satu ketika aku terbaca balik SMS tu.
"Saya rasa encik ada tersalah hantar SMS ke nombor saya minggu lepas berkenaan jemputan untuk sampaikan kuliah Maghrib di Masjid XXX. Maaf kerana saya bukan ustaz yang encik maksudkan."
Rasa bersalah pulak nak menafikan hak pengirim SMS, AJK dan ahli qariah Masjid XXX daripada peluang mendapatkan ilmu. Setidak-tidaknya kalau pengirim SMS tahu aku bukanlah orang yang dimaksudkan, boleh jugak dia ikhtiar dapatkan kepastian daripada ustaz yang sebenar.
"Maaf. Tapi ini bukan Ustaz Mahyudin ke?"
"Bukan. Ini siapa?"
"Maaf tuan, saya tersalah hantar sbb nama ustaz tu sama dgn nama tuan. - XX"
Oh, SMS daripada kenalan sekerja lama rupanya.
'Ustaz Mahyudin' - not bad jugak bunyiknya kan. Hahah..
*****
"Mak tgok tv al hijrh pgi ni. Akhir zmn nti ada binatag yg kluar dr bumi yg leh berckp. Binatang tu akn pkul org kfur dgn tonktnya dan org soleh akn diusap mkanya. Wktu tu pintu tubat dah trtutp. Wjib pcya krn ayat ni ada dlm quran n hadis nbi. Subhanallah."
Pelik. Atikah tak pernah hantar SMS yang menginsafkan macam ni kat aku sebelum ni.
Satu je kesimpulan mudah yang aku boleh buat. Itu hint nak suruh balik sebab aku dah lama tak balik kampung la tu. Rindu kat I lettew. Hahah..
I miss u too. :)
02 November 2011
How Important Is Pre-School Education To Your Children?
Cuma yang buat aku agak surprise tadika sekarang ada yang siap ajar budak-budak operate computer dan main games berbentuk interaktif kat PC. Sebenarnya bagus jugak. Selari dengan fitrah budak-budak yang bersifat exploratory. Lagi pun nanti bila Piyah besar sikit boleh la aku suruh dia tolong taip profile kat rumah.
Sampai sekarang, selepas lebih kurang 24 - 25 tahun, bapak aku masih lagi tak berterus terang dan bagitau dengan aku kenapa dia tak masukkan aku tadika. Untuk pujuk diri sendiri dan bersangka baik, pertamanya, aku rasa mungkin bapak aku melihat pengisian pembelajaran di tadika pada waktu tu sesuatu yang boleh diajar di rumah dan aku takkan tertinggal jauh kalau pun aku tak masuk tadika menjelang masuk ke alam persekolahan sebenar. Keduanya, aku rasa mungkin bapak aku tak nak aku cepat bosan mengadap buku bila dah mula betul-betul masuk sekolah nanti. Anggapan aku tu mungkin ada kebenarannya sebab mak kata aku punya passion bila masuk sekolah memang lain macam. Balik je dari sekolah dan belum pun sempat bukak kasut sekolah aku dah meniarap depan pintu rumah, terus bukak beg dan buat homework. Entah lah, aku pun ingat-ingat lupa dengan cerita mak tu. Tapi kalau betul pun malangnya itu dulu. 23 September 2011
20 Sebab Kenapa Aku Lama Tak Update Blog
Bukti aku sibuk jaga anak.
Hah, siapa kata Tiz Zaqyah cuma pandai pakai seksi2 je?! Cakap, cakap!!5. Malas, malas dan malas. Malas tak memerlukan explanation.
11 August 2011
Pra Kemunculan Semula
Nama Penuh : Nurul Raisya Dania
Nickname (Rumah) : Chi Chi
Nickname (Sekolah) : Uyun (Nurul). Exclusivity nama Dania dah diberikan kepada budak lain yang daftar masuk sekolah dulu.
Tarikh Lahir : 10 Ogos 2009
Status : Single
Makanan Kegemaran : Bubur kacang merah, Corntoz , Twisties 'anda mesti mau' dan makanan2 yang mengandungi monosodium glutamate.
Air Kegemaran : Vitagen
Hobi / Aktiviti Kegemaran : Wall climbing, mural painting, driving, switching on and off kotak suis, korek pasir.
Sukan kegemaran : Semua jenis sukan extreme dan lasak.
Iklan Komersial Kegemaran : Sharp (Plasma Cluster), Nippon Paint
Rancangan / Channel TV Kegemaran : Tom and Jerry, BabyTV
Lagu2 Kegemaran : Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga, Burung Kakak Tua, Alif Ba Ta, Kalau Anda Gembira, Tak Mungkin Kerna Sayang (Aliya), SurgaMu (Ungu), Baby (Justin Bieber).
Happy Birthday Chi Chi! Luv u!
