Maka pada lewat petang semalam wife aku menghubungi talian customer service untuk penukaran pakej2 tersebut dan dimaklumkan bahawa pakej baru akan 'tiba' pada bila2 masa dalam tempoh 24 jam. Oleh kerana teruja, aku dan piyah sudah tidak ada kerja lain untuk dibuat selain daripada duduk di depan tv sambil2 menukar saluran astro hampir setiap 5 minit, dgn harapan kalau2 pakej yg baru sudah siap diprogramkan dan dikemaskini kerana setahu aku, perubahan kepada program ini tidak akan mengambil masa yg lama pun sebenarnya.
Keterujaan dan penantian piyah berbaloi kerana dlm tempoh sejam sahaja pakej yg baru telah dikemaskini dan piyah adalah orang yg paling awal merasmikan dgn layan disney channel sampai tak berkelip2 mata. Dengan reaksi piyah yg sebegitu, timbul pula kerisauan kalau2 lama kelamaan nanti piyah dah naik syok melayan kartun sampai tak boleh nak tolerate dgn orang lain yg nak tgk rancangan2 lain di tv, terutamanya pada hujung minggu yg sememangnya banyak game2 bola dijadualkan berlangsung. Perkara seperti ini memang benar2 berlaku di kalangan anak2 saudara aku dan staff2 di tempat kerja aku. Ini memang satu ancaman besar untuk aku..
Tapi bila difikir2kan balik mungkin tidak mengapa kerana selagi piyah tidak mengenali angka dan tidak tahu/hafal koordinasi butang2 pada remote control, aku masih lagi selamat.. Cuma bila dia sudah kenal angka, aku merancang sama ada untuk menetapkan jadual waktu untuk dia menonton saluran kegemaran dia atau untuk menukar terus pakej langganan di astro dgn menggugurkan semula saluran2 kartun tu.. Nampaknya buat masa ini aku perlu menumpukan untuk mengajar piyah mengenali A, B, C dahulu, kemudian baru angka.. Perghh, terpaksa berpikir macam masalah besar sangat jer, hehehe..
So, semalam, lepas piyah dah mula merengek2 nak tidur, barulah aku berpeluang untuk meninjau2 ke saluran movie dan telah menonton filem lama bertajuk The Devil's Own. Walau pun ni filem lama, tapi aku belum pernah pun tengok filem ni.. Ok la, sebab ada Harrison Ford dengan Bradd Pitt yg berlakon.


Pada aku cerita ni agak best la sebab jalan ceritanya agak cool, klasik, elegan dan padat memaparkan persoalan tentang cinta, morality, kematian, takdir dan peluang, walau pun pada permulaannya agak slow. Habis je cerita ni baru la aku off kan tv yang dah dipasang sejak balik dari kerja petang semalam dan kemudian terus mandi dan siap2 untuk pergi kerja.
Nampak gayanya, kalau aku teruskan tabiat macam ni memang alamatnya tak cukup tidur la aku hari2 dan bill elektrik pulak memang mendadak naik la tiap2 bulan..
Adiosss..
Pada usia 1 tahun 3 bulan Piyah (bukan nama sebenar)
Menakutkan bukan? 