Salah satu contoh yang sesuai untuk membincangkan tentang Matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan mantik (logical reasoning) kerana dalam penaakulan mantik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor.
Dalam kehidupan seharian, penaakulan mantik adalah penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau kesimpulan yang tepat.
Ramai orang kata Piyah ikut muka ayah dia.
Bila ditanya selanjutnya Piyah tu kiut ke tak, ramai yang mengiyakan.
So, apakah kesimpulan bagi penaakulan mantik di sini?
Kita bercakap tentang soal kemampuan untuk membuat penaakulan mantik di sini. Bukan tentang soal ketepatan pandangan majoriti atau minoriti.
Jadi, bila dah kata Piyah ikut macam muka ayah dia dan setuju bila ditanya yang Piyah tu kiut, tapi kenapa bila sampai ke kesimpulan ramai yang cuba lari daripada membuat penaakulan yang sepatutnya?