23 September 2011

20 Sebab Kenapa Aku Lama Tak Update Blog

Dah lama aku tak update blog secara serius. Mesti terseksa batin orang tengok blog ni tak berupdate2.. Kah kah.. Sekarang ni aku dah malas dah nak tulis entry meleret2. Kerja lain pun banyak lagi nak buat. Oleh sebab itu aku akan ikut style Che Det tulis blog, bagi point2 je. Lagi pun baru la nampak intellectual sikit. ;)

Tak payah nak berpantun-pantun sampai 20 sebab, aku bagi cukup setakat 5 Sebab Kenapa Aku Dah Lama Tak Update Blog.

1. Sibuk jaga anak dan menguruskan hal rumahtangga. Ha, nampak tak, point itu sendiri dah kuat dan menampakkan betapa mithalinya aku sehingga takde masa nak update blog. Tak perlu nak elaborate2 lagi dah. (Gaya cakap macam dah anak 7 je, teheeee..).

Bukti aku sibuk jaga anak.

2. Populariti mendadak Facebook, Twitter dan laman-laman yang sealiran dengannya telah menjadikan penulis-penulis blog yang takde kekuatan pengikut sendiri (macam blog aku) patah hati. Mana taknya, hari ni gigih post entry baru, esok lusa belum tentu lagi orang nak baca, apatah lagi nak tinggalkan komen. Dan tak ramai pun yang sebenarnya tau kau ada letak entry baru. Tengok macam Facebook, letak je apa status pun, akan ada je orang komen. Tak cukup ramah dgn komen, siap like2 lagi. So, untuk meraih perhatian pembaca aku rasa mungkin dah tiba masanya aku ubah approach ke atas content dalam blog dengan cerita-cerita yang lebih sensasi dan menarik perhatian. Contohnya macam cerita Tiz Zaqyah berpakaian seksi, barangkali? Errr...

Hah, siapa kata Tiz Zaqyah cuma pandai pakai seksi2 je?! Cakap, cakap!!

3. Sebenarnya, dalam kebanyakan masa aku memang takde idea/material pun nak ditulis dalam blog. Bab ni aku terpaksa akui yang aku bukan jenis orang yang terang hati. So aku memang agak salute la kat orang yang konsisten update blog ni.

Kadang-kadang tu dah ada idea dah nak tulis pasal satu2 topik tu, tapi oleh sebab takde masa free, maka idea tu terpaksa diletak tepi dulu. Tapi selepas beberapa ketika bila masa tu dah ada, aku rasa macam topik yang nak ditulis tu dah tak best. Ye la, makan sayur yang dah lama simpan dalam fridge dengan sayur yang baru dibawak turun dari Cameron Highlands mana nak sama rasa freshnya ye tak? Hahah, apa punya analogy la ni.

4. Honestly, aku agak bimbang dengan impak kehadiran silent reader. Betul lah, baik tak payah buat blog kalau tak nak bagi orang baca. Atau kau private kan blog kau dan invite orang2 tertentu je untuk access blog kau. Masalahnya bukan tak nak bagi orang baca. After all macam la blog kau best pun. Tapi silent reader ni selalu buat aku terkejut. Antara conversations yang pernah berlaku, "Eh, bini aku gelak besar bila baca blog kau", "Selalu-selalu lah update blog ye", "Eh, LangitJiwa takde entry baru ke?", "Bila nak update blog?", "Perghh, orang tu ada blog rupanya" dan macam-macam lagi lah. Walau pun tak sehebat blog Abang Nara, rupa-rupanya ramai jugak yang baca blog aku dalam diam. Aku bukan tak suka orang baca blog aku. Aku tak suka terkejut!

5. Malas, malas dan malas. Malas tak memerlukan explanation.

11 August 2011

Pra Kemunculan Semula

Ini belum betul-betul come back. Semalam birthday Chi Chi. So saja nak tepek entry pasal budak kecik ni. Kemunculan semula yang sebenar tak lama je lagi.


Nama Penuh : Nurul Raisya Dania

Nickname (Rumah) : Chi Chi

Nickname (Sekolah) : Uyun (Nurul). Exclusivity nama Dania dah diberikan kepada budak lain yang daftar masuk sekolah dulu.


Tarikh Lahir : 10 Ogos 2009


Status : Single


Makanan Kegemaran : Bubur kacang merah, Corntoz , Twisties 'anda mesti mau' dan makanan2 yang mengandungi monosodium glutamate.

Air Kegemaran : Vitagen

Hobi / Aktiviti Kegemaran : Wall climbing, mural painting, driving, switching on and off kotak suis, korek pasir.

Sukan kegemaran : Semua jenis sukan extreme dan lasak.


Iklan Komersial Kegemaran : Sharp (Plasma Cluster), Nippon Paint

Rancangan / Channel TV Kegemaran : Tom and Jerry, BabyTV


Lagu2 Kegemaran : Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga, Burung Kakak Tua, Alif Ba Ta, Kalau Anda Gembira, Tak Mungkin Kerna Sayang (Aliya), SurgaMu (Ungu), Baby (Justin Bieber).


Happy Birthday Chi Chi! Luv u!

30 November 2010

In Case of Emergency

Mari kita sama-sama gunakan otak and think of this. Daripada beratus-ratus contact person/number yang disimpan dalam memori telefon bimbit kita, tak siapa pun tahu yang mana di antara mereka adalah keluarga atau sahabat terdekat dengan kita melainkan diri kita sendiri. Even kalau kita masih lagi curi-curi simpan nombor telefon ex-boyfriend atau ex-girlfriend kita dalam senarai contact person pun belum tentu suami atau isteri boleh hidu memandangkan wujudnya beratus-ratus nama dan adalah satu pekerjaan yang membuang masa nak scroll down satu per satu contact person dalam telefon kita. Of course, ada antara kita yang save dalam telefon nama ayah atau emak secara langsung sebagai 'Ayah' dan 'Emak', tapi lain orang lain nama panggilan dalam keluarga dan masing-masing dengan method menyimpan nama contact person yang berbeza, kan?

So, apa kaitan dengan tajuk entry? Soalan yang baik.

In Case of Emergency (ICE) sebenarnya adalah merupakan satu idea yang difikirkan oleh paramedik untuk mengajak orang ramai untuk menyenaraikan keluarga atau sahabat terdekat sebagai individu yang boleh dan mudah untuk dihubungi sekiranya berlaku kemalangan, kecemasan atau sebarang perkara yang tak diingini kepada kita. Selalunya kalau berlaku kemalangan, telefon bimbit mangsa kemalangan mudah didapati oleh orang yang tiba di tempat kejadian, tapi persoalan siapa orang yang nak dihubungi pada saat-saat genting seperti telur di hujung tanduk itu boleh tambah menyusahkan lagi orang. Dengan adanya contact person tertentu yang disenaraikan sebagai "ICE", maka urusan menghubungi individu-individu yang sepatutnya akan menjadi lebih cepat, tepat dan mudah.

Caranya simple je, cuma taip dan simpan nama orang yang mudah dan boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dengan didahului perkataan "ICE". Sekiranya ada lebih daripada seorang boleh juga disimpan sebagai contoh "ICE1 Abah", "ICE2 Suamiku Baby Sayang" dan seterusnya. Jangan pulak simpan semua nama sebagai "ICE", otherwise it will only defeat the purpose of having the emergency number lah pulak kan. Juga jangan simpan nama orang yang susah dihubungi atau tak rapat dengan kita sebagai emergency number, contohnya nombor telefon kakak yang sedang sambung study kat oversea atau "ICE Abang Man Nasi Kukus Simpang".

Apa yang kita perlu lakukan cukup mudah dan nampak remeh, tapi signifikasi dan impaknya amat besar kepada hidup kita. Bak kata kempen ni, "ICE will speak for you when you are not able to". Cuak je kan bunyiknya? So, tunggu apa lagi. Jangan terus biarkan telefon bimbit anda diselubungi misteri. Cepat keluarkan handphone dari poket seluar dan handbag tu dan laksanakan tanggungjawab pada diri sendiri sekarang. Kepoci kan jugak konsep "ICE" ni kepada keluarga dan kawan-kawan demi kebaikan bersama. Ececeh.

(Info of ICE is a courtsey of a message sent via BBM by a friend)

16 November 2010

Pembelajaran Seks Dari Usia Awal Kanak-Kanak

Ahad lepas belikan buku untuk Piyah. The main purpose adalah untuk mula ajar Piyah menulis ABC memandangkan takde apa2 perkembangan didikan untuk dia sejak dia pandai tulis '1' dan '0' sejak 5, 6 bulan yang lepas. Mama dia yang beriya2 suruh belikan buku ABC yang ada titik putus2 supaya dia boleh mula belajar tulis huruf ikut titik putus2 tu.

So, belikan la jugak 3 buah buku untuk Piyah yang macam Mama dia nak tu. Balik rumah baru belek2 buku-buku tu. Salah satu buku tu describes huruf dengan perkataan-perkataan yang weird untuk budak2 dan sangat la ntahapa2. Silap aku jugak tak tengok betul2 sebelum beli.
*****
Start2 dah tak boleh blah. Dalam banyak-banyak perkataan mula dengan huruf 'A',
boleh pulak anting-anting yang dia letak.


'C' untuk Cacat?

Crucial ke kepada budak2 untuk differentiate antara orang normal dengan orang cacat?


'D' pulak untuk Darah. Gila ganas.

Pemilihan perkataan dan gambar tak objektif langsung dengan huruf. Darah dalam gambar yang dia letak tu objek paling kecik kalau nak dibandingkan dengan pisau dan buah/sayur yang dipotong tu. Dah la animation potong sayur pakai songkok dengan baju Melayu. Kot ye pun nak promote Islam Hadhari agak2 la.


Baik kan?

'Y' untuk Yatim. Tak paham aku.

Ko boleh bayangkan tak betapa seksanya nak explain kalau budak seusia Piyah tanya 'yatim' tu apa?

And finally - 'Z'.


'Z' is for ..... Erk, WTF!

Kot ye pun nak buat buku biarlah yang komprehensif dan content sesuai untuk budak-budak.

Dah la Piyah, tak payah nak belajar tulis2 ni. Ayah rasa ada baiknya Piyah belajar menaip kat komputer terus.