Gembira dan lega rasanya hati bila semua kerja2 aku yg tertunggak n urgent akhirnya telah berjaya aku setelkan.. itu pun setelah beberapa hari aku pulun n memanjang balik dari opis lambat, n ada hari yg selewat 9 suku malam.. bg sesetengah org, apa sgt la lewat setakat 9 malam kan, tp bg aku yg jarang2 ada kerja byk, lps kul 7 tu dah merupakan satu catatan rekod peribadi yg baru, eheh.. tambah2 pulak bila mengenangkan org2 kat opis aku ni semuanya yg jenis dekat2 pukul 5 dah beratur mcm semut kat depan mesin
punch card..
dah balik pun lewat, so masa nak lepak2 dgn piyah pun makin singkat.. sian jugak kat mama yg terpaksa ambik alih tugas menjemput piyah balik dari taska, hehe.. citer pasal piyah, ada la beberapa 'occasion' pasal budak bucuk tu yg aku nak kongsikan kat sini..
**********************************************************************************
satu.ada la sekali tu, masa wife aku nak cuci berak piyah, dia tiba2 menjerit dari bilik air, "ayah!! kat t*#k piyah ada bar code!!" true enough.. di sebalik t*#k dia tuh kelihatan cebisan sticker bar code yg sudah samar2 rupa bentuk fizikalnya.. kih kih.. hai la piyah, mama n ayah tak cukup bagi makan ke smpai sticker bar code pun kau makan..? tp itu la, budak yg sebaya umur piyah mmg pantang nmpk or jumpa benda2 yang halus n kecik2 nih, mmg semua la dia nak masuk mulut.. mungkin sbb tu jugak la ayah tak bercadang nak beli vacuum cleaner lg sbb piyah dah buat semua kerja2 tuh.. hahah!! kejamnya ayat aku nih.. just kidding k, really..
aku ckp kat wife aku,"nasib baik jugak la dah keluar bar code tuh, kalau tak, tak pasal2 bunyi sensor kalau kita pi shopping complex.."
p/s : tetiba aku terpikir - patut ke aku citer semua ni kat org? tak mengaibkan piyah ke? (dah tulis pun, takpe lah.. just for fun je.. eheh..)
**********************************************************************************
dua..
semalam aku berpeluang mengintai2 blog wan azhar, sorang kenalan yg tgh risaukan anak dia yg tgh kena demam campak.. apa yg menarik perhatian aku adalah minat anak dia yg sama dgn piyah : tgk iklan DiGi yg ada itik tuh kat tv.. sebagai mana anak dia, piyah pun tak kurang obsesnya jugak dgn iklan tuh.. tak kira la apa yg dia tgh buat time iklan tu muncul, dia mesti akan stop n toleh kat tv dgn mata tak berkelip2.. even kalau dia tgh membelakangkan tv sekali pun dia sanggup pusingkan kepala dia ala2 180 darjah semata2 nak tgk iklan tuh.. lepas abis iklan tuh piyah akan tgk kalau ada sesapa yg tgh perhatikan gelagat dia, n then senyum2... oh, chomeeelllll!!!
p/s : kuekk!! kuekkk!!!
(satu lagi iklan tv yg piyah suka ialah lagu tv3 yg akan berkumandang setiap kali sblm start rancangan..kalau korang perasan la..)
**********************************************************************************
tiga...
semalam petang jugak, setibanya kat rumah lepas balik dari ofis, aku tgk piyah tgh syok tido kat depan tv.. ditambah lak dgn langsir yg semuanya bertutup n cuaca yg tgh hujan renyai2, redup n tenang jer... tapi mungkin disebabkan aku tutup pintu terlalu kuat, piyah terus terkejut n tak semena2 dia terus bertepuk2 tangan dgn mata yg masih terpejam.. biasanya dia tepuk2 tgn tu time dia hepi n ceria2 jer.. erm, mengigau lah tuh.. heishh!! macam2 la budak bertuah ni!!
p/s : semoga hari ini lebih baik daripada semalam utk semua org..adiosss..